Wednesday, February 12, 2020

5738) [VIDEO] SERTAI PERJUANGAN KOPPIM DEMI PEMBANGUNAN EKONOMI MUSLIM - MELAYUBANGKITNEWS - 07/02/2020

CYBERJAYA – Asas penubuhan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) adalah untuk menggerakkan ekonomi Muslim berdasarkan keperluan pengguna Islam di negara ini.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, umat Islam seharusnya memberi sokongan yang jitu bagi merealisasikan agenda memperkasakan ekonomi Muslim.
“Ini merupakan peluang pertama kita untuk bersama-sama menjadikan agenda ini satu kenyataan dan ia tidak sukar tapi mudah. 
“Ia satu yang kita perlu buat dan setiap orang Islam perlu melibatkan diri dalam perjuangan ini kerana ia merupakan satu platform kita untuk berjuang. 
“Sebab kalau kita nak berjuang dengan meniaga sendiri pun bukan perkara yang mudah. Jadi ini platform yang ada yang perlu digunakan bersama,” katanya pada MelayuBangkitNews.

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

[VIDEO] SERTAI PERJUANGAN KOPPIM DEMI PEMBANGUNAN EKONOMI MUSLIM


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...