KUALA LUMPUR: Ceti haram atau along dikesan menggunakan taktik baru menipu kakitangan awam dengan mengumpan mereka mendapatkan pinjaman mudah daripada koperasi tertentu sebelum melaburkan wang dipinjam itu dalam skim pemasaran berperingkat (MLM) yang membabitkan pelaburan terkumpul berjumlah hampir RM1 bilion, sejak tiga tahun lalu.
Kakitangan awam yang terpedaya janji manis along terbabit hanya perlu menyediakan dokumen tertentu untuk mendapatkan pinjaman mudah dan menyedari mereka tertipu selepas menyemak dengan koperasi mengenai jumlah sebenar pinjaman, malah terkejut dengan kadar faedah pinjaman tidak masuk akal yang dikenakan.
Sindiket terbabit menggunakan orang tengah untuk memujuk kakitangan kerajaan supaya membuat pinjaman daripada koperasi kononnya bagi melabur dalam skim MLM yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, sedangkan hakikatnya skim berkenaan disenaraihitamkan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, semua urusan permohonan pinjaman seperti borang koperasi dan dokumen lain diuruskan dalang terbabit yang hanya menghubungi peminjam untuk mengeluarkan wang menerusi draf bank yang dipindahkan ke akaun milik sebuah syarikat.
Bagaimanapun, semua urusan permohonan pinjaman seperti borang koperasi dan dokumen lain diuruskan dalang terbabit yang hanya menghubungi peminjam untuk mengeluarkan wang menerusi draf bank yang dipindahkan ke akaun milik sebuah syarikat.
Kegiatan itu dikesan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selepas menerima aduan orang ramai yang tertipu dengan sindiket terbabit menerusi tawaran pinjaman dan diluluskan tidak sampai 24 jam.
Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin, berkata sindiket itu dipercayai menggunakan cap jari dan tandatangan palsu mangsa untuk memohon pinjaman selain menawarkan satu skim pelaburan kononnya pemohon akan mendapat keuntungan berlipat ganda dalam masa singkat.
Katanya, kumpulan terbabit turut menjadikan kecanggihan teknologi maklumat untuk mendapatkan maklumat peribadi orang ramai yang diperoleh menerusi laman sosial Facebook dengan menjadikan penjawat awam di Lembah Klang sebagai mangsa.
Menurutnya, mangsa akan diperdaya dengan dakwaan kononnya pinjaman itu mendapat kelulusan kerajaan dan menunjukkan bukti koperasi sebagai badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan kewangan itu sehingga diluluskan.
“Ramai di kalangan mereka (dalang) terbabit bergelar jutawan hasil daripada kadar caj pinjaman dan imbuhan tinggi yang dikenakan kepada pemohon. Mereka mengaku menjadi ejen koperasi, tetapi ramai yang tidak tahu, SKM sudah mengeluarkan arahan untuk melarang penggunaan ejen oleh mana-mana koperasi di negara ini.
“Berdasarkan aduan, ada peminjam yang dikenakan caj 12 peratus iaitu kadar yang terlalu tinggi jika dibandingkan caj biasa yang diterima koperasi sebanyak satu peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Sebelum itu, beliau menerima kunjungan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengadakan pertemuan dengannya untuk menyelesaikan satu kes terbaru membabitkan penipuan pinjaman bernilai RM111,000.
Menurut Md Yusof, pemantauan pihaknya juga mendapati rata-rata peminjam yang menjadi mangsa adalah penjawat awam yang baru bekerja dan tidak tahu membezakan antara skim yang dibenarkan atau didalangi pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.
“Kami percaya sindiket menggunakan koperasi tertentu ini didalangi along yang turut menawarkan skim cepat kaya untuk menipu orang ramai yang terpedaya helah licik mereka,” katanya.
Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai terutama penjawat awam yang terpedaya dengan tawaran sindiket terbabit yang mengakibatkan mereka terpaksa menanggung bebanan hutang pinjaman yang tinggi.
Md Yusof berkata, mana-mana koperasi yang terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 64 dan 66 Akta Koperasi dan jika sabit kesalahan, tindakan menggantung, membubar atau memecat ahli lembaga koperasi berkenaan akan diambil.
“Kami juga mengambil tindakan membekukan kod Biro Pemotongan Angkasa (BPA) yang diberikan kepada koperasi terbabit bagi menghalang mereka daripada menjalankan kegiatan baru dan hanya boleh menjalankan urusan sedia ada seperti pungutan hutang.
“Kebanyakan ejen ini agresif, mereka akan buat apa saja untuk menarik peminjam kerana imbuhan yang menanti adalah tinggi. Justeru, kami menasihati orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat pinjaman, sebaliknya merujuk kepada SKM terlebih dulu bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai status koperasi,” katanya.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Pinjamkoperasialong/Article
22 comments:
Sebenarnya, sejak kebelakangan ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang menjadikan koperasi sebagai topeng atau front bagi menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Harap pihak SKM dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan ke atas mereka.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
lepas ni Bank of AhLong pulak....hishhh...harap pihak berwajib dapat memantau dengan lebih teliti perkara sebegini agar pengguna tidak teraniaya...
semoga isu ini akan dapat diwar-warkan dengan lebih meluas,mungkin sebahagian daripada kita sahaja yang mengetahui,,diharapkan pelbagai langkah di ambil agar semua pengguna tidak akan tertipu dengan sindiket ini,,
perkara seperti ini hendaklah disebarkan......ia bukan saja memberi keburukan kepada orang yang terlibat malah kepada ekonomi negara....kesan buruk tersebut akan membawa impak yang besar kepada kita....
procedure pnjaman sah yg trlalu rumit myebabkan msyarakat tpaksa pnjam along wlaupn sbnrnya mreka thu risikonye...tp sy plik wlupun isu ini tlah cube u dbanteras tp premis pnjaman ini msih trus boperasi dn ada d mana2..klu premis ni xda mst org x brape tau mcm mana dan dkat mana bleh pnjam dgn along..indirectly, isu ni mgkin la akn bkurang ckit...
sepatutnya kerajaan meringankan lg proses untuk mendapatkan pinjaman supaya orang yang berpendapatan rendah boleh mendapatkan pinjaman tanpa menggunakan ah long..kebanyakkan orang yang meminjam daripada ah long ini daripada golongan yang berpendapatan rendah yang tidak diluluskan pinjaman nya oleh bank..
bg saya, why not BNM rangka 1 plan mudah kepada Bank2 lain supaya memudah kan pinjaman kepada org ramai even mereka x cukup layak utk meminjam..tapi bg pinjam jumlah yg bersesuaian dgn mereka lah..at least kes ah long ni x de lh keterlaluan sgt.
org ramai berhutang dgn ah long ni kdg2 kerana mereka terdesak nk guna duit serta merta, kalau nk buat pinjaman dgn bank mereka terpaksa melalui tempoh utk pinjaman mereka diluluskan mengambil masa yg agak lama, jd mrk menjadikan ah long sbg tempat mrk mdpt kn pinjaman dgn cepat dan mudah tanpa melalui masa yg pjg.....
ada agnda tersembunyi utk mnjatuhkan bngsa kia..
haii..dari hari ker hari masalah ini tidak selesai-selesai..Bank harus melonggarkan sedikit kriteria bagi memudahkan peminjam membuat pinjaman
diantara faktr msyrkt memilih ah long kerana tertekan dengan keperluan kehidupan yang melebihi kemampuan mereka..lalu mengmbil jln singkat dgn membuat pinjaman ah long yang hanya mengmbil jangka waktu yg singkat..
mgkin sb gaji mrk agk rendah...jd mrk trpksa wt pinjmn mlalui cra y lbih mdh,tnpa siasat dlu...
hm...btul gak,krana kesempitan wang,dan tak dapat nak fikir pnjang, perkara ini boleh berlaku...
isy diaorng ni tak fikir panjang kerr..xtakut ke diburu kalo x mampu nak bayar nanti,nak bayar bunga aje dah tinggi..lagi teruk kalau melibatkan anak beranak..
walaupun x de duit jgn lh pinjam kat ah long..dah tau sah2 buruk padahnya still nk ambik risiko.
Ya, memang sudah banyak kes kezaliman yang membabitkan ah long. Tindakan yang ingin diambil sewajarnya mengambil kira pendekatan penguatkuasaan dan yang lebih penting lagi, pencegahan.
Kita perlu ingat bahawa 'mencegah lebih baik daripada mengubati'. Kita perlu mencegah, iaitu sebelum ah long sempat bertindak zalim, mereka sudah pun dihalang daripada berbuat demikian. Akhir sekali, puncanya mudah sahaja, iaitu sistem riba.
Pada masa yang sama, ada juga individu yang jenis memang suka berhutang tetapi tidak suka membayar hutang.
Malah apabila kita meminjamkan wang kepada mereka, mereka menganggap kita sebagai musuh pula, walhal kita telah menolong mereka. Jenis orang begini, memang patutlah 'dijodohkan' dengan ah long. Baharulah buku bertemu ruas.
Maaf cakap, tetapi ramai orang Melayu berperangai begini. Semasa hendak meminjam duit, umpama menanam tebu di bibir. Apabila minta bayar balik, ada sahaja alasannya.
Semua pihak, terutamanya ibu bapa perlu menanamkan sikap bertanggung jawab dalam diri anak-anak, termasuk dari segi melangsaikan hutang.
Masalah ini sebenarnya bukan hanya mengakibatkan suasana tidak harmoni, tetapi juga dapat menyebabkan masalah ekonomi yang besar pada orang Melayu, terutamanya jika ia tidak dikawal.
Begini... cuba bayangkan jika ramai orang Melayu kita yang mengambil mudah dari segi membayar hutang. Katakan ada 10 orang Melayu di Malaysia. Tiga daripada 10 orang Melayu itu tergolong dalam kategori tidak suka membayar hutang.
Kemudian, 3 orang ini suka meminjam wang daripada orang yang biasa dengan mereka, iaitu rakan sebangsa mereka (baki 7 orang itu).
Sudahlah meminjam, mereka tidak membayar pula. Selain itu, mereka pula tidak meminjam daripada hanya seorang, malah beberapa orang.
Bagi memudahkan penjelasan, katakan mereka meminjam daripada 2 orang Melayu lain. Lalu mereka tidak menjelaskan hutang itu.
Maka ini bermakna bahawa 6 orang (3 pinjam daripada 2 orang = 6 orang atau 60%) Melayu yang meminjamkan wang kepada yang 3 itu kini mengalami masalah aliran tunai (cash flow). Masalah ini berpunca dari hutang lapuk (bad debt) yang tidak dibayar oleh Melayu yang 3 orang itu.
Masalah aliran tunai akhirnya menyebabkan 6 orang Melayu yang baik hati itu tidak dapat mengembangkan ekonomi mereka.
Seterusnya, seluruh masyarakat Melayu rugi apabila terdapat 6 orang (60%) yang aliran tunainya terjejas dan lagi 3 orang yang memang tiada duit, malah suka berhutang. Akhirnya, hanya tinggal seorang Melayu (10%) yang selesa sedikit kedudukan ekonominya.
Ya, memanglah analisis yang saya lakukan ini sedikit simplistik, namun teorinya adalah berasas dan ia tidak mustahil berlaku.
Ini menunjukkan bahawa tabiat tidak suka membayar hutang adalah tabiat yang bukan sahaja menjejaskan keharmonian dalam masyarakat, malah dapat menghancurkan ekonomi masyarakat tersebut.
Mungkinkah ini antara banyak-banyak sebab mengapa Bank Bumiputera dahulu bankrap beberapa kali? Tepuk dada, tanya selera.
Marilah kita sama-sama membayar hutang yang ada, tidak kiralah sama ada kita meminjam daripada orang Islam ataupun bukan Islam.
Sebagai orang Islam, kita patut menunjukkan contoh yang baik dan menjadi penaung pada seluruh umat manusia.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
saya setuju...sebagai umat Islam,kita hendaklah membayar hutang kita kerana benda tu akan dituntut di akhirat kelak.....jangan berlengah kerana kita tidak tahu bila ajal kita....
Ya, moga kita dapat mengumpulkan bekalan yang mencukupi sebelum ajal datang menjelma.
Hutang juga perlu diselesaikan. Kalau tidak silap saya, ada satu hadis yang mengatakan bahawa mereka yang mati syahid pun tertahan dari memasuki syurga disebabkan hutang.
- Ashadi Zain
Roh orang yang berhutang tidak dapat temui Allah selagi hutang tak dibayar. Bahkan Rasulullah tidak akan bersolat ke atas mayat yang hutang belum dijelaskan - ada hadis. Sabdanya "Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan." (Bukhari adn At-TIrmizi)
tkutnye...2 blum lg dtambah dgn dosa2 lain...
Terima kasih, rakyatgusar.
- Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/
Ah long semakin ganas. Ada ah long yang kini merogol isteri dan anak peminjam yang gagal melunaskan hutang (berita penuh di: http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/korban-isteri-anak-bayar-hutang-along.html)
Selain itu, berhati-hatilah dengan taktik mencuri kad ATM yang didalangi oleh warga Peru (berita penuh di: http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/awas-dengan-penipuan-ini.html)
Post a Comment