Saturday, November 30, 2024

PPIM SOKONG RAKYAT SAMAN 60 JUTA, BIMBANG AKTA 342 DISALAHGUNA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 29/11/2024

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh pemfailan saman RM60 juta terhadap 25 defendan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seperti yang dilaporkan media semalam.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berpendapat tuntutan ini bakal mendedahkan isu yang lebih besar mengenai vaksin COVID-19 dan kemungkinan ada berlaku penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan dan agensinya.

"Kami memahami keperluan untuk melindungi keselamatan awam melalui vaksinasi, namun kami juga percaya bahawa setiap individu mempunyai hak untuk maklumat yang jelas dan transparen mengenai vaksin yangtelah diberikan kepada mereka. "Kekurangan komunikasi berkesan dan kekaburan maklumat boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap program vaksinasi," katanya.

Di samping itu, Nadzim berkata PPIM turut ingin menyatakan kebimbangan yang serius mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 Akta 342.

"Kami khuatir bahawa pindaan ini boleh membenarkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, merencatkan hak asasi manusia dan kebebasan individu dalam masyarakat.

"Adalah penting untuk memastikan bahawa apa jua undang-undang yang diluluskan tidak menindas hak dan kebebasan rakyat, serta tidak dijadikan alat untuk melaksanakan tindakan yang melampau," katanya.

Tambah Nadzim, kebebasan untuk bersuara dan mempertahankan hak individu adalah elemen penting dalam masyarakat demokratik, dan setiap usaha harus dibuat untuk melindungi nilai-nilai ini.

PPIM menuntut agar kerajaan mengkaji semula kedua-dua isu ini dengan serius, dan memastikan bahawa semua tindakan diambil demi kepentingan rakyat, bukan untuk tujuan menghalalkan apa yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa.

Pemeriksaan dan pengawasan yang ketat terhadap setiap langkah pengagihan vaksin serta pembentangan undang-undang harus dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan.

"Kami juga menyeru agar suara rakyat didengar dan dihormati. Adalah penting bagi kerajaan untuk menjawab kebimbangan rakyat secara terbuka dan menyediakan platform bagi mereka untuk menyuarakan pandangan dan ketidakpuasan hati," katanya.

Dalam usaha memperbaiki dan memperkukuh sistem, PPIM berpendapat bahawa kolaborasi antara pihak berkuasa dan masyarakat adalah langkah yang perlu diambil sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap tindakan yang diambil demi kesihatan awam adalah berlandaskan kebenaran dan keadilan.

"PPIM akan terus berjuang untuk hak pengguna dan memastikan bahawa kepentingan rakyat sentiasa dipelihara," katanya.

AKTIVITI | MAJLIS ANUGERAH USAHAWAN BERJAYA TEKUN NASIONAL 2024 - PPIM - 29/11/2024

29 November 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Anugerah Berjaya TEKUN Nasional 2024 di World Trade Centre.

Seramai 19 usahawan TEKUN Nasional menerima anugerah peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.


Thursday, November 28, 2024

AKTIVITI | MAJLIS HI-TEA MPM DAN YAWATIM - PPIM - 28/11/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Hi-Tea MPM dan YAWATIM di Wisma MPM, Kuala Lumpur.

Thursday, November 21, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA PRESIDEN ANGKASA - PPIM - 21/11/2024

Sekitar perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah di ANGKASA Petaling Jaya, Selangor.

\

Wednesday, November 20, 2024

AKTIVITI | PPIM LANTIK YBHG DATO' SERI PROF DR MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN SEBAGAI PENASIHAT PPIM - PPIM - 20/11/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyerahkan sijil pelantikan kepada YBhg Dato' Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Penasihat PPIM dalam satu majlis simbolik.

YBhg Dato' Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin turut berkongsi pengalaman dalam dunia persilatan dan peranannya dalam membentuk jati diri melalui dakwah dan seni silat. Beliau juga mengimbau sejarah kehebatan pejuang Melayu yang membantu kemenangan kerajaan Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi.

Pelantikan ini diharap dapat memperkukuhkan usaha PPIM dalam membela hak pengguna Islam, dengan inspirasi daripada semangat perjuangan Islam yang digariskan melalui dakwah dan persilatan.

Friday, November 15, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MAJLIS PEGUAM MALAYSIA - PPIM - 15/11/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan perjumpaan bersama Presiden Majlis Peguam Malaysia, Tuan Mohammad Ezri Abdul Wahab serta Co-Deputy, Mr. Rajsuran Pillai bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan Akta 342.

Pertemuan ini menegaskan keperluan untuk meneliti serta menilai akta tersebut, memandangkan kesannya yang serius terhadap hak asasi dan kebebasan individu rakyat Malaysia.

Kedua-dua pihak sepakat bahawa kepentingan kesihatan awam tidak boleh dijadikan alasan untuk menindas hak rakyat, yang mesti sentiasa dipertahankan dan dihormati.

Wednesday, November 13, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA WAKIL GARDENIA KL - PPIM - 13/11/2024

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wakil Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Hazlinah Harun dan En Yazli Saleh.

Tuesday, November 12, 2024

AKTIVITI | PPIM BERTEMU KETUA PEMBANGKANG BINCANG ISU RUU 342 - PPIM - 11/11/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wakil-wakil PPIM mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Hamzah Zainudin pada hari Isnin, 11 November 2024, untuk menyerahkan surat menyatakan kekecewaan terhadap kelulusan Akta 342.

Perbincangan memberi fokus kepada bantahan rakyat terhadap kelulusan pindaan Akta 342 oleh parlimen baru-baru ini.

Saturday, November 9, 2024

PODCAST FAIL ADUAN PPIM AKTA 342 BERSAMA DR. ROLAND - TV. PPIM - 08/11/2024

 

Podcast Fail Aduan PPIM AKTA 342 Bersama Dr. Roland

Sejak Dewan Rakyat telah mengumumkan kelulusan Akta 342 pada 14 Oktober yang lalu, PPIM dapati ramai masyarakat telah bersuara dan mengambil cakna terhadap isu tersebut.

Disebabkan itu, PPIM juga memandang serius dan turut mengemukakan pendapat beliau berkenaan perihal tersebut. Anda nak tahu lebih lanjut, ikuti perkembangan isu Akta 342 ini di podcast penuh ini.

Artikel oleh: TV. PPIM

PODCAST FAIL ADUAN PPIM AKTA 342 BERSAMA DR. ROLAND

https://www.youtube.com/watch?v=v2wrGZuwDlY

PPIM HANTAR SURAT KEPADA PM BANTAH PINDAAN AKTA 342 MIRIP ISA - SINAR HARIAN - 08/11/2024

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana didakwa menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Penasihatnya, Datuk Asri Yusoff berkata, surat bersama melibatkan 228 badan bukan kerajaan (NGO) merangkumi aktivis masyarakat, pengamal perubatan dan peguam serta rakyat itu diserahkan pada 30 Oktober lalu.

“Kami juga hantar kepada beberapa ahli Parlimen lain bagi menyatakan rasa amat kecewa dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan pindaan akta ini pada 14 Oktober 2024.

“Ketika Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, Akta 342 telah digantung akibat bantahan keras termasuk daripada rakyat kerana RUU ini dianggap bersifat drakonian.

“Kuasa penuh diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan. Malah Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Dzulkifly yang berada dalam pembangkang (ketika itu), turut membantah RUU ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Sebelum ini, Dewan Rakyat pada 14 Oktober meluluskan pindaan Akta 342 yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan menangani ancaman penyakit berjangkit.

RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Tambah Asri, terdapat lima seksyen baharu yang kritikal dan perlu diberi perhatian kerana terdedah kepada risiko penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran privasi selain kadar kompaun tinggi membebankan golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya, salah satu seksyen baharu dalam akta itu memberi kuasa kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menahan seseorang yang dituduh bersalah tanpa perlu bicara di mahkamah.

“Pegawai diberi kuasa juga boleh memerintahkan supaya mana-mana orang dijangkiti untuk menjalani pengasingan serta dibenarkan menggunakan kekerasan.

“Malah boleh mengarahkan seseorang individu untuk memakai dan menggunakan suatu peranti pengesanan,” katanya.

Asri turut mendakwa, akta berkenaan mampu menjadi senjata politik, ekonomi, sosial dan agama apabila menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM HANTAR SURAT KEPADA PM BANTAH PINDAAN AKTA 342 MIRIP ISA

https://www.sinarharian.com.my/article/695515/berita/semasa/ppim-hantar-surat-kepada-pm-bantah-pindaan-akta-342-mirip-isa?fbclid=IwY2xjawGbAvRleHRuA2FlbQIxMQABHX3x1_bZ_S6mOB9KgKSh0AhQ-l96Qn4Mp0aQKY2B-7pOTqH7zBRy4_IiHg_aem_hF24OkyIds_KpB1A_gHpcA&sfnsn=wa

AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA CEO & MANAGING DIRECTOR ELMU GROUP - PPIM - 07/11/2024

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama CEO & Managing Director ELMU Group, Professor Datuk Dr. Kassim Noor Mohamad bagi membincangkan isu-isu semasa.

Monday, November 4, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) APM - PPIM - 04/11/2024

Perjumpaan PPIM bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS Dato' Ismail Mohd Zawawi  bertempat di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kajang.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL