Monday, April 7, 2025

AKTIVITI | MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA WARGA PAKISTAN NEKAD TERJUN SUNGAI TRAGEDI PUTRA HEIGHTS - PPIM - 06/04/2025

6 April 2025 - Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi menghadiri ke majlis penghargaan bagi menghargai lima warga Pakistan yang nekad menyeberangi sungai untuk membantu mangsa-mangsa letupan saluran gas di Putra Heights.























Saturday, April 5, 2025

PPIM GESA SIASATAN, TINDAKAN TEGAS ELAK KEBAKARAN BERULANG - MALAYSIA TRIBUNE - 03/04/2025

 

SUBANG JAYA – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti pengorekan tanah yang dipercayai menjadi punca kebakaran di Putra Heights baru-baru ini.

Menurut Toqqi, insiden tersebut harus dijadikan iktibar bagi memastikan perkara serupa tidak berulang di lokasi lain.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil langkah pencegahan yang lebih ketat terhadap sebarang aktiviti yang berisiko mencetuskan kebakaran.

“Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda, tetapi juga menjejaskan kehidupan ramai mangsa.

“Sebuah keluarga dengan sembilan orang ahli turut terkesan akibat kebakaran ini. Ini menunjukkan betapa besarnya impak yang boleh berlaku jika aspek keselamatan tidak dititikberatkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan pengawasan yang lebih ketat terhadap aktiviti pembangunan, terutama yang melibatkan infrastruktur bawah tanah.

“Kita perlu sentiasa berwaspada kerana sekali insiden seperti ini berlaku, kesannya sangat besar kepada masyarakat. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera agar kejadian seperti ini tidak berulang,” tambahnya.

Katanya, PPIM berharap langkah pencegahan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin dan kejadian serupa dapat dielakkan di masa hadapan.

Artikel oleh: Malaysia Tribune

PPIM GESA SIASATAN, TINDAKAN TEGAS ELAK KEBAKARAN BERULANG

https://malaysiatribune.news/berita-semasa/ppim-gesa-siasatan-tindakan-tegas-elak-kebakaran-berulang/

Friday, April 4, 2025

AKTIVITI | TOQQI LAWAT MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS DI DEWAN MASJID PUTRA HEIGHTS - PPIM - 03/04/2025

3 April 2025 - Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi mengadakan lawatan ke Dewan Masjid Putra Heights untuk meninjau keadaan mangsa kebakaran paip gas serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang terjejas akibat insiden ini. 

MAKIN RAMAI PINJAM ALONG NAK BERAYA - SINAR AHAD - 30/03/2025


Artikel oleh: Sinar Ahad

MAKIN RAMAI PINJAM ALONG NAK BERAYA





Thursday, April 3, 2025

ADUAN KES PINJAM ALONG MENINGKAT MENJELANG AIDILFITRI - SINAR HARIAN - 30/03/2025

 

KUALA LUMPUR - Aduan peminjam yang terjebak dengan along meningkat lebih 60 peratus menjelang Aidilfitri tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Presiden Gabungan Muafakat Perpaduan (GMP), S Hassan Kuthoos Syed Ahamed Kaberr berkata, statistik itu diperoleh menerusi aduan diterima pihaknya dalam tempoh minggu terakhir Ramadan.

S. Hassan Kuthoos

"Kebanyakan peminjam terdiri daripada golongan yang terdesak untuk membuat persiapan hari raya, namun tidak layak mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.

"Apabila tidak layak pinjam dengan bank, lalu ambil jalan mudah meminjam dengan along,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Jelasnya, kadar faedah yang dikenakan along sangat tinggi dan menyebabkan ramai peminjam terjerat dengan hutang yang tidak mampu dibayar.

"Keadaan jadi lebih parah bila mereka terpaksa buat pinjaman baharu untuk bayar hutang lama,” katanya.

Beliau berkata, kebelakangan ini juga terdapat peningkatan kes peminjam yang dipaksa menyerahkan kad bank milik sendiri kepada along selepas pinjaman diluluskan.

"Apabila along memberi pinjaman, mereka akan pegang kad bank peminjam yang merupakan akauan penerimaan gaji,"katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan majoriti individu yang membuat pinjaman dengan along untuk beraya gagal membayar semula hutang mereka kerana kadar faedah yang berterusan naik.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, statistik itu berdasarkan aduan yang diterima dan kes yang dikendalikan pihaknya setiap tahun.

“Lazimnya hampir semua yang meminjam dengan along ini tidak dapat melangsaikan hutang walaupun peminjam ada duit kerana kadar bunga yang tinggi dan terus naik. Misalnya pinjam RM6,000 tapi kena bayar RM10,000.

“Banyak juga kes individu yang dipaksa bayar ansuran pinjaman seminggu sekali jadi kalau ada yang pada awalnya mampu bayar sebulan sekali, mereka akan tak mampu bayar secara mingguan yang mengakibatkan along terus naikkan kadar bunga hingga rata-rata peminjam ini terus diburu along,” katanya.

Nadzim berkata, kadar bunga yang terus naik berkenaan menyebabkan ada antara peminjam menanggung hutang hingga berpuluh-puluh tahun.

“Ada satu kes tapi ia bukan kes pinjam untuk raya. Dia cikgu dan dah hutang dengan along sejak 25 tahun lalu. Namun sampai ke hari ini hutangnya masih belum habis dibayar.

“Kegagalan bayar hutang seperti yang diminta ini membuatkan ramai peminjam berdepan dengan ugutan berterusan along termasuk ada antara rumah mereka dibaling cat dan bom petrol,” ujarnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

ADUAN KES PINJAM ALONG MENINGKAT MENJELANG AIDILFITRI

https://www.sinarharian.com.my/article/720399/berita/aduan-kes-pinjam-along-meningkat-menjelang-aidilfitri

AKTIVITI | MAJLIS PECAH TANAH PEMBANGUNAN MASJID MADANI - PPIM - 27/03/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengahadiri ke Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI di Jalan Munshi Abdullah.

Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL