Showing posts with label PEMUDA UMNO. Show all posts
Showing posts with label PEMUDA UMNO. Show all posts
Monday, January 20, 2014
Saturday, January 11, 2014
1106) UTUSAN MALAYSIA 11/1/2014 Pemuda UMNO lancar portal aduan rakyat jawab semua pemasalahan
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Dalam usaha membantu orang ramai
menyalur dan mendapatkan maklumat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,
Pemuda UMNO akan melancarkan portal aduan rakyat tidak lama lagi yang
dikendalikan Biro Aduan Komuniti pergerakan itu.
Pengerusi biro berkenaan, Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata,
portal itu adalah yang pertama seumpamanya yang membolehkan orang ramai membuat
aduan yang akan disalurkan kepada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO).
Portal itu akan menyediakan perkhidmatan mencari jalan
penyelesaian masalah yang timbul, yang terbit daripada isu seperti kos sara
hidup, kes perceraian, masalah setempat, pembelian rumah dan saluran bagi
pinjaman usahawan, katanya.
"Portal yang beroperasi 24 jam itu juga menyediakan
kemudahan kaunseling dan khidmat nasihat secara dalam talian," katanya di
sini hari ini.
Menurut Sheikh Nafiq, biro itu melantik kumpulan profesional
yang berkaitan untuk menjawab semua permasalahan yang diadukan.
"Kewujudan portal itu nanti bukan semata-mata untuk
mendengar dan menerima aduan rakyat, tetapi juga menyediakan ruang kepada semua
pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan dan cadangan penyelesaian kepada
masalah yang dibangkitkan," katanya.
Bagi memantapkan portal itu, biro berkenaan menjalin
kerjasama strategik dengan NGO seperti Persatuan Peguam Syarie Malaysia,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta SukaGuam bagi memastikan aduan
yang diterima diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
"Kesemua NGO ini akan membantu memastikan kelancaran
usaha murni ini. Walaupun tidak semua akan dapat diselesaikan dalam tempoh
singkat, tetapi portal ini diharap mampu memanjangkan aduan kepada pegawai di
mana-mana agensi terbabit dalam kadar segera," katanya.
Sheikh Nafiq berkata, Pemuda UMNO yakin portal itu mampu
mendidik dan mematangkan masyarakat dan menjadi jambatan kepada belia dan
masyarakat menyampaikan aduan dan keluh kesah mereka.
Apabila timbul sesuatu isu, pengadu akan belajar untuk
memahami dan bertindak mengikut prosedur standard selain membantu memberi idea
menyelesaikan sesuatu masalah dan berkongsi kaedah penyelesaiannya dengan orang
lain, katanya.
"Contohnya, jika kenderaan seseorang dihempap pokok
akibat bencana, maka pengadu boleh mengemukakan masalah dan kita akan cuba ajar
SOP Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan jika jiran atau rakan pengadu
ditimpa masalah yang sama, pengadu boleh berkongsi cara penyelesaiannya,"
katanya.
Sheikh Nafiq berkata, kaedah penyelesaian masalah komuniti
telah digunakan di negara-negara maju dan masalah atau aduan rakyat dapat
diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Kesemua aduan dan maklum balas yang diterima akan direkod
untuk analisis data dan akan dipaparkan dalam portal berkenaan bagi rujukan
termasuk ada ruangan 'Aduan Hits' untuk menunjukkan jenis aduan atau masalah
terbanyak yang diterima.
"Kami akan cuba kumpulkan setiap aduan dan dianalisis
untuk rumusan tahunan yang akan diserahkan kepada kepemimpinan tertinggi Pemuda
UMNO dan untuk pengetahuan kerajaan
1105) BERNAMA 10/1/2014 PEMUDA UMNO TUBUH PORTAL ONLINE SALUR ADUAN RAKYAT
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Dalam usaha membantu orang
ramai menyalur dan mendapatkan maklumat menyelesaikan masalah yang mereka
hadapi, Pemuda UMNO akan melancarkan portal aduan rakyat tidak lama lagi yang
dikendalikan Biro Aduan Komuniti pergerakan itu.
Pengerusi biro berkenaan, Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata
portal itu adalah yang pertama seumpamanya yang membolehkan orang ramai membuat
aduan yang akan disalurkan kepada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO).
Portal itu akan menyediakan perkhidmatan mencari jalan
penyelesaian masalah yang timbul, yang terbit daripada isu seperti kos sara
hidup, kes perceraian, masalah setempat, pembelian rumah dan saluran bagi
pinjaman usahawan, katanya.
"Portal yang beroperasi 24 jam itu juga menyediakan
kemudahan kaunseling dan khidmat nasihat secara dalam talian," katanya
kepada BERNAMA di ibu negara, Jumaat.
Menurut Sheikh Nafiq, biro itu melantik kumpulan profesional
yang berkaitan untuk menjawab semua permasalahan yang diadukan.
"Kewujudan portal itu nanti bukan semata-mata untuk
mendengar dan menerima aduan rakyat, tetapi juga menyediakan ruang kepada semua
pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan dan cadangan penyelesaian kepada
masalah yang dibangkitkan," jelas beliau.
Bagi memantapkan portal itu, biro berkenaan menjalin
kerjasama strategik dengan NGO seperti Persatuan Peguam Syarie Malaysia,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta SukaGuam bagi memastikan aduan
yang diterima diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
"Kesemua NGO ini akan membantu memastikan kelancaran
usaha murni ini. Walaupun tidak semua akan dapat diselesaikan dalam tempoh
singkat, tetapi portal ini diharap mampu memanjangkan aduan kepada pegawai di
mana-mana agensi terbabit dalam kadar segera," katanya.
Sheikh Nafiq berkata Pemuda UMNO yakin portal itu mampu
mendidik dan mematangkan masyarakat dan menjadi jambatan kepada belia dan
masyarakat menyampaikan aduan dan keluh kesah mereka.
Apabila timbul sesuatu isu, pengadu akan belajar untuk
memahami dan bertindak mengikut prosedur standard selain membantu memberi idea
menyelesaikan sesuatu masalah dan berkongsi kaedah penyelesaiannya dengan orang
lain, katanya.
"Contohnya, jika kenderaan seseorang dihempap pokok
akibat bencana, maka pengadu boleh mengemukakan masalah dan kita akan cuba ajar
SOP Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan jika jiran atau rakan pengadu
ditimpa masalah yang sama, pengadu boleh berkongsi cara penyelesaiannya,"
jelas beliau.
Sheikh Nafiq berkata kaedah penyelesaian masalah komuniti telah
digunakan di negara-negara maju dan masalah atau aduan rakyat dapat
diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Kesemua aduan dan maklum balas yang diterima akan direkod
untuk analisis data dan akan dipaparkan dalam portal berkenaan bagi rujukan
termasuk ada ruangan 'Aduan Hits' untuk menunjukkan jenis aduan atau masalah
terbanyak yang diterima.
"Kami akan cuba kumpulkan setiap aduan dan dianalisis
untuk rumusan tahunan yang akan diserahkan kepada kepemimpinan tertinggi Pemuda
UMNO dan untuk pengetahuan kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)



