Monday, March 24, 2025

AKTIVITI | HIMPUNAN PARTI POLITIK SE-MALAYSIA BERSAMA NGO BERSOLIDARITI UNTUK GAZA, PALESTIN - PPIM - 23/03/2025

23 Mac 2025 - Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi menghadiri ke Himpunan Parti Politik Se-Malaysia Bersama NGO Bersolidariti Untuk Gaza, Palestin anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dewan Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor.

IMPAK BURUK GAGAL KAWAL NAFSU BELANJA - METRO AHAD - 23/03/2025

 

MUKA depan Harian Metro semalam mendedahkan, umpama sudah menjadi trend ketika Ramadan, rekod pembaziran makanan turut melonjak jika dibandingkan dengan bulan lain.

Keadaan itu boleh diperbaiki jika semua pihak memainkan peranan penting berbelanja secara berhemah, sekali gus mengelakkan pembaziran.

Kafe Ahad minggu ini menemubual Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) DATUK NADZIM JOHAN bersama wartawan MUHAMMAD SAUFI HASSAN bagi mengupas isu pembaziran di bulan Ramadan.

Bagaimana Datuk melihat isu pembaziran ketika bulan Ramadan?

Isu ini sudah berlarutan terlalu lama malah kalau saya ingat semula tidak kurang daripada sedekad yang lalu, kita sudah memperkatakan mengenai pembaziran sisa makanan khususnya ketika Ramadan.

Sepatutnya Ramadan ini bulan untuk kita berjimat cermat, tidak terlalu berbelanja, membeli pada kadar yang perlu dan mengawal diri daripada pembelian yang tidak diperlukan.

Namun lain pula jadinya ketika ini apabila rekod-rekod daripada badan pengurusan sisa pepejal menunjukkan pembaziran yang luar biasa.

Dalam Islam sendiri kita diajar untuk tidak membazir kerana membazir ini amalan syaitan, sepatutnya kita semua praktikkan sejajar dengan agama Islam.

Mungkin sudah sampai masanya, kita perlu melihat semula semua perkara ini dengan lebih serius supaya masalah pembaziran ini dapat kita tangani.

Berdasarkan data badan pengurus sisa pepejal, terdapat puluhan ribu tan metrik sisa makanan dan peningkatan sekitar 20 hingga 30 peratus berbanding bulan biasa, pandangan Datuk?

Ya, perkara itu memang mengejutkan. Kalau saya tengok semula data-data ini amat mengejutkan kita, puluhan ribu tan metrik adalah sisa makanan.

Ini tidak sepatutnya berlaku, kalau kita boleh terjemahkan puluhan ribu tan metrik ini kepada bekalan bantuan makanan, kita boleh memberi manfaat kepada ramai orang.

Kalau kita terjemahkan puluhan ribu tan metrik ini kepada bantuan makanan untuk negara Islam terjejas seperti rakyat di Syria, Gaza dan beberapa negara Islam lain, saya rasa kita mampu menampung bekalan makanan untuk mereka bagi sebulan atau lebih.

Masalah segelintir masyarakat kita pada hari ini adalah pembelian secara berlebihan, pembelian di luar kapasiti yang sepatutnya, kita membeli sebab kita tengok makanan itu nampak sedap dan bukannya kita ingin makan makanan itu nanti.

Di samping itu, kita perlu sedar kapasiti kita untuk menikmati juadah berkenaan, selalunya tidak banyak mana pun yang kita makan, oleh itu, saya kira perlunya kita mengawal nafsu berbelanja.

Selain daripada pembelian luar kawalan, penyediaan makanan yang terlalu banyak juga mungkin menyumbang kepada kenaikan sisa makanan ini.

Peniaga menyediakan makanan dalam kuantiti yang terlalu banyak sedangkan pembelian tidak setara, jadi di situ ada ketidakseimbangan.

Bagaimana pula dengan trend berbuka puasa di hotel-hotel?

Ini juga satu masalah, satu kepala untuk bufet Ramadan RM200, mungkin lebih, mungkin kurang.

Kadang-kadang saya terfikir makan apa dengan jumlah bayaran setiap kepala yang tinggi sebegitu, sedangkan kita tidak makan banyak mana pun.

Jadi, sempena Ramadan ini, kita semua perlu muhasabah diri, melihat semula trend perbelanjaan kita dan mengamalkan sikap jimat cermat sepanjang bulan yang mulia ini.

Pada pandangan Datuk, adakah sisa makanan ini sememangnya daripada bazar, pengguna individu atau sebaliknya?

Apa yang saya tahu, sisa makanan ini banyak daripada hotel-hotel besar yang menawarkan bufet Ramadan.

Prosedur di hotel ini menyatakan bahawa lebihan makanan itu perlu dibuang walaupun ia tidak diusik oleh sesiapa.

Baru-baru ini, kami di PPIM ada menerima aduan daripada seorang lelaki, beliau adalah pekerja sebuah hotel terkemuka dan datang ke Kuala Lumpur ini untuk mencari pendapatan.

Lelaki ini ada mengambil beberapa bahagian makanan yang masih elok di bufet Ramadan dan ketika itu, lebihan makanan berkenaan ingin dibuang, jadi lelaki ini berpendapat bahawa daripada buang lebih baik dia ambil untuk bekalan makanan di rumah untuk keluarganya.

Namun nasib lelaki ini tidak begitu baik apabila pemeriksaan pihak keselamatan hotel menjumpai bungkusan makanan berkenaan dan lelaki ini sudah dikenakan tindakan.

Ini menunjukkan bahawa prosedur di hotel-hotel besar ini perlu diubah, jika ada lebihan makanan yang tidak diusik, yang elok, tidak salah untuk pekerja mengambilnya untuk dibawa pulang daripada dibuang.

Saya lihat prosedur hotel ini perlu diubah, banyak lagi golongan yang memerlukan makanan, juadah yang masih elok dibuang begitu saja, ini satu pembaziran yang sangat luar biasa.

Prosedur ini tidak lagi praktikal, sudah sampai masanya kita bersama-sama untuk mengubahnya dengan menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan dan juga memberi input ini kepada kerajaan.

Selepas bertahun-tahun, apakah harapan Datuk dalam isu pembaziran ini?

Satu saja, saya mahu melihat statistik pembaziran ini berkurangan untuk tahun-tahun akan datang.

Caranya, kita sendiri perlu bergerak, kita perlu beri kesedaran kepada orang lain dan kita gerakkan satu kebangkitan rakyat untuk mengurangkan pembaziran.

Ini adalah tugas kita semua khususnya umat Islam kerana Islam melarang kita bersifat boros, membazir dan tingkah laku buruk yang lain.

Pada masa sama, saya juga mengharapkan bahawa prosedur pengurusan lebihan makanan di hotel besar dapat diubah supaya pembaziran ini dapat kita tangani dengan bijaksana.

Saya juga mengingatkan diri sendiri dan orang lain supaya sentiasa mengamalkan pembelian atau berbelanja secara berhemah.

Artikel oleh: Metro Ahad

IMPAK BURUK GAGAL KAWAL NAFSU BELANJA

https://www.hmetro.com.my/utama/2025/03/1199925/impak-buruk-gagal-kawal-nafsu-belanja

Friday, March 21, 2025

AKTIVITI | IHYA RAMADHAN DPMM: GEMAKAN PENYATUAN UMMAH - PPIM - 18/03/2025

Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi menghadiri ke majlis Ihya Ramadhan DPMM: Gemakan Penyatuan Ummah anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.

Majlis diisi dengan alunan selawat, qasidah, dan tausiyah yang dipimpin oleh Habib Nael Tahar.

Wednesday, March 19, 2025

NGOs UNITE TO ENSURE WATER SECURITY, PROMOTE RESPONSIBILITY - THE STAR - 19/03/2025

 

PETALING JAYA: Several non-governmental organisations have pledged to lend a hand in encouraging water conservation among the public.

They will work with the National Water Services Commission (SPAN) to make a success of its WaterWise campaign, which was launched in December.

The campaign aims to foster responsible water usage among Malaysians and address the country’s growing water security challenges.

SPAN chairman Charles Santiago said the involvement of NGOs was essential in these efforts.

“They play a crucial role in shaping public attitudes and driving on-the-ground engagement,” said Santiago, who met with NGO leaders on Monday ahead of World Water Day on Saturday.

A widespread understanding of the nation’s water supply was necessary to garner more support for conservation efforts, said the Global Environment Centre’s (GEC) Dr Kalithasan Kailasam.

“People should know their water address (where the water supply comes from) or river address (where waste flows to), so that each one of us can take ownership of our related water bodies and act accordingly,” said Dr Kalithasan, who is GEC’s River Care programme manager.

Malaysian Muslim Consumer Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said his organisation also intends to work on educating people to understand and appreciate what they have.

Meaningful change, he said, would require a shift in behaviour – one that discourages waste.

The Environmental Protection Society Malaysia (EPSM), which has been collecting data on water consumption patterns in Malaysian households over the years, has offered its technical expertise.

“EPSM can share its knowledge about our initiatives to help support the WaterWise programme,” said its president Nithi Nesadurai.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) president Meena Raman said her organisation has also reaffirmed its commitment to water conservation.

“We will continue to advocate for the protection of water resources and to ensure water security.”

SPAN has also engaged a number of water operators and educational institutions in its WaterWise campaign, including Petrosains, the National Science Centre, as well as the Raja Tun Uda and Kuala Lumpur libraries.

It intends to further expand its efforts through school outreach programmes, university-led projects and community-led initiatives.

Article by: The Star

NGOs UNITE TO ENSURE WATER SECURITY, PROMOTE RESPONSIBILITY

https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/03/19/ngos-unite-to-ensure-water-security-promote-responsibility

Monday, March 17, 2025

AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DALAM NEGERI - PPIM - 17/03/2025

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.




AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN BENAFEE MART JALAN AMPANG - PPIM - 16/03/2025

16 Mac 2025 - Ketua Aktivis PPIM, nadzimjohan@toqqi menghadiri ke Majlis Perasmian Pembukaan Banafee Mart di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Thursday, March 13, 2025

SPM - KE MANA LEBIHAN MAKANAN DI BAZAR RAMADAN? - BERITA RTM - 13/03/2025

 

Sumber: Berita RTM (YouTube)

SPM - KE MANA LEBIHAN MAKANAN DI BAZAR RAMADAN?

https://www.youtube.com/watch?v=tQOn61S6rkM

AKTIVITI | MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PERKESO DAN FOODPANDA - PPIM - 13/02/2025

Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi menghadiri ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara PERKESO dan foodpanda di Menara Perkeso, Jalan Ampang.

CAKAP TERUS EP 3 - PEMBAZIRAN MAKANAN DI BULAN PUASA - STRAIGHT TALK - 12/03/2025

 

Cakap Terus EP 3 - Pembaziran Makanan di Bulan Puasa

Bulan Ramadan sepatutnya jadi masa untuk muhasabah dan kesederhanaan, tapi realitinya, Malaysia merekodkan peningkatan ketara dalam pembaziran makanan setiap kali tiba waktu berbuka. Dari buffet hotel ke bazar Ramadan, berapa banyak makanan yang sebenarnya dibuang tanpa dimakan?

Dalam episod ini, Cakap Terus bersama hos Nizal menampilkan Toqqi dari PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) untuk kupas isu ini dengan lebih mendalam. Apa punca utama pembaziran makanan di bulan puasa? Adakah sikap pengguna yang keterlaluan atau sistem yang gagal mengawal lebihan makanan? Dan yang paling penting, apa solusi terbaik supaya makanan tak berakhir di tong sampah?

Jangan ketinggalan untuk dengar perbincangan yang real, terus terang, dan penuh dengan solusi praktikal!

#CakapTerus #RamadanTanpaPembaziran #PPIM #nizal

Sumber: Straight Talk (YouTube)

CAKAP TERUS EP 3 - PEMBAZIRAN MAKANAN DI BULAN PUASA

https://www.youtube.com/watch?v=-e4-Su8QStU

Saturday, March 8, 2025

RAKAM JIKA HARGA MAKANAN TIDAK MASUK AKAL - PPIM - SINAR HARIAN - 08/03/2025

 

Artikel oleh: Sinar Harian

RAKAM JIKA HARGA MAKANAN TIDAK MASUK AKAL - PPIM

KES TIPU TAPAK BAZAR, CETI HARAM ANTARA ADUAN TERTINGGI DALAM TEMPOH SEMINGGU RAMADAN - BULETIN TV3 - 08/03/2025

 

KUALA LUMPUR: Aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang tempoh seminggu Ramadan, tahun ini.

Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, pihaknya menerima banyak rungutan berkaitan manipulasi di bazar Ramadan termasuk sewaan tapak serta harga makanan yang mahal.

Antaranya membabitkan hak milik tapak yang dipindahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga.

“Ini akan menjadikan persaingan secara tak sihat serta mengambil hak orang lain juga. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), disarankan untuk menyenarai hitam mana-mana peniaga dan pihak ketiga yang menyewa tapak bazar secara tidak sah,” katanya.

Zharif berkata, PBT perlu mengambil tindakan yang serius tanpa menggunakan khidmat guaman kerana kes tersebut tidak akan selesai dan penipu dapat melepaskan diri daripada tindakan.

“Isu ini akan terus berlanjutan jika kes ini hanya melalui proses mahkamah sahaja dan tiada pihak yang menyenarai hitam pengarah dan syarikat penipuan ini.

“Mereka membuka fail mahkamah dan mereka membayar kos guaman. Selepas selesai kes mereka akan terus ulang buat penipuan yang sama,” katanya.

Menurutnya, hal ini berlaku kerana kesan peniaga tidak mendapat tapak niaga dan mengharapkan sewa tapak dari pihak ketiga.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjadi pengguna yang bijak daripada menjadi mangsa scam kewangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, ceti haram dikesan aktif mencari mangsa seawal minggu pertama Ramadan dan ia dijangka berlarutan sehingga selepas Aidilfitri.

Katanya, seperti sebelum ini, PPIM menjangkakan jumlah aduan akan meningkat sebanyak 30 peratus selepas hari raya kerana ramai yang meminjam untuk menampung keperluan harian.

Artikel oleh: Buletin TV3

KES TIPU TAPAK BAZAR, CETI HARAM ANTARA ADUAN TERTINGGI DALAM TEMPOH SEMINGGU RAMADAN

https://www.buletintv3.my/nasional/kes-tipu-tapak-bazar-ceti-haram-antara-aduan-tertinggi-dalam-tempoh-seminggu-ramadan/?fbclid=IwY2xjawI4p41leHRuA2FlbQIxMQABHUKXQA2ezE2VVjfBBNbablhlAN-vk5P3GSgw4zpxtYeXKOibTpqS-lENDA_aem_3w6w6COSHjqX4_zcJ5MibA

KES TIPU TAPAK BAZAR RAMADAN, CETI HARAM ANTARA ADUAN TERTINGGI - BERITA HARIAN - 08/03/2025

 

Kuala Lumpur: Aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang seminggu Ramadan.

Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, pihaknya menerima banyak rungutan berkaitan manipulasi di bazar Ramadan termasuk sewaan tapak serta harga makanan yang mahal.

Katanya, antaranya membabitkan hak milik tapak yang dipindahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga.

"Ini akan menjadikan persaingan secara tak sihat serta mengambil hak orang lain juga. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), disarankan untuk menyenarai hitam mana-mana peniaga dan pihak ketiga yang menyewa tapak bazar secara tidak sah," katanya.

Zharif berkata, PBT perlu mengambil tindakan yang serius tanpa menggunakan khidmat guaman kerana kes tersebut tidak akan selesai dan penipu dapat melepaskan diri daripada tindakan.

"Isu ini akan terus berlanjutan jika kes ini hanya melalui proses mahkamah sahaja dan tiada pihak yang menyenarai hitam pengarah dan syarikat penipuan ini.

"Mereka membuka fail mahkamah dan mereka membayar kos guaman. Selepas selesai kes mereka akan terus ulang buat penipuan yang sama," katanya.

Menurutnya, hal ini berlaku kerana kesan peniaga tidak mendapat tapak niaga dan mengharapkan sewa tapak dari pihak ketiga.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjadi pengguna yang bijak daripada menjadi mangsa scam kewangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, ceti haram dikesan aktif mencari mangsa seawal minggu pertama Ramadan dan ia dijangka berlarutan sehingga selepas Aidilfitri.

Katanya, seperti sebelum ini, PPIM menjangkakan jumlah aduan akan meningkat sebanyak 30 peratus selepas hari raya kerana ramai yang meminjam untuk menampung keperluan harian.

Artikel oleh: Berita Harian

KES TIPU TAPAK BAZAR RAMADAN, CETI HARAM ANTARA ADUAN TERTINGGI

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1369873/kes-tipu-tapak-bazar-ramadan-ceti-haram-antara-aduan-tertinggi

RAKAM JIKA HARGA MAKANAN TIDAK MASUK AKAL - PPIM - SINAR HARIAN - 08/03/2025

 

SHAH ALAM - Pengguna boleh merakam gambar atau video sekiranya mendapati ada mana-mana peniaga bazar Ramadan menjual dengan harga tidak masuk akal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, bahan rakaman boleh dijadikan bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak pengguna.

Menurutnya, pengguna perlu lebih bijak memanfaatkan telefon pintar masing-masing kerana langkah itu sebahagian tanggungjawab melindungi hak mereka.

“Ini kerana ramai pengguna kurang prihatin dalam membuat laporan mengenai harga makanan tidak munasabah.

“Memang aduan dan laporan boleh dibuat kepada kami. Tetapi masalah timbul apabila ada pengguna tidak ingat kedai mana. Apabila ditanya, mereka sendiri pun tidak pasti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan trend peningkatan harga makanan di bazar Ramadan hingga mencecah RM3 disebabkan kenaikan kos bahan mentah dan operasi jualan.

Perkara berkenaan merunsingkan pengguna disebabkan perlu mengeluarkan belanja yang banyak sekiranya mahu membeli juadah berbuka puasa ekoran kenaikan harga.

Artikel oleh: Sinar Harian

RAKAM JIKA HARGA MAKANAN TIDAK MASUK AKAL - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/716512/berita/nasional/rakam-jika-harga-makanan-tidak-masuk-akal---ppim

'BARU SEMINGGU PUASA, DAH MACAM-MACAM HAL' - HARIAN METRO - 07/03/2025

 

Kuala Lumpur: Aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang seminggu Ramadan.

Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, pihaknya menerima banyak rungutan berkaitan manipulasi di bazar Ramadan termasuk sewaan tapak serta harga makanan yang mahal.

Katanya, antaranya membabitkan hak milik tapak yang dipindahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga.

"Ini akan menjadikan persaingan secara tak sihat serta mengambil hak orang lain juga. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), disarankan untuk menyenarai hitam mana-mana peniaga dan pihak ketiga yang menyewa tapak bazar secara tidak sah," katanya.

Zharif berkata, PBT perlu mengambil tindakan yang serius tanpa menggunakan khidmat guaman kerana kes tersebut tidak akan selesai dan penipu dapat melepaskan diri daripada tindakan.

"Isu ini akan terus berlanjutan jika kes ini hanya melalui proses mahkamah sahaja dan tiada pihak yang menyenarai hitam pengarah dan syarikat penipuan ini.

"Mereka membuka fail mahkamah dan mereka membayar kos guaman. Selepas selesai kes mereka akan terus ulang buat penipuan yang sama," katanya.

Menurutnya, hal ini berlaku kerana kesan peniaga tidak mendapat tapak niaga dan mengharapkan sewa tapak dari pihak ketiga.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjadi pengguna yang bijak daripada menjadi mangsa scam kewangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, ceti haram dikesan aktif mencari mangsa seawal minggu pertama Ramadan dan ia dijangka berlarutan sehingga selepas Aidilfitri.

Katanya, seperti sebelum ini, PPIM menjangkakan jumlah aduan akan meningkat sebanyak 30 peratus selepas hari raya kerana ramai yang meminjam untuk menampung keperluan harian.

Artikel oleh: Harian Metro

'BARU SEMINGGU PUASA, DAH MACAM-MACAM HAL'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1194393/baru-seminggu-puasa-dah-macam-macam-hal

AKTIVITI | MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADAN - PPIM - 08/03/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan anjuran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) di Al Madrasatul Faridiyah Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Thursday, March 6, 2025

"MAKAN BERLEBIHAN ITU ZALIM – ZALIM PADA DIRI SENDIRI!" - TV. PPIM - 05/03/2025

 

😵 "Makan Berlebihan Itu Zalim – Zalim Pada Diri Sendiri!"

🌙 Puasa bukan alasan untuk makan berlebihan. Berbuka sepatutnya sederhana, bukan peluang untuk makan sampai sesak nafas!

📌 Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suapan yang dapat menegakkan tulang punggungnya." (HR Tirmizi)

🍽 Jom latih diri makan dengan sederhana. Nikmati makanan, bukan buat makanan jadi sampah!

👉 Pahala puasa lebih bernilai dari kenyang yang sementara!

Sumber: TV. PPIM

"MAKAN BERLEBIHAN ITU ZALIM – ZALIM PADA DIRI SENDIRI!"

https://www.youtube.com/watch?v=DX0BzTqb95E

"DIHUKUM SEBAB TAK NAK MEMBAZIR – DI MANA AKAL?" - TV. PPIM - 05/03/2025

 

🤦‍♂️ "Dihukum Sebab Tak Nak Membazir – Di Mana Akal?"

🔥 Bayangkan makanan yang masih elok, masih sedap, tapi berakhir di tong sampah.

🚨 Seorang pekerja hotel ditangkap kerana cuba selamatkan makanan untuk keluarganya. Apa dosanya? Cuma tak sanggup tengok makanan dibazirkan.

📌 Rasulullah ﷺ bersabda: "Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah Al-A’raf: 31)

🤔 Salah ke jika kita cuba memberi kepada yang lapar daripada membiarkan makanan rosak?

💡 Dunia perlu lebih ramai penyelamat makanan, bukan pencipta pembaziran!

Sumber: TV. PPIM

"DIHUKUM SEBAB TAK NAK MEMBAZIR – DI MANA AKAL?"

https://www.youtube.com/watch?v=wsdNdvZf-es

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL