Saturday, August 29, 2026

PPIM ZAHIR KEBIMBANGAN IDENTITI PENGGUNA DISALAH GUNA DAFTAR TALIAN TELEFON - MALAYSIA TRIBUNE - 20/08/2026

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku penyalahgunaan identiti pengguna bagi pendaftaran talian telefon selepas menerima aduan seorang warga emas berusia 70 tahun yang mendapati 18 talian didaftarkan atas namanya tanpa pengetahuan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, lelaki terbabit yang hanya pernah mendaftar satu talian turut berdepan bayaran RM40 sebulan bagi talian-talian berkenaan.

“Pak cik ini berusia 70 tahun. Dia hanya mendaftarkan satu talian, tetapi kemudian mendapati sebanyak 18 talian didaftarkan atas namanya.

“Selepas itu, kena bayar RM40 sebulan. Kalau tidak bayar, jadi CTOS. Jadi kita pun takut CTOS, esok ada masalah,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, yang dirasmikan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, situasi itu menunjukkan pengguna boleh berdepan masalah kewangan apabila talian didaftarkan menggunakan identiti mereka tanpa pengetahuan.

Pada masa sama, beliau berkata, industri telekomunikasi perlu lebih jujur dan ikhlas bagi menangani isu berkenaan.

“Benda ini industri telekomunikasi kena lebih jujurlah. Pada saya, mereka perlu lebih jujur. Mereka perlu lebih ikhlas,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya menggesa Menteri Komunikasi memanggil Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Artikel oleh: Malaysia Tribune

PPIM ZAHIR KEBIMBANGAN IDENTITI PENGGUNA DISALAH GUNA DAFTAR TALIAN TELEFON

https://malaysiatribune.news/ppim-nombor-salah-guna-daftar-talian-telefon/

TELCOS MUST EXPLAIN ALLEGED MASS REGISTRATION OF PHONE LINES UNDER SINGLE IDENTITIES BY TODAY, SAYS FAHMI - MALAY MAIL - 20/08/2026

 

PETALING JAYA, Aug 20 — Telecommunications companies (telcos) must provide an immediate explanation over claims that a large number of telephone lines have been registered under individual identities and could be misused for online scams, Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said. 

He said his ministry would summon the telcos concerned and wanted their chief executive officers (CEOs) to provide a full explanation on the matter by the end of today.

“If this is true, then the telcos concerned will have some explaining to do. I will call them in and ask them to meet me and provide a full explanation.

“I want the CEOs of the telcos concerned to provide an explanation by the end of today,” he said when launching the 2026 National Anti-Scam Awareness Programme here today, which was also attended by Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan.

Fahmi said the government had introduced several measures, including requiring MyDigital ID verification for the registration of prepaid lines.

He said the measure was important following cases in which telephone numbers had been registered and subsequently misused for illicit purposes.

Earlier, Nadzim claimed that some telcos allowed between 20 and 50 telephone lines to be registered under a single name, raising concerns that the lines could be misused, including for online scams.

He said the companies concerned must be held accountable for the misuse of registered lines, which could result in consumers falling victim to scams.

Nadzim said his organisation had received a case involving a 70-year-old man who had only one telephone line but discovered that 18 lines had been registered under his name, as well as another case in which as many as 400 lines were allegedly registered using a single identity.

“If a telco allows 20 or 50 lines to be registered under one name without any problem, this cannot be allowed to continue because ultimately, it is the consumers who bear the consequences,” he said.

He said his organisation therefore hoped the government would summon the CEOs of the telcos to explain the mechanisms and safeguards governing the number of lines that can be registered under a single identity, as well as ensure that those responsible are held accountable. — Bernama

Article by: Malay Mail

TELCOS MUST EXPLAIN ALLEGED MASS REGISTRATION OF PHONE LINES UNDER SINGLE IDENTITIES BY TODAY, SAYS FAHMI

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/08/20/telcos-must-explain-alleged-mass-registration-of-phone-lines-under-single-identities-by-today-says-fahmi/232022

FAHMI CALLS FOR STRONGER ONLINE ANTI-FRAUD OUTREACH IN RURAL AREAS AMID RISING CYBER THREATS - MALAY MAIL - 20/08/2026

 

PETALING JAYA, Aug 20 — Awareness campaigns on online fraud or scams need to be strengthened and expanded to remote areas to protect rural communities from cyber threats that are increasing due to widespread internet access.

Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said efforts to raise awareness should not be focused on large-scale programmes in cities, but rather should be taken to the grassroots level through the involvement of Parent-Teacher Associations (PIBG), residents’ associations and Rukun Tetangga.

He said this approach was important to provide direct exposure to the community, including sharing true stories from victims of online fraud.

“Not everyone can come to the hotel to join the forum or awareness campaign, so we have to take this programme to the town halls, meet with the villages.

“When we provide Internet to remote villages, it means that even scammers can go to remote villages without leaving their workplaces, this is our challenge,” he said when speaking at the launch of the National Anti-Scam Awareness Programme 2026 here, today

Also present was the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan.

Commenting further, Fahmi said for the period from Jan 1 to yesterday, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had requested the removal of 476,516 online contents involving various categories of offences.

He said that of the total, 302,139 were content related to online gambling, while another 128,312 were content with fraudulent elements.

He said Facebook recorded the highest number of fraudulent contents requested taken down, which is 67,115 contents or 52 per cent, followed by TikTok with 50,642 contents.

Fahmi said social media platforms have a role and obligation to ensure that their services are not misused for criminal activities of fraud or online gambling.

In this regard, he gave a stern warning that through the country’s online security legal framework, any platform that fails to ensure the safety of its users can face fines of up to RM10 million in court.

Meanwhile, Fahmi reminded victims of fraud to immediately contact the National Scam Response Centre (NSRC) via 997, which now functions equivalent to a police report.

He said quick action, especially within 15 to 30 minutes after the incident, was important to increase the chances of the authorities blocking the transfer of money and returning it to the victim. — Bernama

Article by: Malay Mail

FAHMI CALLS FOR STRONGER ONLINE ANTI-FRAUD OUTREACH IN RURAL AREAS AMID RISING CYBER THREATS

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/08/20/fahmi-calls-for-stronger-online-antifraud-outreach-in-rural-areas-amid-rising-cyber-threats/232029#goog_rewarded

PAK CIK 70 TAHUN TERKEJUT 18 TALIAN DIDAFTARKAN ATAS NAMANYA - PPIM - KOSMO - 20/08/2026

 

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun terkejut apabila mendapati sebanyak 18 talian telefon didaftarkan atas namanya, sedangkan dia hanya mendaftar satu talian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan mendakwa, lelaki berkenaan turut berdepan bayaran sebanyak RM40 sebulan bagi talian yang didaftarkan menggunakan namanya.

“Pak cik ini berusia 70 tahun. Dia hanya mendaftarkan satu talian, tetapi kemudian mendapati sebanyak 18 talian didaftarkan atas namanya.

“Selepas itu, kena bayar RM40 sebulan. Kalau tidak bayar, jadi CTOS. Jadi kita pun takut CTOS, esok ada masalah,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, di sini hari ini.

Nadzim berkata, situasi itu menunjukkan pengguna boleh berdepan masalah kewangan apabila talian didaftarkan menggunakan identiti mereka tanpa pengetahuan.

Beliau berkata, industri telekomunikasi perlu lebih jujur dan ikhlas bagi menangani isu berkenaan.

“Benda ini industri telekomunikasi kena lebih jujurlah. Pada saya, mereka perlu lebih jujur. Mereka perlu lebih ikhlas,” katanya.

Artikel oleh: Kosmo

PAK CIK 70 TAHUN TERKEJUT 18 TALIAN DIDAFTARKAN ATAS NAMANYA - PPIM

https://www.kosmo.com.my/2026/08/20/pak-cik-70-tahun-terkejut-18-talian-didaftarkan-atas-namanya-ppim/

'CEO SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TUJUAN PENIPUAN' - FAHMI FADZIL - BERITA HARIAN - 20/08/2026

 

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi akan memanggil segera Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi berhubung dakwaan terdapat sejumlah besar talian telefon didaftarkan yang dikhuatiri disalahgunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata pihaknya akan memanggil mereka untuk memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan itu sebelum penghujung hari ini.

"Jika benar, syarikat telco (telekomunikasi) ini payah nak jawab. Saya akan panggil untuk mereka datang jumpa saya dan beri penjelasan penuh perkara ini," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, di Royale Chulan Damansara, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC),Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Ketua Aktivis dan pengasas bersama PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Fahmi berkata, pihaknya juga sedia mengambil tindakan tegas jika didapati dakwaan terbabit adalah benar dengan pihak syarikat telekomunikasi bersekongkol dengan scammer bagi melakukan penipuan berkaitan kewangan.

Katanya, di pihak kementerian, kawal selia yang lebih ketat sudah diperkenalkan termasuk pendaftaran kad SIM atau semakan nombor telefon melalui aplikasi syarikat telekomunikasi menggunakan MyDigital ID.

"Syarikat telekomunikasi mungkin mendaftarkan jumlah (kad SIM prabayar) yang terlalu banyak sebab kita dapati ada sejumlah nombor telefon yang didaftarkan dan akhirnya (digunakan) untuk tujuan tidak baik.

"Jadi saya akan teliti perkara ini, termasuk meminta maklumat lanjut melalui NGO seperti PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) untuk ambil tindakan, jika benar (berlaku)," katanya.

Terdahulu, Nadzim dalam ucapannya, mendedahkan PPIM mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan syarikat telekomunikasi yang dikenal pasti membenarkan pendaftaran kad SIM prabayar tanpa had dengan ada mangsa didakwa didaftarkan kepada 400 nombor telefon berbeza, dengan ia dikaitkan dengan sindikit keldai kad SIM.

Beliau berkata, tindakan syarikat telekomunikasi itu dipercayai untuk mengaut keuntungan kadar segera, sekali gus mereka turut didakwa memberikan ganjaran tertentu kepadakakitangan, ejen dalam kalangan pihak ketiga atau wakil berdaftar yang dilantik untuk menjual kad SIM tanpa had.

"Kita amat berharap tindakan serius diambil oleh Kementerian Komunikasi. Tindakan kementerian untuk panggil CEO syarikat telekomunikasi ini amat baik supaya mereka boleh jawab apa yang sedang berlaku terutama penipuan berleluasa melalui jualan kad SIM prabayar.

"Dalam satu kes baru-baru ini yang diadukan kepada PPIM, ada seorang mangsa ini namanya didaftarkan atas 400 kad SIM.

"Sedangkan kalau ikut peraturan, warga asing hanya dibenarkan daftar dua kad SIM, manakala warga tempatan, dihadkan kepada lima kad SIM. Jadi macam mana boleh berlaku sampai 400 kad SIM didaftarkan atas nama seorang individu dan syarikat telekomunikasi membenarkan ini berlaku," dakwanya.

Nadzim turut menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud syarikat telekomunikasi yang menjadi dalang atau bersubahat dengan kartel atau sindiket keldai kad SIM prabayar hingga mengakibatkan penipuan mencecah sehingga jutaan ringgit kepada mangsa.

Artikel oleh: Berita Harian

'CEO SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TUJUAN PENIPUAN' - FAHMI FADZIL

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1604518/ceo-syarikat-telekomunikasi-perlu-segera-perjelas-dakwaan

TELCOS MUST EXPLAIN ALLEGED MASS REGISTRATION OF PHONE LINES BY TODAY - FAHMI - BERNAMA - 20/08/2026

 

PETALING JAYA, Aug 20 (Bernama) -- Telecommunications companies (telcos) must provide an immediate explanation over claims that a large number of telephone lines have been registered under individual identities and could be misused for online scams, Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said.

He said his ministry would summon the telcos concerned and wanted their chief executive officers (CEOs) to provide a full explanation on the matter by the end of today.

"If this is true, then the telcos concerned will have some explaining to do. I will call them in and ask them to meet me and provide a full explanation.

"I want the CEOs of the telcos concerned to provide an explanation by the end of today," he said when launching the 2026 National Anti-Scam Awareness Programme here today, which was also attended by Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan.

Fahmi said the government had introduced several measures, including requiring MyDigital ID verification for the registration of prepaid lines.

He said the measure was important following cases in which telephone numbers had been registered and subsequently misused for illicit purposes.

Earlier, Nadzim claimed that some telcos allowed between 20 and 50 telephone lines to be registered under a single name, raising concerns that the lines could be misused, including for online scams.

He said the companies concerned must be held accountable for the misuse of registered lines, which could result in consumers falling victim to scams.

Nadzim said his organisation had received a case involving a 70-year-old man who had only one telephone line but discovered that 18 lines had been registered under his name, as well as another case in which as many as 400 lines were allegedly registered using a single identity.

"If a telco allows 20 or 50 lines to be registered under one name without any problem, this cannot be allowed to continue because ultimately, it is the consumers who bear the consequences," he said.

He said his organisation therefore hoped the government would summon the CEOs of the telcos to explain the mechanisms and safeguards governing the number of lines that can be registered under a single identity, as well as ensure that those responsible are held accountable.

-- BERNAMA

Article by: Bernama

TELCOS MUST EXPLAIN ALLEGED MASS REGISTRATION OF PHONE LINES BY TODAY - FAHMI

https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2596803

SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TUJUAN PENIPUAN - FAHMI - BERNAMA - 20/08/2026

 

PETALING JAYA, 20 Ogos (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi (telco) perlu segera memberi penjelasan berhubung dakwaan terdapat sejumlah besar talian telefon didaftarkan yang dikhuatiri disalahgunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pihaknya akan memanggil syarikat telco terbabit dan mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan memberikan penjelasan penuh berhubung perkara itu sebelum penghujung hari ini.

"Jika benar, syarikat-syarikat telco ini payah nak jawab. Saya akan panggil untuk mereka datang jumpa saya dan beri penjelasan penuh tentang perkara ini.

"Sebelum penghujung hari ini, saya nak CEO syarikat telco tersebut memberi penjelasan," katanya ketika berucap melancarkan Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata kerajaan telah mengenakan beberapa sekatan termasuk mewajibkan pengesahan menggunakan MyDigital ID bagi pendaftaran talian prabayar.

Beliau berkata langkah itu penting susulan terdapat nombor telefon yang didaftarkan sebelum disalahgunakan bagi tujuan tidak baik.

Terdahulu, Nadzim mendakwa terdapat syarikat telco yang membenarkan pendaftaran antara 20 hingga 50 talian telefon menggunakan satu nama, sekali gus menimbulkan kebimbangan talian berkenaan boleh disalahgunakan, termasuk bagi kegiatan penipuan dalam talian.

Beliau berkata syarikat terlibat perlu dipertanggungjawabkan berhubung penyalahgunaan pendaftaran talian yang boleh menyebabkan pengguna menjadi mangsa penipuan.

Nadzim berkata pihaknya menerima kes seorang lelaki berusia 70 tahun, yang hanya mempunyai satu talian telefon tetapi mendapati sebanyak 18 talian didaftarkan atas namanya, selain satu kes lain membabitkan hingga 400 talian didakwa didaftarkan menggunakan satu nama.

"Kalau satu tempat (telco) boleh daftar menggunakan satu nama untuk 20 atau 50 talian tanpa masalah, perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akhirnya pengguna yang menanggung akibat," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata pihaknya berharap kerajaan memanggil CEO syarikat telco untuk menjelaskan mekanisme pendaftaran dan kawalan terhadap jumlah talian yang boleh didaftarkan menggunakan satu identiti, selain memastikan pihak yang terlibat dapat dipertanggungjawabkan.

-- BERNAMA

Artikel oleh: Bernama

SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TUJUAN PENIPUAN - FAHMI

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2596807

ONLINE ANTI-FRAUD AWARENESS CAMPAIGN NEEDS TO BE EXPANDED TO RURAL AREAS - FAHMI - BERNAMA - 20/08/2026

PETALING JAYA, Aug 20 (Bernama) -- Awareness campaigns on online fraud or scams need to be strengthened and expanded to remote areas to protect rural communities from cyber threats that are increasing due to widespread internet access.

Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said efforts to raise awareness should not be focused on large-scale programmes in cities, but rather should be taken to the grassroots level through the involvement of Parent-Teacher Associations (PIBG), residents' associations and Rukun Tetangga.

He said this approach was important to provide direct exposure to the community, including sharing true stories from victims of online fraud.

"Not everyone can come to the hotel to join the forum or awareness campaign, so we have to take this programme to the town halls, meet with the villages.

"When we provide Internet to remote villages, it means that even scammers can go to remote villages without leaving their workplaces, this is our challenge," he said when speaking at the launch of the National Anti-Scam Awareness Programme 2026 here, today

Also present was the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan.

Commenting further, Fahmi said for the period from Jan 1 to yesterday, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had requested the removal of 476,516 online contents involving various categories of offences.

He said that of the total, 302,139 were content related to online gambling, while another 128,312 were content with fraudulent elements.

He said Facebook recorded the highest number of fraudulent contents requested taken down, which is 67,115 contents or 52 per cent, followed by TikTok with 50,642 contents.

Fahmi said social media platforms have a role and obligation to ensure that their services are not misused for criminal activities of fraud or online gambling.

In this regard, he gave a stern warning that through the country's online security legal framework, any platform that fails to ensure the safety of its users can face fines of up to RM10 million in court.

Meanwhile, Fahmi reminded victims of fraud to immediately contact the National Scam Response Centre (NSRC) via 997, which now functions equivalent to a police report.

He said quick action, especially within 15 to 30 minutes after the incident, was important to increase the chances of the authorities blocking the transfer of money and returning it to the victim.

-- BERNAMA

Article by: Bernama

ONLINE ANTI-FRAUD AWARENESS CAMPAIGN NEEDS TO BE EXPANDED TO RURAL AREAS - FAHMI

https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2596800

Friday, August 28, 2026

KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DALAM TALIAN PERLU DIPERLUAS KE LUAR BANDAR - FAHMI - BERNAMA - 20/08/2026

 

PETALING JAYA, 20 Ogos (Bernama) -- Kempen kesedaran mengenai penipuan dalam talian atau scam perlu diperkasakan serta diperluas sehingga ke kawasan terpencil bagi melindungi komuniti luar bandar daripada ancaman siber yang semakin meningkat susulan capaian Internet yang meluas.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata usaha meningkatkan kesedaran tidak seharusnya tertumpu kepada program berskala besar di bandar, sebaliknya perlu dibawa kepada peringkat akar umbi menerusi penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan penduduk dan Rukun Tetangga.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memberikan pendedahan secara terus kepada masyarakat, termasuk perkongsian kisah benar daripada mangsa penipuan dalam talian.

"Bukan semua yang dapat datang ke hotel sertai forum atau kempen kesedaran, jadi kita kena bawa program ini ke balai-balai raya, dan kampung-kampung.

"Bila kita sediakan Internet sampai ke kampung-kampung yang terpencil, maksudnya scammer pun dah boleh pergi ke kampung-kampung terpencil tanpa meninggalkan tempat kerja mereka, ini cabaran kita," katanya ketika berucap pada pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memohon penurunan sebanyak 476,516 kandungan dalam talian yang melibatkan pelbagai kategori kesalahan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 302,139 ialah kandungan berkaitan perjudian dalam talian, manakala 128,312 lagi kandungan berunsur penipuan.

Beliau berkata Facebook mencatatkan jumlah tertinggi kandungan penipuan yang diminta diturunkan, iaitu sebanyak 67,115 kandungan atau 52 peratus, diikuti TikTok dengan 50,642 kandungan.

Fahmi berkata platform media sosial mempunyai peranan serta kewajipan untuk memastikan perkhidmatan mereka tidak disalahgunakan bagi kegiatan jenayah penipuan atau judi dalam talian.

Sehubungan dengan itu, beliau memberikan amaran keras bahawa menerusi kerangka perundangan keselamatan dalam talian negara, mana-mana platform yang gagal memastikan keselamatan penggunanya boleh berdepan tindakan denda hingga RM10 juta di mahkamah.

Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan mangsa penipuan supaya segera menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997, yang kini berfungsi setaraf dengan laporan polis.

Beliau berkata tindakan pantas, khususnya dalam tempoh 15 hingga 30 minit selepas kejadian adalah penting bagi meningkatkan peluang pihak berkuasa menyekat pemindahan wang dan mengembalikannya kepada mangsa.

-- BERNAMA

Artikel oleh: Bernama

KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DALAM TALIAN PERLU DIPERLUAS KE LUAR BANDAR

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2596778

SYARIKAT TELCO DIMINTA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TELEFON DISALAH GUNA - BERITA RTM - 20/08/2026


KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Syarikat telekomunikasi (telco) terbabit diminta segera memberi penjelasan berhubung dakwaan sejumlah besar talian telefon yang didaftarkan telah disalahgunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, syarikat berkenaan akan dipanggil untuk memberikan penjelasan penuh selewat-lewatnya hari ini.

“Jika benar, maka syarikat-syarikat telco ini payah dia nak jawab. Saya akan panggil untuk mereka datang jumpa saya dan bagi penjelasan penuh tentang perkara ini.

“Sebelum penghujung hari ini, saya nak CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat telco tersebut memberi penjelasan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 hari ini.

Menurut Datuk Seri Fahmi, kerajaan telah memperketat pendaftaran talian prabayar dengan mewajibkan pengesahan MyDigital ID bagi mengelakkan nombor telefon disalahgunakan bagi kegiatan tidak bermoral.

Terdahulu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa, terdapat syarikat telekomunikasi membenarkan sehingga 20 hingga 50 talian telefon didaftarkan menggunakan satu nama, sekali gus berisiko disalahgunakan untuk penipuan dalam talian.

Beliau turut mendedahkan kes seorang warga emas yang mempunyai 18 talian berdaftar atas namanya walaupun hanya memiliki satu talian, selain satu kes lain melibatkan sehingga 400 talian.

“Kalau satu tempat (telco) boleh daftar menggunakan satu nama untuk 20 atau 50 talian tanpa masalah, perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akhirnya pengguna yang menanggung akibat,” katanya.

Artikel: Berita RTM

SYARIKAT TELCO DIMINTA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TALIAN TELEFON DISALAH GUNA

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/syarikat-telco-diminta-perjelas-dakwaan-pendaftaran-talian-telefon-disalah-guna/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL