Tuesday, October 28, 2025

KAD SIM PALSU JADI TOPENG PENJENAYAH - SINAR HARIAN - 28/10/2025

 

KUALA LUMPUR – Keldai kad sim atau mule sim card dikenal pasti antara faktor utama mendorong peningkatan jenayah siber di negara ini kerana penjenayah menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada dikesan pihak berkuasa.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, kelemahan dalam proses pendaftaran kad sim serta ketiadaan integrasi penuh dengan sistem pengesahan identiti nasional menjadi ruang untuk sindiket siber beroperasi tanpa kawalan.

"Keldai kad sim ialah kad yang didaftarkan menggunakan identiti pihak lain sama ada dengan maklumat yang dicuri, dipalsukan atau dijual secara tidak sah.

"Keldai sim kad ini menjadi `topeng digital' kepada pelbagai aktiviti jenayah termasuk penipuan kewangan, akaun e-dagang palsu, pengubahan wang haram, perjudian dalam talian, serta komunikasi dalaman kumpulan scammer.

"Masalah ini semakin kritikal kerana ia menjadi entry point utama kepada pelbagai bentuk jenayah siber seperti macau scam, love scam dan serangan siber terhadap agensi awam serta swasta," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Siraj turut mendedahkan, pendaftaran prabayar yang longgar dan kelemahan proses Know Your Customer (KYC) di peringkat syarikat telekomunikasi menyebabkan identiti palsu mudah digunakan tanpa pengesahan biometrik.

"MCCA mencadangkan kerajaan mewajibkan penggunaan MyDigital ID dalam setiap proses pendaftaran sim bagi memastikan hanya individu sah disahkan secara biometrik melalui cap jari atau pengecaman wajah.

"Langkah ini perlu dijadikan mandatori bagi semua warganegara manakala bukan warganegara dicadangkan menggunakan sistem Digital Foreigner ID (DFID) yang diintegrasikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia," ujarnya.

Siraj juga bersetuju kerajaan hadkan pendaftaran kad sim kepada dua dan berharap kerajaan dapat meneliti semula penjualan kad sim di platform e dagang.

"Selain itu, MCCA menekankan keperluan tindakan tegas terhadap penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang gagal mematuhi garis panduan pendaftaran termasuk denda lebih besar dan sekatan lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sudah tiba masanya Malaysia memperkukuh dasar keselamatan digital bagi menutup ruang eksploitasi yang telah lama dimanipulasi sindiket siber," ujarnya.

Siraj berkata, pihaknya be-harap Akta Jenayah Siber yang bakal digubal mengambil kira perilaku sindiket jenayah dalam talian yang mengeksploitasi rangkaian telekomunikasi.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa mengenakan hukuman berat terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang gagal mengawal serta mencegah kegiatan penipuan, sama ada melalui panggilan telefon atau mesej, yang kini dianggap sebagai `wabak senyap' dalam masyarakat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata, tindakan radikal seumpamanya perlu bagi memastikan syarikat berkaitan lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil mudah soal pendaftaran nombor yang sering disalah guna oleh sindiket penipuan (scammer).

Menurut beliau, kegagalan telco memantau penggunaan nombor telefon dengan baik telah membuka ruang kepada scammer untuk beroperasi bebas, termasuk menggunakan nombor luar negara tanpa pengesahan sah.

Artikel oleh: Sinar Harian

KAD SIM PALSU JADI TOPENG PENJENAYAH

https://www.sinarharian.com.my/article/754349/berita/nasional/kad-sim-palsu-jadi-topeng-penjenayah

Monday, October 27, 2025

'MCMC PERLU DENDA TELCO JIKA GAGAL BENDUNG SCAM TELEFON' - SINAR HARIAN - 27/10/2025

 

Artikel oleh: Sinar Harian

'MCMC PERLU DENDA TELCO JIKA GAGAL BENDUNG SCAM TELEFON'

TELCO WAJAR DIHUKUM GAGAL BENDUNG SCAMMER - SINAR HARIAN - 27/10/2025

SHAH ALAM – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa mengenakan hukuman berat terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang gagal mengawal serta mencegah kegiatan penipuan, sama ada melalui panggilan telefon atau mesej, yang kini dianggap sebagai ‘wabak senyap’ dalam masyarakat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan radikal seumpamanya perlu bagi memastikan syarikat berkaitan lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil mudah soal pendaftaran nombor yang sering disalah guna oleh sindiket penipuan (scammer).

Menurut beliau, kegagalan telco memantau penggunaan nombor telefon dengan baik telah membuka ruang kepada scammer untuk beroperasi bebas, termasuk menggunakan nombor luar negara tanpa pengesahan sah.

“Jika telco membiarkan pendaftaran kad Modul Identiti Pelanggan (SIM) dengan cara tidak betul, maka syarikat wajar didenda sehingga RM50,000. Barulah mereka tidak berani ambil mudah.

“Sekarang ini, nombor luar negara pun boleh guna, tidak daftar pun boleh lepas. Sebab itulah scammer senang hendak beroperasi. Jadi saya minta MCMC pastikan telco betul-betul patuh,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Beliau berkata, kelemahan pengawalan sistem telekomunikasi dan kelonggaran semakan identiti pengguna menyebabkan penguatkuasaan menjadi sukar.

Justeru, Nadzim menyatakan usaha membanteras scammer memerlukan kerjasama bersepadu antara MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Jika semua agensi terbabit bersatu dan bertindak sebelum scammer bertindak, baru boleh hentikan gejala ini. Jika tunggu selepas berlaku kes, maka lambatlah diselesaikan,” katanya.

Tegasnya, MCMC bersama PDRM juga diminta bertindak lebih awal dan agresif bagi membendung kes penipuan berkaitan telekomunikasi yang kini semakin membimbangkan.

“MCMC kena lebih proaktif. Jangan tunggu laporan baru hendak bertindak.

“Sekarang ini nombor mencurigakan sepatutnya terus disekat. Bagaimanapun, tindakan biasanya diambil selepas sesuatu kejadian berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata, pendekatan sedia ada yang hanya menunggu laporan sebelum bertindak menyebabkan ramai mangsa kehilangan wang simpanan dan terus menjadi sasaran.

Menurut Nadzim, kaedah yang digunakan scammer kini semakin canggih dan kompleks, termasuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pelbagai aplikasi komunikasi serta panggilan antarabangsa bagi memperdaya mangsa.

“Kesan kepada mereka yang menjadi mangsa penipuan ini sangat berat sehingga ada yang mahu bunuh diri.

“Ada yang datang mengadu wang simpanan hari tua lesap dan tidak mampu lagi untuk bekerja kerana faktor usia.

“Ada juga modus operandi yang memancing mangsa mengeluarkan wang dalam jumlah kecil seperti RM500, tetapi dalam sehari jumlah mangsa yang tertipu berpuluh orang,” jelasnya.

Tambah beliau, kebanyakan mangsa ialah pesara kerajaan dan warga emas yang mudah mempercayai panggilan palsu kononnya daripada pegawai bank atau pihak berkuasa.

“Orang muda pun kena, tetapi paling ramai warga emas, pesara kerajaan. Mereka baru pencen, duit pun banyak dan mudah percaya.

“Soalnya, macam mana scammer ini tahu mereka ada banyak wang?” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

TELCO WAJAR DIHUKUM GAGAL BENDUNG SCAMMER

https://www.sinarharian.com.my/article/754210/berita/nasional/telco-wajar-dihukum-gagal-bendung-scammer

Thursday, October 23, 2025

PAWSLIFESTYLE: MAKANAN KUCING HALAL & TOYYIB DARI TURKI - PPIM - 23/10/2025

PAWSLIFESTYLE ialah jenama makanan kucing halal milik Bumiputera Muslim Malaysia, diimport dari Turki dan disahkan mengikut standard OIC SMIIC 1:2019.

Menawarkan makanan kucing kering dan basah seperti Mystic Chicken, MyFood Salmon dan PawPaw Fish.

Produk ini 100% halal, bersih dan bernutrisi, sesuai untuk pemilik kucing yang menitikberatkan aspek halal dan toyyib.

Wednesday, October 22, 2025

ARTIKEL PILIHAN | BOIKOT UNTUK KEMANUSIAAN: PILIHAN ANDA MENENTUKAN NASIB UMAT! - PPIM - 22/10/2025

Kempen Mass Boycott for Humanity dilancarkan sebagai satu gerakan kesedaran global yang menyeru masyarakat supaya menggunakan kuasa pengguna untuk menolak kekejaman dan penindasan, khususnya terhadap rakyat Palestin yang terus dizalimi oleh rejim Zionis.

Kempen ini berpaksikan nilai kebenaran, kemanusiaan dan keadilan sejagat. Ia bertujuan menzahirkan solidariti kepada mereka yang ditindas serta mengingatkan masyarakat bahawa setiap pembelian membawa kesan terhadap kehidupan insan lain di bumi yang sama.

Setiap pengguna mempunyai hak dan kuasa untuk memilih. Melalui tindakan memboikot produk atau jenama yang memberi manfaat kepada rejim penindas, masyarakat sedang menyatakan penolakan terhadap kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia. Boikot bukan sekadar menolak, tetapi satu bentuk perjuangan yang memperkukuh kesedaran sosial dan moral masyarakat bagi menegakkan maruah dan nilai kemanusiaan yang sejati.

Sebagai pengguna Muslim dan rakyat yang berjiwa merdeka, kita tidak lagi perlu tunduk kepada jenama yang menjadikan keuntungan mereka sebagai peluru yang menembusi tubuh insan tidak berdosa. Kita mempunyai alternatif halal, bersih, berkualiti, dan keluaran Muslim Bumiputera yang sama lazat, malah lebih berkat.


Mi segera jenama Saji adalah produk bumiputera yang dijamin halal dan dihasilkan oleh syarikat Saji, sebuah anak syarikat kepada FGV Holdings Berhad.
• Jenis produk: Mi segera yang mudah dimasak, sama ada dengan direndam dalam air panas atau digoreng.
 Status Halal: Produk Saji dijamin halal dan merupakan produk Muslim.
• Keluaran Bumiputera: Produk ini adalah keluaran 100% bumiputera, yang dihasilkan oleh FGV.
 Jenis Perisa: Terdapat pelbagai jenis perisa, termasuk:
        •Mee Kari
        •Mee Goreng
        •Mee Soto
        •Mee Sup Ayam
                               

Mi segera daripada Arwaa Food adalah halal. Produk mereka, seperti Mee Kari Opah, dijual sebagai pilihan makanan halal yang lazat dan mudah, serta mengandungi bahan organik dan rendah gula.
• Pilihan Halal: Produk dari Arwaa Food telah diperakui halal, menjadikannya pilihan yang selamat untuk umat Islam.
• Bahan Berkualiti: Makanan segera mereka dihasilkan menggunakan bahan organik dan dipercayai rendah gula.
• Mudah dan Pantas: Ia sesuai untuk mereka yang mencari makanan segera yang mudah disediakan tanpa mengorbankan rasa.
• Kandungan istimewa: Resepi unik menggunakan makanan sunnah seperti kurma, kismis, dan saffron.
• Mi tarik organik: Mi ini dihasilkan tanpa pewarna tiruan, bahan pengawet, dan lilin.
• Pilihan sihat: Diformulasikan sebagai pilihan mi segera yang lebih sihat untuk individu yang sibuk, serta produk Muslim.

Mi segera jenama Agromas adalah produk keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dijamin halal dan berkualiti tinggi, menggunakan bahan-bahan segar. Produk ini mudah disediakan dan terdapat dalam pelbagai perisa seperti Mi Bandung, dengan setiap pek mengandungi 5 paket kecil mi segera yang diperkaya dengan perencah istimewa.
• Status halal: Produk ini dijamin halal dan disahkan melalui sijil halal JAKIM serta pensijilan lain seperti MESTI dan GMP.
• Keluaran FAMA: Agromas adalah jenama produk bumiputera yang diusahakan oleh FAMA, sebuah agensi kerajaan Malaysia yang memastikan kualiti produknya.
 Bahan-bahan: Mi segera ini dibuat menggunakan bahan-bahan yang segar seperti tepung gandum dan tepung jagung, serta perencah istimewa.
 Cara penyediaan: Ia mudah disediakan dan sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa.

Mi segera jenama Adabi adalah produk Bumiputera dan halal yang dijamin dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI). Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. komited untuk memastikan semua bahan mentah dan proses pengeluaran produk mereka bersih dan bebas daripada bahan bukan halal. Ini dilakukan melalui Sistem Jaminan Halal yang ketat di seluruh operasi perkilangan.
• Proses Pengeluaran: Adabi memastikan semua bahan mentah yang digunakan adalah halal dan proses pengeluaran, termasuk peralatan dan jentera, adalah bersih dan mematuhi amalan perkilangan yang baik (GMP).
• Pemisahan Produk: Semasa penyediaan, pemprosesan, pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, dan pengedaran, makanan dipisahkan secara fizikal daripada sebarang makanan yang gagal memenuhi polisi sijil halal.
• Komitmen Syarikat: Jenama ini secara keseluruhan mengutamakan produk yang berkualiti lagi halal dan komited untuk memenuhi keperluan pengguna.
• Jaminan Kualiti: Syarikat ini mengikuti piawaian kualiti yang ketat dan mempunyai sijil ISO 9001:2015 daripada SIRIM Berhad.

Mi segera NuMee adalah produk halal dan Bumiputera. Ia dihasilkan di Malaysia dan diperakui halal oleh pihak yang berkaitan, dengan pelbagai perisa seperti Kari, Ayam, dan Goreng yang tersedia.
• Jenama: NuMee, jenama mi segera dari Gardenia.
• Status Halal: Disahkan halal.
• Keluaran: Buatan Malaysia.
• Status Bumiputera: Produk ini juga merupakan produk Bumiputera.
• Perisa: Tersedia dalam perisa Kari, Ayam, dan Goreng.

AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE PAWSLIFESTYLE SDN BHD - PPIM - 21/10/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah mengadakan perjumpaan bersama Pengasas & Pengarah Urusan Pawslifestyle Sdn Bhd (PLS), En Zailani Ali di Rocky's Cat Club, Taman Dagang, Ampang. 

Turut serta, Dato' Aidit Ghazali dan Head of Sales and Distribution PLS, En Badrul Muhaymin.

Pawslifestyle Sdn. Bhd. (PLS) ialah syarikat milik Bumiputera Muslim yang komited untuk memberikan yang terbaik dalam penjagaan dan pemakanan kucing. Sebagai pengedar eksklusif makanan kucing premium yang diimport terus dari Turki, PLS komited dalam menawarkan produk yang memenuhi piawaian tertinggi dari segi pemakanan, keselamatan serta sumber yang beretika, dan yang paling penting — dijamin HALAL.

Tuesday, October 21, 2025

LAKSANA BOIKOT BESAR-BESARAN, TUBUH SEKRETARIAT KHAS - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 21/10/2025

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru umat Islam di negara ini untuk melaksanakan boikot besar-besaran terhadap produk dan syarikat yang didakwa menekan serta bercanggah dengan nilai dan kepercayaan masyarakat Islam.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan boikot  bukan bertujuan memaksa mana-mana pihak, sebaliknya merupakan manifestasi kuasa pengguna dalam menzahirkan pendirian dan prinsip mereka.

“Rezeki datang daripada Allah, bukan daripada syarikat,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim turut mengingatkan pengguna perlu bersatu dan berani bertindak, khususnya dalam mempertahankan maruah dan nilai yang menjadi asas kehidupan masyarakat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, PPIM turut mengumumkan penubuhan Sekretariat Boikot yang akan menyelaras kempen secara lebih tersusun dan berterusan.

Sekretariat tersebut akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pendidik serta komuniti di seluruh negara.

“Tindakan ini adalah senjata aman pengguna dalam menegakkan hak dan mendesak tanggungjawab sosial korporat agar dihormati,” tambah Nadzim.

PPIM berharap kempen akan menjadi titik tolak kepada gelombang kesedaran yang lebih besar dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam untuk lebih peka terhadap aspek etika dan prinsip dalam membuat keputusan sebagai pengguna. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

LAKSANA BOIKOT BESAR-BESARAN, TUBUH SEKRETARIAT KHAS - PPIM

https://malaysiagazette.com/2025/10/21/laksana-boikot-besar-besaran-tubuh-sekretariat-khas-ppim/

Monday, October 20, 2025

PPIM PERJELAS ISU MAKANAN KUCING DIDAKWA BERASASKAN BABI - MALAYSIA GAZETTE - 11/10/2025

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil memberi penjelasan berhubung isu tular melibatkan makanan kucing yang didakwa mengandungi bahan berasaskan babi, sekali gus menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna Muslim.

Penasihat Agama PPIM, Ahmad Shahdan menjelaskan, meskipun kucing tidak tergolong dalam golongan mukallaf atau individu yang tertakluk kepada hukum syarak, tanggungjawab tetap terletak pada pemilik atau penjaganya yang beragama Islam.

“Kucing tidak ditaklifkan kerana mereka tiada agama. Namun, yang memegang, memberi makan dan menjaganya adalah manusia.

“Nabi Muhammad SAW bersabda kucing bukan najis dan ia adalah haiwan yang suci,” katanya menerus sebuah video ringkas.

Menurut beliau, penilaian terhadap hukum najis perlu dibuat berdasarkan bentuk bahan sama ada bersifat cecair (ma’i’at) atau pejal.

Katanya, jika makanan tersebut bersifat cecair dan mengandungi unsur babi, maka ia tergolong dalam najis berat (mughalazah) sekiranya disentuh dalam keadaan basah.

“Jika terkena pakaian, tempat atau tubuh, ia perlu disamak dengan tujuh kali basuhan, termasuk sekali dengan tanah. Perkara ini penting khususnya bagi mereka yang membawa kucing ke masjid atau kawasan solat,” ujarnya.

Pada masa sama, Ahmad turut mengingatkan bahawa sumber asal bahan makanan turut memainkan peranan penting dalam hukum halal dan haram.

“Jika makanan itu dibuat daripada bahan najis seperti babi atau anjing, maka hukum penggunaannya adalah haram, termasuk dalam urusan jual beli. Dalam mazhab Syafi’i, jual beli sesuatu yang ada unsur najis adalah haram. Umat Islam perlu lebih berhati-hati dan pastikan setiap produk yang dibeli mempunyai pengesahan halal,” tegasnya.

PPIM turut menasihatkan pengguna Muslim agar meneliti label kandungan bahan sebelum membuat pembelian serta memilih produk yang jelas status halalnya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM PERJELAS ISU MAKANAN KUCING DIDAKWA BERASASKAN BABI

https://malaysiagazette.com/2025/10/11/ppim-perjelas-isu-makanan-kucing-didakwa-berasaskan-babi

Friday, October 17, 2025

REZEKI YANG TERCEMAR: KESAN PENGAMBILAN UNSUR BABI TERHADAP IBADAH - PPIM - 16/10/2025

Sebagai Muslim dan Mukmin, kita tidak boleh memandang ringan terhadap unsur haram dan syubhah dalam kehidupan — sama ada dalam pemakanan, pakaian, pekerjaan, urus niaga, mahupun gaya hidup.

1. Hati sebagai pusat kesucian iman

Rasulullah ï·º bersabda:

“Dalam diri manusia ada seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh; jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Itulah hati.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Apabila hati dicemari dengan makanan atau sumber rezeki yang haram, ia menutup pintu hidayah dan nur iman. Hati menjadi gelap, keras, dan hilang rasa malu kepada Allah. Dari sinilah muncul pelbagai penyakit rohani .- hasad, sombong, tamak, dan zalim.

    2. Unsur haram dalam pemakanan dan kesannya

    Setiap suapan yang haram akan menjadi “benteng” antara doa dan penerimaannya. Rasulullah ï·º bersabda:

    “Seorang lelaki bermusafir jauh, rambutnya kusut masai, menadah tangan ke langit, ‘Ya Rabb! Ya Rabb!’, tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia diberi makan dengan perkara haram, maka bagaimana doanya akan diterima?”

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Makanan haram bukan sekadar menjejaskan tubuh, tetapi menghalang keberkatan hidup dan memadam cahaya iman.

    3. Kesan terhadap amal dan doa

    • Amal yang dilakukan dengan tubuh yang tumbuh daripada sumber haram tidak diterima di sisi Allah.
    • Doa yang dipohon oleh hati yang dikeraskan dengan maksiat menjadi tertolak, meskipun lafaznya indah.
    • Jiwa menjadi gelisah, mudah marah, hilang sabar dan kasih sayang — kerana hati yang sakit tidak mampu mencintai kebenaran.

    4.  Jalan penyucian hati dan kehidupan

    Untuk mengubat keadaan ini, Islam mengajar kita tiga langkah utama:

    1. Taqwa dan muraqabah – Sentiasa sedar bahawa Allah melihat setiap rezeki yang kita ambil.
    2. Tawbah dan istighfar – Memohon ampun atas segala kelalaian dan kembali kepada sumber halal.
    3. Tazkiyah dan amal soleh – Membersihkan hati melalui sedekah, qiyam, zikir, dan menuntut ilmu.

    Penutup

    Masalah ini bukan sekadar soal halal-haram di atas kertas, tetapi persoalan kesucian hati dan hubungan dengan Allah.

    Apabila hati bersih daripada unsur haram, doa menjadi mustajab, amal diterima, dan hidup diberkati.

    Namun jika hati dicemari, maka walaupun banyak amal, ia tetap ringan di sisi Allah kerana hilang ikhlas dan nur iman.

    “Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan yang baik.”

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Ini bermaksud Allah menerima amalan dan ibadah yang baik serta halal. Ia menekankan bahawa amalan seperti solat, sedekah, dan doa tidak akan diterima jika ia dihasilkan atau dibiayai oleh harta yang haram. Hal ini juga berkaitan dengan doa yang tidak akan dimakbulkan sekiranya makanan, minuman, dan pakaian seseorang itu adalah daripada sumber yang haram.

    Pengertian amalan baik: Ibadah dan amalan soleh hanya akan diterima oleh

    Allah jika ia dilakukan dengan niat yang ikhlas dan menggunakan sumber rezeki yang halal.

    Rezeki yang berkat: Hasil titik peluh yang halal, walaupun sedikit, akan membawa keberkatan dalam hidup, manakala rezeki yang haram akan menggelapkan hati dan menyebabkan doa tidak dimakbulkan


    Thursday, October 16, 2025

    HENTIKAN MEMBIAYAI PELURU ISRAEL,BOIKOT BESAR-BESARAN PRODUK ISRAEL!!!!! - SIDANG MEDIA PPIM - 16/10/2025

    Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru semua NGO, NGI dan SESIAPA SAHAJA yang rasa TERKESAN DENGAN KEJAHATAN DAN KEZALIMAN TERANCANG pihak Zionis sejak puluhan tahun agar benar-benar bangkit. 

    Kaedah kali ini adalah dengan menjejaskan ekonomi mereka serta pihak yang menyokong mereka secara habis-habisan. Sudah tiba masanya kita semua bersatu untuk berusaha, merancang dan melaksanakan agenda ini secara luar biasa.

    Mengikut pengalaman, memboikot adalah senjata terbaik yang boleh menghasilkan impak yang besar. Inilah yang akan kita lakukan tetapi dalam gandaan ratusan kali usaha yang mampu melumpuhkan sumber kewangan mereka.

    Bayangkan, ratusan juta kerugian yang dialami ketika kita memboikot Starbucks sebenarnya masih kecil. Jika semua pengguna bersama-sama melaksanakan boikot secara agresif, kesannya pasti tidak dapat dibayangkan. Kita perlu memilih untuk memboikot pihak yang menyokong kezaliman mereka.

    Sehubungan itu, PPIM telah mengadakan sidang media bertujuan menggerakkan kesedaran dan tindakan bersama dalam kalangan NGO, NGI serta rakyat Malaysia dan dunia untuk terus memboikot produk-produk yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi Israel, yang terang-terangan menindas dan membunuh rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan.

    Marilah kita bersatu di bawah satu suara – BOIKOT demi maruah umat!

    Setiap pembelian produk pro-Israel adalah peluru yang membunuh saudara kita di Palestin. Boikot pembelian ini mampu dilaksanakan kerana produk-produk ini tidak langsung kerana ianya bukan bahan asas yang kita perlukan.

    BOIKOT SEKARANG, DEMI MARUAH PALESTIN, DEMI MARUAH UMAT!

    Tuesday, October 14, 2025

    AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA KETUA PENGARAH JPS - PPIM - 14/10/2025

    Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib di Pejabat Ketua Pengarah JPS, Cyberjaya. Perjumpaan membincangkan peluang kerjasama dan inisiatif bersama ke arah pembangunan lestari.

    AKTIVITI | TAKLIMAT KESIHATAN SECARA ALAMI - PPIM - 14/10/2025

    Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan Taklimat Kesihatan Secara Alami bertemakan “Sihat Secara Alami, Hidup Sejahtera” yang disampaikan oleh Dr. Roland Victor, Kapten (B) Dr. Wong Ah Peng, dan Dr. Saroja Theavy.

    Taklimat bertujuan memberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan secara semula jadi serta alternatif menghadapi cabaran kesihatan moden, khususnya dalam era di mana kebergantungan kepada kesihatan moden. Sesi ini juga akan memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan pandangan pakar dalam mencari keseimbangan antara kaedah moden dan pendekatan alami.

    Semoga taklimat ini dapat memberi manfaat bersama dalam memperkasa gaya hidup sihat berasaskan pendekatan alami.

    Setelah taklimat selesai, para doktor telah dibawa melawat ke Kebun Komuniti Bandar Villa Puteri.

    Monday, October 13, 2025

    AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-20: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM - 11/10/2025

    Aktiviti kebun pada minggu ini dimulakan dengan aktiviti senaman pagi yang dikendalikan oleh Pengarah Latihan PPIM, Cikgu Izham Nayan, bagi menyegarkan tubuh dan minda para peserta.

    Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan grounding untuk memberi peluang peserta merasai ketenangan alam semula jadi sambil menikmati suasana hijau kebun.

    Selain itu, turut diadakan program belia yang bertujuan memupuk semangat cinta alam dan tanggungjawab menjaga kelestarian persekitaran dalam kalangan generasi muda.

    Saturday, October 11, 2025

    PPIM DEDAH JENAMA MAKANAN KUCING MENGANDUNGI UNSUR BABI, PENGGUNA DISARAN BACA LABEL SEBELUM MEMBELI - WILDAN HAROUN - 10/10/2025

     

    Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu sidang media khas (9 Okt 2025) bagi menjelaskan pendedahan lanjut berhubung beberapa jenama makanan kucing di pasaran yang didakwa mengandungi unsur babi.

    Sidang media tersebut diadakan sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat pada 7 Oktober lalu.

    Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (Toqqi) berkata, pihaknya menerima pelbagai reaksi susulan pendedahan itu, termasuk kritikan kerana tidak menyenaraikan nama-nama jenama terlibat.

    Toqqi menjelaskan bahawa sidang media kali ini bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai produk berkenaan, selain menyeru orang ramai agar lebih peka terhadap kandungan makanan haiwan peliharaan.

    Beliau turut menegaskan bahawa beberapa produk yang dibawa semasa sidang media hari ini didapati mempunyai label “pork derivative” atau “contains pork” yang jelas menunjukkan penggunaan bahan berasaskan babi.

    PPIM turut mengingatkan bahawa isu ini bukan sekadar melibatkan haiwan, tetapi berpotensi menyebabkan pencemaran najis babi dalam kawasan ibadah apabila kucing peliharaan yang diberi makanan berunsur babi dibawa masuk ke masjid atau surau.

    #PPIM #MakananKucing #HalalHaram #IsuSemasa #BoikotIsrael #Toqqi #BeritaTikTok #KucingMalaysia

    Sumber: Wildan Haroun (Facebook)

    PPIM DEDAH JENAMA MAKANAN KUCING MENGANDUNGI UNSUR BABI, PENGGUNA DISARAN BACA LABEL SEBELUM MEMBELI

    https://www.facebook.com/share/v/1Jpssyfe4Q

    AKTIVITI | PROGRAM BERSAMA MALAYSIA RETAILOR ASSOCIATION (MRA) - PPIM - 11/10/2025

    Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Program Bersama Malaysia Retailers Association (MRA) anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertempat di Leo Moggie Convention Centre (LMCC), TNB Platinum, Bangsar.

    Program bertujuan memperkukuh hubungan antara TNB dan penggiat industri runcit di bawah MRA. Antara pengisian utama termasuk taklimat mengenai struktur tarif elektrik serta penerangan tentang keselamatan elektrik.

    PERJUANGAN KAMI

    PERJUANGAN KAMI

    ARKIB ARTIKEL