Tuesday, June 9, 2026

AKTIVITI | LAWATAN TAPAK JABATAN PERTANIAN KE KEBUN BANDAR VILLA PUTERI - PPIM - 09/06/2026

Kebun Bandar Villa Puteri telah menerima lawatan tapak daripada Jabatan Pertanian Malaysia yang diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pertanian Bandar, Tn Mohd Iskandar Jalawan.

Lawatan telah disambut oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi. Turut serta dalam lawatan ini adalah wakil daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bahagian Local Action 21 Kuala Lumpur (LA21 KL).

Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan dan pelaksanaan aktiviti pertanian bandar di Kebun Bandar Villa Puteri serta melihat potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan sektor pertanian bandar. Sesi perbincangan turut menyentuh usaha meningkatkan keterjaminan makanan, kelestarian alam sekitar serta penglibatan komuniti melalui program pertanian bandar yang mampan.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL