Monday, October 10, 2016

3103) OPERASI UNIT TINDAKAN KHAS PPIM - 7/10/2016








Operasi Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM yang diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Saudara Yusuf Azmi keatas sebuah kumpulan penarik kereta yang telah mengugut mangsa yang juga merupakan seorang 'muallaf' dengan bayaran yang tinggi terhadap mangsa. Kumpulan berkenaan cuba menganiaya mangsa dengan menyembunyikan keretanya dan meminta bayaran yang tinggi. Mangsa membuat aduan kepada PPIM untuk meminta bantuan. Turut serta dalam operasi ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Daerah Petaling.Penarik kereta tersebut dibawa ke Pejabat Penguatkuasa KPDNKK Petaling bersama Pengarah UTK PPIM. Ketua Penguatkuasa KPDNKK Daerah Petaling Tn. Kamaruddin Md. Yassin mengarahkan lesen individu penarik kereta terbabit dibatalkan. Pengarah UTK PPIM Saudara Yusuf Azmi menasihatkan mangsa agar menjelaskan bayaran sewa kereta yang tertuggak agar perkara yang sama tidak berulang semula.
07.06.2016
(JUMAAT)

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...