Sunday, February 27, 2011

KLINIK PENGGUNA MINGGU 2 SIARAN 14 FEBRUARI 2011



LAPORAN KLINIK PENGGUNA MINGGU 2
 TARIKH SIARAN:  14 FEBRUARI 2011

(1) NO. SIRI : KP11-03
Pembinaan Apartment Regalia Mengundang Pelbagai
Masalah Kepada Penduduk Villa Putera dan Villa Puteri

Jawapan kepada aduan oleh Tuan Haji Razali dan Puan Kartina Aziz pada minggu lepas ( 7 Febuari 2011). Rujuk : http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/02/klinik-pengguna-minggu-1-siaran-7.html

Ulasan PPIM
Menurut Y Bhg Dato’ Ma’amor Osman( S/U Agung PPIM), setelah diperkenalkan Klinik Pengguna ini, pihak PPIM mendapat respon yang positif dari pihak yang terlibat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada DBKL kerana telah mengambil tindakan proaktif. Dalam masa yang sama, To’ki juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana memainkan peranan penting dalam memainkan peranan mereka di dalam menghebahkan sesuatu isu.

Respon :
Encik Rohaizan Ahmad, Pengarah Jabatan Rekabentuk Bandar dan Bangunan DBKL.

Beliau berterima kasih kepada pihak wargakota kerana mengambil berat terhadap persekitaran dan kesihatan bandaraya.

DBKL telah mengambil satu tindakan yang proaktif dengan memanggil pihak terlibat termasuk kontraktor, pemaju, pengadu dan wakil PPIM pada 8hb Februari 2011 (sehari selepas aduan dibincang di Klinik Pengguna) bermesyuarat bersama pengurusan Ketua Pengarah DBKL, Y. Bhg. Datuk Hj. Salleh bin Yusup.

Kesepakatan yang diperolehi adalah:

Kerja-kerja pembinaan hendaklah dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang sahaja. Manakala pada hari Ahad dan cuti Am tidak dibenarkan. Kerja lebihan masa seperti membetulkan tapak pembinaan juga tidak dibenarkan. Beliau juga berharap agar penduduk berhampiran dan masyarakat umum menjadi mata dan telinga DBKL dalam memantau salah laku di tapak pembinaan dan terus salurkan aduan kepada DBKL supaya tindakan mudah diambil. Pemaju berkenaan juga telah dikenakan kompoun sebanyak 7 kali kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.

Beliau menggesa pihak kontraktor dan pemaju mengamal dan mementingkan corporate social responsibility kepada penduduk setempat.Self regulated society juga perlu diteruskan oleh penduduk berhampiran dan semua masyarakat sebagai membantu pihak DBKL dan pihak berkuasa dalam menunaikan tanggugjawab harian mereka kerana pembangunan tidak dapat dihalang dan pembangunan juga adalah untuk kebaikan dan keharmonian semua.

Sebagai menjawab soalan dan cadangan PPIM, di mana, perlunya satu tahap tertentu syarikat disenaraihitamkan setelah dikompoun beberapa kali, beliau menerangkan ia satu cadangan yang baik.Walaubagaimanapun, ia bukan di bawah bidang jabatan beliau, tetapi beliau akan membawa usul tersebut kepada Jabatan Undang Undang DBKL.

Dato’ Dr Ma’amor Osman juga mencadangkan agar pihak DBKL bekerjasama dengan mewujudkan satu talian khas @ hotline bagi memudahkan masyarakat menyalur maklumat terus kepada DBKL menggunakan teknologi yang ada seperti MMS dan sebagainya serta PBT yang lain juga harus mengikut contoh tindakan progresif DBKL ini.

Di akhir rancangan, To’ki bagi pihak pengadu sempat mengucapkan terima kasih kepada DBKL di atas tindakan proaktif DBKL kerana masalah nyamuk dan kebersihan juga telah diselesaikan dalam masa terdekat tersebut.

(2) NO. SIRI : KP11-04
Penipuan Mat Kiosk

Latar belakang :

Pengadu terasa dianiaya merupakan antara mangsa penipuan mesin air Mat Kiosk.  Setelah itu, syarikat yang menjual mesin tersebut sengaja meletakkan mesin kad prabayar tersebut di kawasan tidak strategik dan menyebabkan kerugian kepada pengadu. Sekiranya ingin menarik diri, pembayaran deposit tidak akan dikembalikan.

Pengadu 1: Puan Jessica

Pada 2005, mangsa ada melabur dalam pembelian mesin prabayar air water drop secara francais di mana kutipan keuntungan tesebut akan diperoleh oleh pelabur. Selepas itu mereka memperkenalkan mesin mat kiosk. Seterusnya syarikat yang ke 2, mengeluarkan satu lagi produk yang diberi nama Smart Kiosk untuk pelaburan seterusnya. Penipuan berterusan dari 2005, 2007 hingga 2009.

Semua pengadu yang mahukan keadilan seramai kira-kira 200 orang yang jumlah penipuan keseluruhan sebanyak RM 2 juta, telah membuat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya namun tiada tindakan diambil dan merasakan kecewa dengan pihak tersebut. Memorandum kepada Perdana Menteri juga telah dihantar.


Pengadu 2: Encik Azani Bahari

Pengadu/pelabur yang ditipu menceritakan bahawa beliau telah mendapat satu panggilan telefon yang menawarkan perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Kemudian, pengadu pergi ke tempat berkenaan, pengadu diberi penjelasan dan penerangan berkaitan dengan perniagaan water drop tersebut. Pengadu telah mengeluarkan RM 6000 melalui kad kredit untuk pembayaran deposit sehingga perlu mendapatkan khidmat nashat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Beliau juga turut berkongsi, ada mangsa lain telah meninggal dunia, meminjam daripada ahlong, dan mengalami kerugian yang teruk sehingga mereka membayar faedah sahaja di bank. Beliau amat kecewa dengan pihak terbabit yang gagal mengambil tindakan.

Ulasan PPIM
  
Kebanyakan rakyat mempunyai simpanan dan mereka ingin melabur. Namun mereka tidak mengetahui status syarikat yang ingin dilaburkan samada dibenarkan oleh pihak berwajib atau tidak. Sindiket penipu ini menggunakan berbagai nama untuk mengelirukan mangsa kerana mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang dan kelonggaran penguatkuasaan.

Penyangak yang kaya ini berjaya mengambil helah ini kerana tahu mangsa tidak akan mampu mengambil tindakan kerana kos rundingan peguam, pakar dan sebagainya.

Mereka akan sedaya-upaya meyakinkan pelabur untuk membuat pinjaman samada melalui bank, tabung haji, kad kredit atau sebagainya. Testimoni hebat digunakan untuk memancing para pelabur.

Pihak bank yang meluluskan pinjaman juga, telah dikaburi dengan pulangan yang besar lalu meluluskan pinjaman yang mereka sendiri tidak kenalpasti.

Isu lain yang perlu dipersoalkan juga adalah,


  1. Dari mana sindiket itu mendapat nombor telefon mangsa-mangsa mereka?
  2. Apa hak/dari mana hak diperoleh oleh sindiket terbabit untuk menentukan deposit tersebut tidak boleh dipulang semula?
  3. Ketelusan di dalam meyakinkan pelabur mereka, contohnya, mereka mendakwa mesin tersebut akan diletakkan di IPT atau kompleks membeli-belah, adakah mereka menunjukkan surat kebenaran daripada IPT dan kompleks tersebut?


To’ki juga mengulas kebanyakannya kes seperti ini telah dibawa ke pihak berkenaan untuk dibincangkan. Penipuan pembayaran menggunakan kad kredit merupakan satu masalah kepada pemilik kad tersebut sedangkan wang deposit itu tidak diperolehi semula. Golongan professional seperti peguam, doktor juga antara yang menjadi penipuan sindiket ini.

Respon dari pihak PDRM

Puan Latt Maizura, Jabatan Jenayah Perdagangan PDRM. Beliau gagal dihubungi kerana masalah kesesakan talian.

(3) NO. SIRI : KP11-05
Dibebani Hutang Kad Kredit dan Koperasi

Latar Belakang :

Dibebani hutang kredit kad dan hutang koperasi yang tinggi. Sebagai penjawat awam, dengan tanggungan yang tinggi dan gaji yang rendah, tidak dapat menampung.

Pengadu: Encik Amran Abdullah

Pengadu merupakan seorang penjawat awam berpendapatan kasar sebanyak RM3595 sebulan dengan isterinya seorang surirumahtangga sepenuh masa. Pengadu mempunyai tanggungan sebanyak 4 orang dengan anak yang masih bersekolah. Hutang ditanggung sebanyak RM200,000 bagi penggunaan kad kreditnya kerana pelaburan MLM dan bayaran koperasi. Kadar faedah yang perlu dibayarnya untuk kad kredit adalah sebanyak 1.5% sebulan.

Ulasan PPIM

1.     Pihak BNM perlu memberikan kad kredit kepada orang yang benar-benar berkemampuan dan orang yang benar-benar boleh memberikan jaminan pembayaran semula.
2.     Menggunakan tunai adalah jalan yang lebih baik dalam perbelanjaan.
3.    Pihak bank juga tidak perlu ghairah memujuk rayu kepada bakal peminjam untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Pihak yang perlu memberikan respon dalam perkara ini adalah seperti AKPK dan Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh kerana kesuntukan masa, perkara ini akan dijawab pada minggu berikutnya termasuk penjelasan daripada pihak PDRM bagi aduan berkaitan Mat Kiosk.

EMEL PILIHAN-JENIS-JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG BESAR KEBERKATANNYA




(1) Tsarid (Bubur Daging)

Tsarid (bubur daging) memiliki keutamaan dibandingkan makanan yang lain, di antara banyaknya hadis soheh menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagamana disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:

“Keutamaan ‘Aisyah dibandingkan semua wanita, bagaikan keutamaan tsarid (bubur daging) atas semua makanan”.
H/R Muslim

Diriwayatkan dari Salman Al-Farisi secara marfu’ bahawa Nabi saw bersabda:

“Keberkatan itu terdapat di dalam tiga perkara: berjamaah, tsarid (bubur daging) dan makan sahur”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1045

Diriwayatkan dari Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa:

Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilang asapnya. Ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda”: “Sesungguhnya Tsarid (bubur daging) merupakan berkat yang paling besar”.
H/R Ahmad dan Ad Darimi

Ibnu Qayyim Al-Jauziah berkata: “Meskipun tsarid(bubur daging) merupakan makanan campuran. Tetapi ia campuran dari roti dan daging. Roti adalah makanan terbaik dan daging adalah lauk yang terlazat. Bila keduanya bercampur, maka tidak ada lagi yang menyamainya”.
Lihat: Zadul Ma’ad jilid 4 halaman 265

(2) Susu

Berkenaan dengan keberkatan susu, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Ummu Salim Ar-Rasin bahawa ia berkata: “Aku mendengar ‘Aisyah r.a mengatakan:

“Apabila dihidangkan susu kepada Rasulullah saw, beliau bersabda: “Keberkatan atau dua keberkatan”.
H/R Ibnu Majah

 Dari ‘Aisyah r.a bahawa ia mengatakan:

“Apabila Rasulullah saw diberi susu, beliau bersabda: “Betapa banyak rumah yang di dalamnya terdapat satu keberkatan atau dua keberkatan”.
H/R Ahmad

(3) Kurma

Berkenaan dengan keberkatan kurma, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik baik kurma adalah al-barniy. Ia boleh menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit”.
H/R Ibnu Adi, Baihaqi dan Ad Dhiya

Rasulullah saw juga bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, maka kelaparanlah bagi penghuninya atau laparlah penghuninya”.
H/R Muslim dan Tirmizi

Diriwayatkan dari Ubaidillah bin Rafi’ dari neneknya, Salma r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, bagaikan rumah yang tidak ada makanannya”
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1776

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma”.
H/R Ibnu Hibban dan Baihaqi

Keberkatan kurma ‘Ajwah Madinah

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersaba:

“Pada kurma ‘ajwah ‘aliyah dipermulaan pagi sebelum sarapan adalah penyembuh dari setiap sihir dan racun”.
H/R Ahmad

Juga dikeluarkan muslim dengan lafal yang tidak disebutkan kata “’Alariq”:

“Di dalam kurma ‘ajwah’aliyah terdapat penyembuh atau ubat penawar racun di pagi hari”
H/R Muslim

Sheikh Al-Albani mengatakan “Hadis ini memiliki penguat dari hadis Sa’d bin Abi Waqqash yang marfu’ dengan lafal:

“Siapa saja makan tujuh kurma ‘ajwah tanah Madinah sebelum sarapan, tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya pada hari itu hingga pagi”. Perawi berkata:
“Aku menduga beliau bersabda: “Dan jika memakannya ketika petang, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan hingga pagi”.

(4) Madu

Adapun madu lebah, maka berkatnya besar sekali. Cukuplah kita mendapatkan penjelasan mengenai keberkatan ini dari firman Allah Ta’ala:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia!. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)! Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapt ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.
Surah An-Nahl ayat 68-69

Allah swt telah mamuliakan madu dengan menjadikannya minuman untuk penduduk syurga sebagaimana firmannya:

“…Dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Dan mereka memperolehinya didalam segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka….
Surah Muhammad ayat 15

Keutamaan madu juga disebutkan dalam banyak hadis Rasulullah saw. Kita teliti hadis-hadis berikut.

“Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada. Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”.
H/R Ibnu Majah dan Hakim

“Diriwayatkan juga dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:

Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh, Madu dan Al-Quran”.
H/R Ibnu Majah, Ibnu Mardawaih dan Hakim

 Madu benar-benar adalah ubat yang hebat sebagaimana yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri r.a bahawa ia berkata:

“Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Ya Rasulullah, saudaraku sakit perut”. Rasulullah bersabda kepadanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu melakukannya, lalu datang kembali kepada beliau dan berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi malah bertambah sakit”, Orang itu mengulangi sampai tiga kali. Ketika ia datang ke empat kalinya, Rasulullah saw bersabda padanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi bertambah sakit”. Rasulullah saw bersabda: “Maha benar Allah dan berdustalah perut saudaramu, minumkan madu padanya!” Orang tu melakukannya dan sembuhlah sakit saudaranya itu”.
H/R Bukhari dan Muslim

(5) Air Zam-Zam

Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi dan yang paling bermanfaat adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat penyembuh dari segala penyakit, pengenyang dari setiap rasa lapar dan penyegar dari rasa haus. Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit r.a bahawa ia berkata:

Abu Dzar menuturkan dalam hadis yang panjang, lalu ia menyebutkan pertanyaan Nabi saw kepadanya, Sejak bila kamu di sini? Aku (Abu Dzar) menjawab, Kami di sini sejak 30 hari, siang dan malam”. Beliau saw bertanya: “Siapa yang memberikan kamu makan? Aku menjawab: “Tidak ada makanan padaku kecuali air zam-zam. Aku menjadi gemuk sampai perutku buncit, dan tidak aku dapati rasa lapar dalam perutku. Lantas beliau saw bersabda: “Sesungguhnya itu air yang diberkati, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Muslin dan At Thayalisi

“Rasulullah saw juga bersabda:

“Sesungguhnya itu air yang diberkati. Ia makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Abu Daud an At Thayalisi

Dari Abu Dzarr bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Ibnu Abi Syaibah dan Al Bazzar
   
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat pengenyang dari segala rasa lapar dan penyembuh penyakit. Dan seburuk-buruk air yang ada di bumi adalah air yang ada di lembah Badhut daerah Hadramaut, seperti kaki serangga belalang. Kalau pagi memancar dan petang hari tidak ada airnya”
H/R Thabrani dan Ad Dhiya

(6) Minyak dari Pokok Zaitun

Cukuplah sebagai dalil untuk kita akan keberkatan pokok zaitun sebagaimana firman Allah swt:

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi, Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti satu lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, (dan) kaca itu seakan-akan bintang (bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)…….
Surah An Nuur ayat 35

Dari Abi Usaid Al-Anshari bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkati. Berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pokok yang diberkati”
H/R  Ahmad, Ad Darimi dan Tirmizi

Hadis di atas juga tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza, iaitu hadis dari Umar, Abu Usaid, Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas tentang sabda Nabi saw:

Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia dari pokok yang diberkati”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 379

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, telah berjaya saya susunkan untuk pembaca tentang cara mendapat keberkatan pada makanan dan jenis-jenis makanan yang mendapat keberkatan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Semoga artikel ini dapat memberikan Ilmu yang bermanfaat kepada pembaca dan diharap ilmu ini dapat disebarkan. Insyaallah.

Friday, February 25, 2011

MACAM-MACAM KISAH KAUM HOMOSEKSUAL DILAKNAT ALLAH

http://1426.blogspot.com/2011/02/bbc-radio-british-gay-muslims-seek.html

[sim] INFO :Imam Pro Gay, Laris Manis Diundang Kaum Homo

Mudah pula, ia ditasbihkan menjadi seorang imam untuk kalangan penganut seks abnormal, homoseksual atau gay.

Ia yang juga penganut gay ini juga membuat Yayasan The Inner Circle, yang digunakan membantu orang-orang Muslim anti dengan seksualiti mereka.

Dengan motto “Muslim dan homo boleh!” ia akhirnya rajin diundang kalangan homo. Baru-baru ini, ia berada di Belanda atas undangan organisasi homoseksual Belanda COC di Amsterdam.

“Menjadi Muslim dan menjadi homo, keduanya identiti yang kuat. Keduanya menjadi bagian dari siapa saya. Saya berhasil mendamaikan keduanya,” ujarnya dikutip Radio Nederlan.

Muhsin Hendricks, berasal dari keluarga Muslim di Afrika Selatan. Datuknya adalah imam di Masjid Agung di Capetown. Sejak kecil Muhsin menyadari dirinya berbeda. Pada usia muda, ia lebih suka bermain dengan anak patung dan bukan kereta. Ia juga dipandang sebagai keperempuan-perempuanan sehingga sering diolok-olok. Di saat besar Hendricks tetap memilih menjadi Muslim dengan berpraktek kehomoan-nya yang jelas-jelas dilarang dalam agamanya.

Hukum Islam

Alih-alih memutuskan untuk mencari tahu apa kata al-Quran mengenai homoseksualitas, ia mengambil studi Islam di Pakistan, tepatnya di Jamia Dirasat Al-Islamia.

Sebagaimana diketahui, Islam dan al-Quran sangat keras menentang praktik homoseksualiti. Dalam al-Quran surat Al A’raf ayat 80-84, misalnya mengatakan, penganut gay/homoseksualiti dan lesbian sebagai ‘kaum yang melampaui batas’, sampai ketika dalam sejarah di zaman Nabi Luth, Allah menurunkan hujan batu pada mereka.

Kecaman al-Qur'an serupa juga disebutkan dalam Surat An-Nisa: 15 - 16, Al-'Ankabut: 28-35 dan beberapa hadits. Dalam Kitab Minahul Jalil , Imam Malik pernah menyebut, praktek homoseksual dikategorikan zina dan hukuman yang setimpal untuk pelakunya adalah dirajam, baik pelakunya muhshan (sudah menikah) atau ghair muhshan (perjaka). Senada dengan Imam Malik, Imam Syafii  dalam Al Majmu’ mengatakan, praktik homoseksual merupakan hubungan seksual terlarang dalam Islam.

Entah bagaimana ceritanya, Muhsin Hendricks justru menyimpulkan, al-Quran tak menyebut ada pelarangan homoseksualiti. Entah karena tak bisa mencari atau berusaha menutup-tutupi hukum itu, ia rupanya hanya bersandar pada feeling (perasaannya) semata.

"Saya tidak mempercayai apabila Allah yang maha kasih dan penyayang mengutuk saya untuk sesuatu yang saya sendiri tidak memilihnya," ujarnya.

Karena keanehan inilah membuat Hendricks tiba-tiba ditasbihkan menjadi imam di mesjid-mesjid Capetown. Sementara di saat yang sama, perasaan menyukai sesama jenis tidak pernah luntur hingga kini. Oleh kaum homo, Hendricks bahkan dijuluki 'imam merah muda'.

Mengaku pernah enam tahun menikah dan memiliki tiga anak, Hendrick akhirnya bercerai dan kembali pada habitat semula yang dilarang al-Quran.

Melalui yayasan The Inner Circle nya, ia kini laris-manis  diundang kaum  homo dan terus berkempen kekeliruannya. *

Jika mahu terkenal dan laris, maka perlu keanehan. Boleh jadi inilah jurus yang dipakai lelaki Afrika Selatan, Muhsin Hendricks (43).  Meski Islam telah menyatakan homoseksual sebagai perbuatan terlarang dan haram, ia justru berkempen ke mana-mana dengan mengatakan hubungan sesama jenis diperbolehkan.

[sim] INFO : British gay Muslims seek Islamic weddings
 



"We met about three years ago, at an iftar - a breaking of fast during Ramadan.

"I think a lot of Muslims find that time of year very spiritual and very enlightening, and so I think that's why our relationship developed, because we spoke about our faith."

"Eventually we went on a date."

 

ayat:172-173: Asy-Syu`ara

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)

(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya

hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.


Wednesday, February 23, 2011

KLINIK PENGGUNA MINGGU 1 SIARAN 7 FEBRUARI 2011


LAPORAN KLINIK PENGGUNA MINGGU 1
TARIKH :  7 FEBRUARI 2011

(1) NO. SIRI : KP11-01

Aduan Pemindahan Pelajar-Pelajar Malaysia di Mesir  (Ops Piramid)

PENGADU : Encik Syed Aizuddin

Soalan 1: Adakah kerajaan lambat bertindak dalam proses pemindahan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir seperti yang ditulis dalam laman blog yang pro pembangkang.

Soalan 2: Adakah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pembiayaan sendiri untuk tambang balik ke Malaysia.



RESPON :

Y.Bhg. Dato’ Haji Shahlan Bin Ismail (Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri)

Beliau mengulas, masalah besar attitude masyarakat kita adalah suka menghebohkan perkara yang tidak benar.

Isu ini bukan lah sesuatu yang ‘suka-suka’, akan tetapi ia melibatkan nyawa rakyat Malaysia. Beliau juga menerangkan bahawa kerajaan diberi mandat daripada perlembagaan, oleh kerana itu kerajaan bertanggungjawab terhadap keselamatan masyarakatnya. Beliau juga turut menerangkan bahawa kerajaan memang menguruskan penerbangan, yang mana kerajaan memperolehi dua pesawat melalui hubungan baik dengan Arab Saudi.

Dakwaan sesetengah pihak tentang isu perpindahan lambat ini adalah tidak benar. Ini kerana, pihak kita perlu mengikut prosedur dan peraturan di sana yang amat berbeza dengan sistem kita.

Beliau menyatakan bahawa tiada tindakan yang lambat terhadap proses pemindahan pelajar-pelajar tersebut tetapi ia memakan masa disebabkan masalah prosuder dan peraturan yang berbeza di Negara tersebut.

Y Bhg Dato’ Ma’amor Osman, Setiausaha Agung PPIM juga mengulas bahawa, isu ini tidak boleh dilihat hanya kepada satu pendapat atau pandangan sahaja kerana bukan mudah untuk menyelesaikan perkara seperti ini, yang mana kita perlu meminta kebenaran daripada Negara berkaitan untuk penggunaan proses keseluruhan seperti pengurusan visa dan sebagainya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Y Bhg Dato’ Shahlan di sana bagi pihak rakyat Malaysia atas usaha Kerajaan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.



(2) NO. SIRI : KP11-02

Kesesakan dan Kekurangan kaunter Imigresen di KLIA

Pengadu: En. Mohd Tariq Alawiyyah

Aduan: Beliau yang merupakan warga Arab Saudi dan selalu ke Malaysia, telah beberapa kali menghadapi masalah ketika berurusan di kaunter Imigresen di KLIA kerana terpaksa menunggu dalam jangkamasa yang lama kerana kekurangan kaunter dibuka sedangkan orang sedang ramai. Walaupun beliau telah membuat aduan kepada salah seorang pegawai di sana, mereka hanya menjawab, mereka kekurangan tenaga kerja.

RESPON : EN ZULFIKAR-Ketua Imigresen KLIA

Beliau menerangkan bahawa, perkara itu terjadi mungkin kerana penerbangan sampai serentak dan di waktu puncak. Tidak wujud kekurangan pegawai kerana pegawai yang ada memadai dan ada pegawai yang bekerja di shift lain dan ada yang menghadiri kursus dan sebagainya.

Jangkamasa untuk memproses bagi seorang pelanggan adalah antara 30 hingga 45 saat. Kaunter khas untuk warga emas dan kanak-kanak juga disediakan.

Terdapat 53 kaunter di balai ketibaan yang dibahagi mengikut keperluan contohnya pekerja asing, pelawat asing dan sebagainya. Kaunter akan dibuka semaksimum mungkin contohnya untuk pelawat asing 15 kaunter. Jika terdapat barisan panjang, tambahan kaunter akan dibuka.

Berkenaan aduan En Tariq mengenai kesesakan pada 24 Disember lalu, ketika itu memang banyak pelancong. Jika mereka datang berkeluarga, seorang pegawai akan menguruskan untuk satu keluarga tersebut, mungkin itu yang menyebabkan kesesakan.

Sesetengah pegawai juga dilatih untuk kursus bahasa asing bagi kemudahan perkhidmatan.

PPIM : Pihak imigresen perlu berbuat sesuatu jika tiba waktu yang dijangka ramai pelancong demi menjaga imej Negara. Pegawai juga perlu dilatih dengan etika yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang mesra dengan hati ikhlas dan piagam pelanggan perlu lebih jelas agar dapat difahami oleh masyarakat pengguna @ pelanggan perkhidmatan.


(3) NO. SIRI : KP11-03
Pembinaan Apartment Regalia Mengundang Pelbagai
Masalah Kepada Penduduk Villa Putera dan Villa Puteri

Pengadu 1 : Tuan Haji Ahmad Razali-Pengerusi Perbadanan Villa Puteri

Projek pembinaan apartment Regalia oleh pemaju Mayland telah bermula sejak 2008. Antara masalah yang timbul adalah, mereka bekerja sehingga lewat malam dan lewat pagi, nyamuk, debu, kotor, bising dan sebagainya.

Perkara ini telah dibawa ke pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi masalah ini masih berterusan. Development Order juga diluluskan sedangkan pembinaan apartment ini tidak cukup jalan keluar masuk kelak hingga bakal mengundang kesesakan lalulintas.

Pengadu 2: Puan Kartina Aziz-Wakil penduduk Villa Putera

Pihak Mayland telah menggunakan kawasan sekitar untuk pembuangan sampah. Ia telah mengganggu keharmonian penduduk di sana. Berharap agar pihak Mayland lebih sistematik dalam kerja-kerja mereka kerana ini Bandar bukan kawasan pembuangan sampah.

Berharap juga pihak berwajib turun untuk meninjau kawasan yang dipenuhi dengan sampah tersebut.


RESPON :

Oleh kerana kesuntukan masa, pihak DBKL akan menjawab persoalan ini di minggu seterusnya.

Oleh kerana siaran ini turut didengar oleh pihak SPRM, PPIM berharap pihak terbabit akan mengambil tempoh tersebut untuk menjelaskan persoalan-persoalan tersebut atau mengambil tindakan segera.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL