Showing posts with label TENGKU RAZALEIGH HAMZAH. Show all posts
Showing posts with label TENGKU RAZALEIGH HAMZAH. Show all posts

Tuesday, August 20, 2024

AKTIVITI | PERTEMUAN TOQQI BERSAMA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH - PPIM - 20/08/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bertemu YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di pejabatnya untuk membincangkan isu semasa yang melibatkan ekonomi, politik dan sosio-budaya negara. Susulan itu toqqi meminta nasihat YBM Tan Sri Tengku dalam mencari penyelesaian yang konstruktif.

YBM Tan Sri Tengku turut amat bersetuju dan menyokong usaha murni PPIM dalam penganjuran persidangan Task Force Rakyat bagi menangani isu-isu rakyat yang akan dianjurkan pada 7 September 2024 ini.

Thursday, March 7, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN KHAS PPIM BERSAMA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH - PPIM - 07/03/2024

07 Mac 2024 - Perjumpaan Khas antara Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wakil-wakil dari pelbagai NGO Ayahanda Melayu Islam telah mengadakan perjumpaan istimewa bersama YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk membincangkan isu-isu penting yang melibatkan kedudukan Islam dan Melayu dalam negara.

Perbincangan yang memfokuskan "kedudukan" Melayu kini telah diadakan di kediaman rasmi Rumah Putih, Jalan Langgak Golf.

Antara hadirin yang turut menyertai perbincangan termasuklah wakil-wakil dari Pekida Malaysia, Srikandi Malaysia, Permas Malaysia, serta beberapa tokoh dan pemimpin lain dari pelbagai NGO Ayahanda Melayu Islam.

Turut dibincangkan adalah keperluan untuk menjaga keseimbangan dalam masyarakat serta memperkukuhkan kedudukan ekonomi, pendidikan, dan kebudayaan Melayu.

Tuesday, August 8, 2023

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH - PPIM - 07/08/2023

Satu perjumpaan telah diadakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam perjumpaan ini, turut dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan bagi membincangkan isu-isu semasa terutamanya bagi melibatkan isu-isu kepenggunaan di negara ini.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL