Tuesday, February 3, 2026

KELAB SWASTA KEBAL UNDANG-UNDANG!!!!!! - SIDANG MEDIA PPIM - 03/02/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA) telah menerima pelbagai aduan serius berkaitan dakwaan pengubahan wang haram serta salah laku tadbir urus yang melibatkan kelab swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Sehubungan itu, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George telah mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan isu tersebut.

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MAIS - PPIM - 03/02/2026

Perjumpaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut melibatkan kehadiran para usahawan bagi membincangkan isu serta peluang kerjasama berkaitan pemerkasaan ekonomi umat Islam.


AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-36: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM - 31/01/2026

Aktiviti kebun KBVP diteruskan seperti biasa dengan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kebun bagi memastikan kebun sentiasa terjaga dan berada dalam keadaan baik untuk kegunaan bersama.

Kebun KBVP turut menerima kunjungan tetamu-tetamu Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, yang meluangkan masa meninjau aktiviti kebun dan berinteraksi bersama ahli.

AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI - PPIM - 02/02/2026

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL