Saturday, August 29, 2026

ONLINE ANTI-FRAUD AWARENESS CAMPAIGN NEEDS TO BE EXPANDED TO RURAL AREAS - FAHMI - BERNAMA - 20/08/2026

PETALING JAYA, Aug 20 (Bernama) -- Awareness campaigns on online fraud or scams need to be strengthened and expanded to remote areas to protect rural communities from cyber threats that are increasing due to widespread internet access.

Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said efforts to raise awareness should not be focused on large-scale programmes in cities, but rather should be taken to the grassroots level through the involvement of Parent-Teacher Associations (PIBG), residents' associations and Rukun Tetangga.

He said this approach was important to provide direct exposure to the community, including sharing true stories from victims of online fraud.

"Not everyone can come to the hotel to join the forum or awareness campaign, so we have to take this programme to the town halls, meet with the villages.

"When we provide Internet to remote villages, it means that even scammers can go to remote villages without leaving their workplaces, this is our challenge," he said when speaking at the launch of the National Anti-Scam Awareness Programme 2026 here, today

Also present was the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan.

Commenting further, Fahmi said for the period from Jan 1 to yesterday, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had requested the removal of 476,516 online contents involving various categories of offences.

He said that of the total, 302,139 were content related to online gambling, while another 128,312 were content with fraudulent elements.

He said Facebook recorded the highest number of fraudulent contents requested taken down, which is 67,115 contents or 52 per cent, followed by TikTok with 50,642 contents.

Fahmi said social media platforms have a role and obligation to ensure that their services are not misused for criminal activities of fraud or online gambling.

In this regard, he gave a stern warning that through the country's online security legal framework, any platform that fails to ensure the safety of its users can face fines of up to RM10 million in court.

Meanwhile, Fahmi reminded victims of fraud to immediately contact the National Scam Response Centre (NSRC) via 997, which now functions equivalent to a police report.

He said quick action, especially within 15 to 30 minutes after the incident, was important to increase the chances of the authorities blocking the transfer of money and returning it to the victim.

-- BERNAMA

Article by: Bernama

ONLINE ANTI-FRAUD AWARENESS CAMPAIGN NEEDS TO BE EXPANDED TO RURAL AREAS - FAHMI

https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2596800

Friday, August 28, 2026

KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DALAM TALIAN PERLU DIPERLUAS KE LUAR BANDAR - FAHMI - BERNAMA - 20/08/2026

 

PETALING JAYA, 20 Ogos (Bernama) -- Kempen kesedaran mengenai penipuan dalam talian atau scam perlu diperkasakan serta diperluas sehingga ke kawasan terpencil bagi melindungi komuniti luar bandar daripada ancaman siber yang semakin meningkat susulan capaian Internet yang meluas.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata usaha meningkatkan kesedaran tidak seharusnya tertumpu kepada program berskala besar di bandar, sebaliknya perlu dibawa kepada peringkat akar umbi menerusi penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan penduduk dan Rukun Tetangga.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memberikan pendedahan secara terus kepada masyarakat, termasuk perkongsian kisah benar daripada mangsa penipuan dalam talian.

"Bukan semua yang dapat datang ke hotel sertai forum atau kempen kesedaran, jadi kita kena bawa program ini ke balai-balai raya, dan kampung-kampung.

"Bila kita sediakan Internet sampai ke kampung-kampung yang terpencil, maksudnya scammer pun dah boleh pergi ke kampung-kampung terpencil tanpa meninggalkan tempat kerja mereka, ini cabaran kita," katanya ketika berucap pada pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memohon penurunan sebanyak 476,516 kandungan dalam talian yang melibatkan pelbagai kategori kesalahan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 302,139 ialah kandungan berkaitan perjudian dalam talian, manakala 128,312 lagi kandungan berunsur penipuan.

Beliau berkata Facebook mencatatkan jumlah tertinggi kandungan penipuan yang diminta diturunkan, iaitu sebanyak 67,115 kandungan atau 52 peratus, diikuti TikTok dengan 50,642 kandungan.

Fahmi berkata platform media sosial mempunyai peranan serta kewajipan untuk memastikan perkhidmatan mereka tidak disalahgunakan bagi kegiatan jenayah penipuan atau judi dalam talian.

Sehubungan dengan itu, beliau memberikan amaran keras bahawa menerusi kerangka perundangan keselamatan dalam talian negara, mana-mana platform yang gagal memastikan keselamatan penggunanya boleh berdepan tindakan denda hingga RM10 juta di mahkamah.

Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan mangsa penipuan supaya segera menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997, yang kini berfungsi setaraf dengan laporan polis.

Beliau berkata tindakan pantas, khususnya dalam tempoh 15 hingga 30 minit selepas kejadian adalah penting bagi meningkatkan peluang pihak berkuasa menyekat pemindahan wang dan mengembalikannya kepada mangsa.

-- BERNAMA

Artikel oleh: Bernama

KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DALAM TALIAN PERLU DIPERLUAS KE LUAR BANDAR

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2596778

SYARIKAT TELCO DIMINTA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TELEFON DISALAH GUNA - BERITA RTM - 20/08/2026


KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Syarikat telekomunikasi (telco) terbabit diminta segera memberi penjelasan berhubung dakwaan sejumlah besar talian telefon yang didaftarkan telah disalahgunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, syarikat berkenaan akan dipanggil untuk memberikan penjelasan penuh selewat-lewatnya hari ini.

“Jika benar, maka syarikat-syarikat telco ini payah dia nak jawab. Saya akan panggil untuk mereka datang jumpa saya dan bagi penjelasan penuh tentang perkara ini.

“Sebelum penghujung hari ini, saya nak CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat telco tersebut memberi penjelasan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 hari ini.

Menurut Datuk Seri Fahmi, kerajaan telah memperketat pendaftaran talian prabayar dengan mewajibkan pengesahan MyDigital ID bagi mengelakkan nombor telefon disalahgunakan bagi kegiatan tidak bermoral.

Terdahulu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa, terdapat syarikat telekomunikasi membenarkan sehingga 20 hingga 50 talian telefon didaftarkan menggunakan satu nama, sekali gus berisiko disalahgunakan untuk penipuan dalam talian.

Beliau turut mendedahkan kes seorang warga emas yang mempunyai 18 talian berdaftar atas namanya walaupun hanya memiliki satu talian, selain satu kes lain melibatkan sehingga 400 talian.

“Kalau satu tempat (telco) boleh daftar menggunakan satu nama untuk 20 atau 50 talian tanpa masalah, perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akhirnya pengguna yang menanggung akibat,” katanya.

Artikel: Berita RTM

SYARIKAT TELCO DIMINTA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TELEFON DISALAH GUNA

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/syarikat-telco-diminta-perjelas-dakwaan-pendaftaran-talian-telefon-disalah-guna/

FORUM NASIONAL: SCAM DIGITAL: ANCAMAN KESELAMATAN KEWANGAN NEGARA & KELDAI AKAUN - PPIM - 20/08/2026

20 Ogos 2026 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menganjurkan Forum Nasional: Scam Digital – Ancaman Keselamatan Kewangan Negara & Keldai Akaun.

Moderator: Bekas Personaliti Media, Datuk Dahlan Maamor

Panel 1: Timbalan Pengarah, Jabatan Link dan Pejabat BNM, Puan HasjunHashim

Panel 2: Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), YBhg Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil

Panel 3: Timbalan Pengarah Telekomunikasi Fraud MCMC Selangor, Tuan Mohd Amirul Hakim

Panel 4: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Selangor, YDH SAC Hj Mohamad Rosni Hj Mohamed Lazim

Forum ini membincangkan isu scam digital, keselamatan kewangan dan ancaman keldai akaun, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah pencegahan terhadap penipuan.

Thursday, August 27, 2026

PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM NASIONAL KESEDARAN ANTI-SCAM PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA 2026 - PPIM - 20/08/2026

Sekitar perasmian dan pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil.

Thursday, August 20, 2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NASIONAL KESEDARAN ANTI-SCAM PPIM 2026 - PPIM - 20/08/2026

Hari ini scammer bukan sahaja semakin licik, malah menggunakan pelbagai taktik dan teknologi untuk memperdaya mangsa.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil satu inisiatif dengan mengadakan Pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman scam serta menggalakkan rakyat supaya lebih berwaspada sebelum menjadi mangsa.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL