Thursday, July 31, 2025

50 TAHUN KITA GAGAL MENGENALI MUSUH!!! - SIDANG MEDIA PPIM - 31/07/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat kajian mengenai produk-produk makanan yang dimakan oleh rakyat Malaysia.  Salah satu produk ini amat dikenali dan dimakan oleh semua rakyat Malaysia terutama pelajar-pelajar.

Tanpa perasaan, lebih 50 TAHUN kita menyokong kezaliman dan pembunuhan dalam keenakan kita menikmati makanan tanpa terfikir kita juga menyumbang kepada penyembelihan manusia. 

Hampir semua rakyat Malaysia terutama para pelajar membeli sambil menyokong kearah pembunuhan. 

Tidak ada alasan lagi samada kita bersama menzalimi atau kita bersubahat dengan kezaliman. 

Sedarlah, diam itu bukan lagi pilihan, ia adalah pengkhianatan terhadap kemanusiaan. Bagi tujuan itu, satu sidang media telah diadakan di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur.

AKTIVITI | SIDANG MEDIA HIMPUNAN NASIONAL "MALAYSIA BANGKIT GAZA" (MR4G) - PPIM - 30/07/2025

30 Julai 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke sidang media Himpunan Nasional "Malaysia Bangkit Gaza" (MR4G) anjuran Humanity for Gaza (H4G) di WP Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sidang media ini bertujuan memperkenalkan inisiatif Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza (MR4G) yang bakal berlangsung pada 9 Ogos 2025 di Dataran Merdeka, selain menyampaikan mesej bersama kepada media dan masyarakat tentang penyatuan suara rakyat Malaysia dalam isu Palestin.

Tuesday, July 29, 2025

AKTIVITI | PROGRAM PERKONGSIAN BERKENAAN PELAKSANAAN STRUKTUR TERBARU TARIF ELEKTRIK, KESELAMATAN ELEKTRIK & KECEKAPAN TENAGA - PPIM - 29/07/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Program Perkongsian Berkenaan Pelaksanaan Struktur Terbaru Tarif Elektrik, Keselamatan Elektrik & Kecekapan Tenaga bersama wakil pelajar Pusat Pengajian Tinggi anjuran Tenaga Nasional Berhad di Leo Moggie Convention Center, TNB Platinum.

Monday, July 28, 2025

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA BZBEE CONSULT - PPIM - 28/07/2025

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengasas dan Pengarah Urusan bzBee Consult, Prof Mohd Said Bani CM Din.

Thursday, July 24, 2025

PERSATUAN PNGGUNA ISLAM BIMBANG TENTANG "BUDAYA MEMBERI PINJAMAN" "WANITA TERPAKSA MENJUAL DIRI UNTUK MEMBAYAR HUTANG" - SIN CHEW DAILY - 24/07/2025

 

Artikel oleh: Sin Chew Daily

PERSATUAN PNGGUNA ISLAM BIMBANG TENTANG "BUDAYA MEMBERI PINJAMAN" "WANITA TERPAKSA MENJUAL DIRI UNTUK MEMBAYAR HUTANG"

https://www.sinchew.com.my/?p=6723300

FEMALE DEBTORS BEING FORCED INTO PROSTITUTION TO PAY OFF DEBTS, SAYS ASSOCIATION - NEW STRAITS TIMES - 24/07/2025

 

KUALA LUMPUR: Female debtors of loan shark are being forced into prostitution and other criminal activities to pay off their debts, the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) said.

Its executive secretary, Zharif Johor, said the association has received complaints from victims who were pressured into sacrificing their dignity due to threats and mounting pressure.

"Victims are being forced into prostitution as the amount owed to loan sharks keep escalating due to exorbitant interest rates.

"The victims remain trapped in the cycle of debt with no way out.

"They are threatened and traumatised," Zharif said in a statement, adding more and more women are falling victims to loan sharks.

He urged the public to avoid getting involved in any form of debt, especially with loan sharks.

Zharif highlighted a case of a woman in her 20s who was persuaded by her boyfriend to borrow money from a loan shark, allegedly for a business venture.

However, when the boyfriend received the money, he fled, leaving his girlfriend with the burden of settling the RM20,000 loan.

The woman held two jobs but eventually turned to prostitution when she could not earn enough to settle the loan.

"My boyfriend fed me with empty promises. He disappeared after getting the money, leaving me to shoulder the entire debt.

"I worked as a sales assistant in the day and at night, I became a hostess at an entertainment centre. Even then, the money was still not enough," she said.

She then turned to online "sponsors", allegedly offering dinner companionship but in reality, was prostitution.

"I was paid between RM800 and RM1,000 for one night.

"Out of desperation, I just let it happen," she said.

Zharif urged the public not to get themselves trapped in debt, especially involving loan sharks.

"It is extremely difficult to get out of this web," he added.

Article by: New Straits Times

FEMALE DEBTORS BEING FORCED INTO PROSTITUTION TO PAY OFF DEBTS, SAYS ASSOCIATION

https://www.nst.com.my/news/nation/2025/07/1249660/female-debtors-being-forced-prostitution-pay-debts-says-association

WANITA TERJEBAK DENGAN PELACURAN AKIBAT HUTANG - KENYATAAN MEDIA PPIM - 24/07/2025

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang dengan budaya berhutang masyarakat sehingga terjebak kepada jenayah dan perbuatan tidak bermoral.

Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata pihaknya telah menerima aduan dari kalangan mangsa keberhutangan Ahlong dimana mereka terpaksa menggadai maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutang akibat tekanan.

"Bukan sahaja mangsa terjebak dengan pelacuran, hutang kepada Ahlong juga semakin meningkat," katanya.

Akibat dikenakan bunga yang tinggi, mangsa terus terikat dengan hutang Ahlong dan tidak ada penyelesaian.

"Antara kes terbaru yang PPIM kendalikan adalah kes melibatkan seorang wanita berusia 20an," katanya.

Siti (bukan nama sebenar) bekerja sebagai jurujual di pasaraya dan seperti remaja lain dia mengharapkan masa depan yang baik.

Terperdaya dengan janji manis teman lelaki yang menjanjikan masa depan lebih cerah dan cinta sejati, Siti membuat pinjaman sebanyak RM20,000 Ahlong.

Wanita itu berkata teman lelakinya berjanji wang itu digunakan untuk modal perniagaan.

"Janji tinggal janji, lelaki itu menghilangkan diri selepas mendapat wang dan saya

harus menanggung seluruh hutang itu," katanya.

"Siang saya bekerja sebagai jurujual, malam, saya jadi pelayan di pusat hiburan, semuanya untuk bayar Ahlong. Tetapi duit itu masih tak cukup.”

"Akhirnya saya terjebak dalam dunia gelap, bermula dengan mencari ‘penaja’ di sebuah platform atas talian yang katanya hanya menjadi teman makan malam hakikatnya mahu beli tubuh wanita.”

"Saya dibayar antara RM800 hingga RM1000 untuk satu malam bersama. Dan saya, dalam keadaan terdesak, terpaksa benarkan sahaja," katanya.

Zharif Johor mengingatkan orang ramai hutang Ahlong bukan sekadar angka, ia datang bersama ugutan, bahaya, trauma dan kehancuran diri.

"Kami di PPIM sentiasa menasihati orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan apa sahaja bentuk hutang terutamanya Ahlong. Jangan menjerat diri dengan hutang kerana amat sukar untuk mencari jalan keluar. Ramai dari kalangan masyarakat telah menjadi hamba duit kerana hutang yang mereka sendiri cipta." katanya.

LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS | "BERHENTI MENYALAHKAN 'TANAH' " PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MEMINTA PENJELASAN YANG TELUS, PEMBINAAN SEMULA YANG CEPAT DAN PAMPASAN - SIN CHEW DAILY - 22/07/2025

 

Artikel oleh: Sin Chew Daily

LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS | "BERHENTI MENYALAHKAN 'TANAH' " PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MEMINTA PENJELASAN YANG TELUS, PEMBINAAN SEMULA YANG CEPAT DAN PAMPASAN

https://www.sinchew.com.my/?p=6717863

Tuesday, July 22, 2025

JANGAN SALAHKAN TANAH SEMATA-MATA – ISU SEBENAR ADALAH PERANCANGAN, TRANSPARENSI DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/07/2025

Pengumuman hasil siasatan rasmi berkenaan insiden letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini amat mengecewakan bagi ramai pihak. Lebih menjengkelkan ialah bagaimana pengumuman tersebut meletakkan punca kejadian kepada pergerakan tanah, seolah-olah masalah ini berlaku secara semula jadi tanpa sebarang kaitan dengan pembangunan manusia. Tiada penerangan lanjut tentang apa yang menyebabkan tanah itu bergerak. Tiada analisis teknikal yang dikongsikan secara mendalam tentang faktor-faktor sekeliling. Kebertanggungjawaban konkrit daripada pihak-pihak yang kompeten juga tiada diberikan.

Penduduk yang terkesan yang telah melalui saat-saat ngeri dan kehilangan tempat berteduh berhak menuntut penjelasan – bukan sahaja mengenai apa yang berlaku, tetapi juga siapa yang akan bertanggungjawab untuk memulihkan semula kehidupan mereka. Namun, di sebalik pelbagai reaksi terhadap cara siasatan itu diumumkan dan soalan-soalan yang tidak dijawab berkenaan kerja-kerja di sekitar kawasan paip gas, beberapa isu penting nampaknya terus disisihkan dari perbincangan umum.

Antara yang paling membimbangkan ialah bagaimana pembangunan boleh diluluskan dengan begitu hampir kepada kawasan infrastruktur kritikal seperti paip gas, pencawang atau menara elektrik, lebuhraya bertingkat atau landasan LRT. Apakah pertimbangan keselamatan telah diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan? Apakah pemaju telah membuat analisis impak jangka panjang? Atau adakah semua proses ini hanya bersandarkan kelulusan teknikal tanpa melihat kepada risiko sebenar terhadap komuniti sekeliling?

Lebih mengecewakan, ramai pembeli rumah mendakwa mereka tidak dimaklumkan langsung tentang kewujudan paip gas ini semasa proses jual beli. Ini bukan perkara remeh. Ini adalah soal hak. Pembeli berhak tahu jika hartanah yang mereka beli terletak bersebelahan dengan infrastruktur berisiko tinggi. Jika perkara asas seperti ini pun tidak didedahkan, bagaimana mereka boleh membuat keputusan yang bijak sebagai pengguna?

Selain itu, timbul pula isu pelaksanaan kerja-kerja pemulihan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan rancangan untuk membina semula rumah-rumah yang musnah dengan dana kerajaan dan sumbangan daripada pemilik infrastruktur berkenaan. Namun, sudah berbulan-bulan berlalu dan kerja-kerja masih belum berjalan lancar, khususnya di Taman Putra Harmoni. Beberapa kenalan saya yang tinggal di kawasan tersebut meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan yang masih tidak menentu. Mereka masih tidak tahu apakah langkah seterusnya, dan komunikasi efektif dengan pihak bertanggungjawab hampir tidak wujud.

Apa yang lebih menghairankan, kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pemulihan ini merupakan kontraktor yang dilantik oleh pemaju asal – iaitu pihak yang sama yang didakwa gagal memaklumkan tentang kehadiran paip gas sejak awal lagi. Kini, pihak pemaju berkenaan telah diberi mandat oleh KPKT, untuk membina semula rumah-rumah mangsa dengan dana yang disebutkan tadi. Malah, ada penduduk yang mengalami kerosakan sepenuhnya kepada rumah mereka, juga mendakwa ada di antara mereka yang dimaklumkan bahawa cuma kerja-kerja pembaikan akan dijalankan ke atas rumah mereka berbanding ‘pembinaan semula’ seperti yang dinyatakan sebelum ini – walaupun struktur rumah mereka sudah jelas musnah.

Ada juga mangsa yang dimaklumkan oleh kontraktor bahawa pendawaian elektrik dalam rumah mereka tidak termasuk dalam skop kerja, dan ada yang dimaklumkan bahawa paip air di dalam rumah akan dipasang secara luaran, di atas lantai – bukan di bawah seperti biasa. Jubin lantai tidak akan dipasang, dan lantai hanya akan disimen dan dicat. Bumbung rumah yang rosak hampir separuh pula hanya akan dibaiki secara separa. Semua ini bukan sahaja menjengkelkan, malah menjatuhkan maruah dan hak mangsa. Lebih menyedihkan, mereka diminta menandatangani ‘surat setuju terima’ yang menggugurkan hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang – walhal butiran kerja pun masih belum jelas.

Dan di tengah-tengah semua kekeliruan ini, ‘tanah’ terus dipersalahkan. Tapi tiada siapa menjawab soalan sebenar – mengapa tanah itu bergerak atau mendap sehinggakan paip gas boleh pecah? Bukankah kawasan itu dulunya mempunyai aliran sungai? Ke mana air itu dialihkan semasa pembangunan projek perumahan? Bagaimana pula dengan sistem saliran dan pembetungan pembangunan perumahan? Semua ini memerlukan siasatan terperinci – bukan diketepikan dengan mempersalahkan gerakan tanah.

Di seberang kawasan perumahan pula, kerja-kerja pembangunan oleh pemaju lot kedai juga seharusnya menimbulkan tanda tanya. Ada laporan tentang ketidaktelusan dalam proses kelulusan dan kebenaran merancang. Namun sehingga kini, tiada penjelasan yang diberikan. Yang pasti, apabila semuanya gagal dijawab, ‘tanah’ dipersalahkan. Begitu mudahnya melarikan diri daripada tanggungjawab sebenar.

Adakah kajian impak alam sekitar, EIA, ada dilakukan di kawasan tersebut?

Kita tidak boleh terus membiarkan perkara ini berlaku. Di sebalik semua laporan teknikal dan permainan salah-menyalah ini, penduduk di kawasan berkenaan telah kehilangan segalanya – rumah, keselamatan, dan keyakinan terhadap sistem. Apakah kita mahu berdiam diri dan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa harapan?

Saya menyeru semua pihak yang terlibat – baik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemaju, mahupun syarikat pemilik infrastruktur – hentikan permainan persepsi dan mula bertindak. Ini bukan semata-mata soal membaiki rumah, tetapi membina semula kepercayaan rakyat. Tanggungjawab ini bukan boleh dipindah atau dipersalahkan antara satu sama lain. Ini adalah tanggungjawab bersama yang mesti ditunaikan, sekarang – bukan esok.

MAI SECAWAN PODCAST EPISOD 5 - HPA INTERNATIONAL - 21/07/2025

 

Jangan lepaskan peluang bersama Mai Secawan Podcast Episod 5: Siaran yang bakal membuka mata dan membakar semangat anda!

Bersama Dato’ Nadzim Johan (Toqqi), Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, kita bongkar isu Tekanan Kos Sara Hidup & Peluang Perniagaan dalam suasana penuh padat dan menyentap.

Apa solusi rakyat? Apa peluang tersembunyi? Jawapannya malam ini, Isnin | 21 Julai 2025 | 8:30 malam.

Sediakan secawan kopi RADIX dan saksikan perubahan minda anda bermula di sini!

#MaiSecawan #PodcastToqqi #FenomenaRADIX

Sumber: HPA International (YouTube)

MAI SECAWAN PODCAST EPISOD 5

https://www.youtube.com/watch?v=zL7Gs79rcqw

Friday, July 18, 2025

AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KAJIAN SEMAKAN SEMULA PERUNDANGAN E-DAGANG - PPIM - 17/07/2025

17 Julai 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E-Dagang Bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali di Silk Ballroom Zenith Hotel, Putrajaya.

Thursday, July 17, 2025

SASAR SEJUTA PESERTA - HARIAN METRO - 17/07/2025

 

Artikel oleh: Harian Metro

SASAR SEJUTA PESERTA

HIMPUNAN SEJUTA PENYOKONG GAZA - HARIAN METRO - 16/07/2025

 

Kuala Lumpur: Humanity for Gaza (H4G) yang menghimpunkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bakal menganjurkan Himpunan Perdana Negara: Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza, 9 Ogos ini.

Pengarah H4G Datuk Mohd Apandi Mohamad berkata, penganjuran yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan ibu setiap negeri itu menyasarkan seramai satu juta orang untuk menyertainya.

"Jumlah kehadiran satu juta itu adalah secara fizikal dan menerusi dalam talian.

"Himpunan ini akan bermula pada jam 4 petang hingga 11 malam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Apandi turut menyeru semua pihak agar mengenepikan perbezaan dan bersama dalam kebersamaan kemanusiaan melibatkan isu Palestin.

Menurutnya, isu Palestin bukan hanya melibatkan soal bangsa atau agama, tetapi satu ujian terhadap nilai keinsanan sejagat.

"Kami percaya penyatuan suara dan tindakan rakyat Malaysia akan menjadi satu isyarat jelas kepada dunia bahawa umat ini tidak akan diam terhadap kezaliman dan akan terus mendesak agar gencatan senjata dilaksanakan serta koridor kemanusiaan dibuka segera," katanya.

Beliau juga menzahirkan dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang terus memburuk di Gaza.

"Serangan berterusan rejim Zionis dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah mengorbankan ratusan nyawa tidak berdosa, mencederakan ribuan lagi serta menghancurkan infrastruktur asas termasuk hospital, sekolah dan sistem bekalan air.

"Ratusan ribu kini hilang tempat tinggal menjadikan Gaza sebagai wilayah yang terus diratah kezaliman," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula menyeru rakyat Malaysia untuk memboikot beberapa produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Beliau berkata, memboikot beberapa produk itu pernah dilakukan sebelum ini dan mempunyai kesan yang sangat luar biasa.

"Kenal pasti beberapa barang yang ada di luar sana, tak payah kita berperang pun boleh membawa kesan.

"Buat secara bersama. Perkara ini boleh dilakukan dan ia telah dilaksanakan sebelum ini," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

HIMPUNAN SEJUTA PENYOKONG GAZA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1241428/himpunan-sejuta-penyokong-gaza

Wednesday, July 16, 2025

AKTIVITI | TAKLIMAT KHAS HIMPUNAN PERDANA NEGARA: SOLIDARITI UMMAH "MALAYSIA BANGKIT UNTUK GAZA - PPIM - 16/07/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara: Solidariti Ummah "Malaysia Bangkit Untuk GAZA anjuran Yayasan Amal Malaysia di WP Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.




Friday, July 11, 2025

AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN & DOA SELAMAT ULANG TAHUN KE-100 TUN M - PPIM - 10/07/2025

Sekitar Majlis Kesyukuran & Doa Selamat sempena ulang tahun ke-100 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Tuesday, July 8, 2025

PPIM GESA KAJI SEMULA PROSEDUR TARIK KERETA - SINAR HARIAN - 05/07/2025

 

SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu menyemak semula undang-undang serta prosedur berkaitan tindakan penarikan balik kenderaan yang didakwa semakin tidak beretika.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini susulan terdapat segelintir ejen tarik kenderaan bertindak keterlaluan sehingga menceroboh kawasan kediaman berpagar tanpa kebenaran sah, sambil mendakwa mempunyai writ mahkamah untuk menarik kereta.

“Mereka kata boleh tarik bila-bila masa termasuk tengah malam. Mana ada undang-undang begitu? Selain bertindak seperti gengsterisme, bank pula serah semua kuasa kepada ejen tanpa pemantauan dan ia mesti dihentikan.

“Kita nak tahu siapa yang proses benda ini? Hari apa boleh tarik? Siapa luluskan? Kena ada semakan semula. Jangan sampai berlaku kejadian tak diingini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, tular video di media sosial yang memaparkan Nadzim dilihat memarahi seseorang dipercayai ejen penarik kereta yang masuk ke sebuah kondominium di Kuala Lumpur dipercayai untuk menarik kereta.

Nadzim melihat beberapa dokumen mengenai kejadian terbaru membabitkan ejen tarik kenderaan.

Kekecohan tercetus disebabkan tindakan individu itu yang masuk tanpa kebenaran termasuk melangkah palang keselamatan.

Menurut Nadzim, kesahihan dokumen mahkamah yang didakwa pihak ejen tidak dapat disemak atas faktor pejabat kerajaan dan mahkamah tutup.

“Saya turun ke lokasi selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan kediaman. Mereka kata ada perintah mahkamah, tapi (apa) yang ditunjuk hanya salinan fotostat. Kita perlukan dokumen asal.

“Selepas perbincangan mereka bersetuju untuk datang pada hari Isnin. Bagaimanapun, mereka datang pada awal pagi dan bertindak masuk kawasan tanpa menunggu kita membuat semakan kepada pihak berkenaan terlebih dahulu.

“Mereka nak tarik sebuah kereta Nissan, tunggakan pun cuma RM12,000. Tapi datang 20 orang macam nak pergi perang,” katanya.

Tambah Nadzim, mangsa pula bukan pemilik, tetapi hanya penjamin selain memaklumkan tidak dapat membuat pembayaran susulan menjalani rawatan kanser.

“Kalau kereta dilelong nanti pun, dia tak dapat apa-apa walaupun nilai kereta RM50,000 ke RM60,000,” ujarnya.

Beliau berkata, PPIM akan mengadakan pertemuan dengan KPDN dalam masa terdekat dan mengalu-alukan siasatan BNM terhadap institusi perbankan yang terlibat dalam amalan penarikan kereta secara tidak sah.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GESA KAJI SEMULA PROSEDUR TARIK KERETA

https://www.sinarharian.com.my/article/737103/berita/nasional/ppim-gesa-kaji-semula-prosedur-tarik-kereta

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL