![]() |
| Ketua Umum Lembaga Aceh Bersatu, Teungku Munawar Saujana Pendidikan Islam (SPdl) Ketua Umum Lembaga Aceh Bersatu, Teungku Munawar berkata, banjir besar yang melanda kawasan itu telah memusnahkan hampir keseluruhan harta benda penduduk sehingga rumah kediaman menjadi lautan lumpur dan kayu-kayan. “Selepas banjir melanda, rumah-rumah musnah dan tidak lagi boleh didiami. Mangsa tiada tempat untuk berlindung, malah makanan juga tiada. “Ramai mangsa sehingga kini masih belum menerima bantuan dan keadaan menjadi lebih sukar apabila mangsa terpaksa membantu sesama mangsa,” katanya dalam sidang akhbar anjuran PPIM di ibu negara hari ini. Menurut beliau, usaha menyampaikan bantuan berdepan pelbagai halangan apabila laluan utama terputus akibat jalan yang rosak dan dipenuhi kayu-kayu besar yang sukar dialihkan tanpa penggunaan jentera berat. “Walaupun ada jalan, kayu-kayu berat masih melintang dan sehingga kini belum dibersihkan. Ini menyukarkan pergerakan dan penghantaran bantuan ke kawasan pedalaman,” ujarnya. Tambahnya, keadaan kesihatan mangsa turut membimbangkan apabila ada yang hanya mampu makan ikan masin sehingga menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit gigi, namun tidak mendapat rawatan atau ubat-ubatan yang diperlukan. Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan berkata, tahap keperitan mangsa jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup berjalan sejauh beberapa kilometer semata-mata untuk mendapatkan bekalan makanan. “Ada mangsa yang berjalan sehingga lima kilometer hanya untuk mengambil beras. Ini menunjukkan keadaan sudah terlalu kritikal dan mereka berada dalam situasi kelaparan yang serius,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa keadaan sebenar di lapangan jauh lebih buruk daripada apa yang digambarkan dan memerlukan perhatian segera serta kerjasama pelbagai pihak. Beliau menyeru agar bantuan kemanusiaan disegerakan dan sekatan-sekatan yang menghalang penghantaran bantuan ke kawasan terjejas dapat dilonggarkan demi menyelamatkan nyawa mangsa banjir di Aceh. Artikel oleh: Utusan Melayu Plus KEADAAN MANGSA BANJIR DI ACEH KRITIKAL, BANTUAN MASIH DIPERLUKAN https://utusanmelayuplus.com/keadaan-mangsa-banjir-di-aceh-kritikal-bantuan-masih-diperlukan/ |
Saturday, December 20, 2025
KEADAAN MANGSA BANJIR DI ACEH KRITIKAL, BANTUAN MASIH DIPERLUKAN - UTUSAN MELAYU PLUS - 18/12/2025
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan keadaan mangsa banjir di Aceh, Indonesia berada pada tahap kritikal apabila ramai masih belum menerima sebarang bantuan asas termasuk makanan, tempat perlindungan dan rawatan perubatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2025
(317)
-
▼
December
(28)
- PPIM MOHON BANTUAN PM ANWAR MUDAHKAN PENYALURAN BA...
- KEADAAN MANGSA BANJIR DI ACEH KRITIKAL, BANTUAN MA...
- PPIM DESAK TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR BESAR DI...
- PPIM MOHON BANTUAN PM MUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN ...
- PPIM MOHON PM GUNA SALURAN DIPLOMASI, MUDAHKAN BAN...
- TIADA MAKANAN, TIADA AIR BERSIH, TIADA UBAT UNTUK ...
- ACEH NAZAK: JANGAN HALANG BANTUAN KEMANUSIAAN - SI...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENYELARASAN HADR MISI BANTUA...
- BOIKOT PUSAT BELI-BELAH BENARKAN BAWA MASUK HAIWAN...
- AKTIVITI | PROGRAM KENANGAN PERJUANGAN KASEH TANAH...
- PEMANAH BERKUDA JUNIOR NEGARA GEGAR PENTAS DUNIA D...
- AKTIVITI | KONVENSYEN MELAYU 153 - PPIM - 13/12/2025
- PODCAST | AUTISME BOLEH DIUBATI? PENEMUAN MENGEJU...
- JANGAN BERMUSIM OPERASI BANTERAS KOLONI WARGA ASIN...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA SAUDARA AKMAL ...
- AKTIVITI | PROGRAM PERKONGSIAN MAKLUMAT KEPENGGUNA...
- JANGAN TERTIPU!! SCAM KERJA KEMBOJA, DIPAKSA KERJA...
- MAN TELLS OF SCAM BY 'FRIEND', TORTURE IN PHNOM PE...
- DERITA DIBOGEL, DIPUKUL - KOSMO - 04/12/2025
- MANGSA PENIPUAN PEKERJAAN DIBELASAH, DIBOGEL - BER...
- AHLI PERNIAGAAN MALAYSIA DIPAKSA JADI 'SCAMMER' DI...
- MAN TELLS OF SCAM BY 'FRIEND', TORTURE IN PHNOM PE...
- KENA BELASAH, KENA BOGEL DAN DIPAKSA MAKAN DAGING ...
- DITELANJANGKAN, DIPUKUL, DIPAKSA MAKAN DAGING BABI...
- DIBOGEL, DIPUKUL, DIPAKSA MAKAN DAGING BABI - UTUS...
- “PANAS DARI CAMBODIA: BONGKAR REALITI HITAM PERANG...
- AKTIVITI | CERAMAH "BULI DI SEKOLAH DAN PENIPUAN D...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-27: BERKEBUN DI KEBUN BA...
-
▼
December
(28)



No comments:
Post a Comment