Monday, August 29, 2016

3032) “SAYA SERIK BERSUAMI LAGI” – HARIAN METRO – 29/8/16


saya serik bersuami lagi (metro)
“Saya lari daripada suami pertama kerana dia penagih tegar dan sanggup melelong anak kandung sendiri untuk membeli dadah.

“Malang sungguh nasib saya kerana perkahwinan kedua juga berdepan tekanan sama. Lelaki yang pada awalnya nampak segak dan bergaya bukan saja hamba dadah, malah panjang tangan serta mempunyai rancangan menjual anak tiri untuk kesenangan hidup,” kata Rozana, 35.

http://ift.tt/2c7l5ak



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3031) ANDA TANYA PPIM JAWAB – HARIAN METRO – 28/9/16


anda tanya (metro)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3030) PEMILIK SYARIKAT PINJAMAN WANG MOHON MAAF KEPADA PEMINJAM TERANIAYA – HARIAN METRO – 28/9/16


datuk baik hati (metro)


http://ift.tt/2bso0KO



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Saturday, August 27, 2016

3029) NGO BANTAH DBKL TAMBAH RUMAH URUT, REFLEKSOLOGI – BERITA HARIAN – 27/8/16

BH (LESEN RUMAH URUT)

BH (LESEN RUMAH URUT 2)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3028) WORLD #QURAN HOUR BUKAN EVENT TAPI SATU GERAKKAN - PPIM - 26/4/16


dua dari kiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyokong penuh program World #Quran Hour kerana program ini bukanlah satu acara yang akan selesai selepas satu jam berinteraksi dengan al-Quran. “Tapi ia adalah satu gerakan. Gerakan untuk mengajak semua orang mendekati, berinteraksi dengan al-Quran.” Apa yang disampaikan sangat santai tetapi mengesankan hati-hati yang mendengar.




Friday, August 26, 2016

3027) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL SELANGOR ACP SHAKRI DI IBU PEJABAT POLIS KONTIJEN SELANGOR – 24/8/16

LANJUTAN KES 8JUTA

25dc490a-6903-4d6b-b82b-640592174a30
Dato’ Nadzim Johan, Afif Johor dan Imran Yusof mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama dengan pengadu iaitu En Arman Putera dan En sahid telah berjumpa dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Shakri di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kes yang melibatkan kes syarikat Ahlong yang berjaya melelong bangunan di seksyen 15 Shah Alam. Hasil pertemuan tersebut mengesahkan bahawa lelongan tersebut tidak shah kerana masih dalam siasatan polis dan pihak telah membuka fail kes Ahlong untuk syarikat Contrarian ini.

67cb1278-f13e-4686-8700-8bc3439bbcee



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3026) AWAS PERANGKAP HUTANG – UTUSAN MALAYSIA – 26/8/16


Kegiatan Ah Long Berselindung Di Sebalik Perniagaan Pinjaman Wang Berlesen


utusan (AWAS PERANGKAP HUTANG)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3025) JERAT “JERUNG” AH LONG – UTUSAN MALAYSIA – 26/8/16


utusan (INTERVIEW ESKLUSIF)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3024) JANJI MANIS “AH LONG BERLESEN” – SINAR HARIAN – 26/8/16

image
KUALA LUMPUR – Lambakan premis pinjaman wang berlesen di ibu negara dilihat menjadi ancaman kepada pengguna, lebih-lebih lagi buat mereka yang terdesak.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan premis perniagaan yang menjadi tumpuan warga kota mendapati premis-premis ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dengan menawarkan pelbagai promosi pinjaman mudah.

Berdasarkan pemerhatian, rata-rata premis ini beroperasi di deretan bank-bank dipercayai bagi menarik perhatian pengguna yang gagal mendapat pinjaman bank.

Antara kawasan terlibat ialah di Bandar Sri Permaisuri, Setiawangsa dan Wangsa Maju.
Tidak pasti sejauh mana ia berlesen, khidmat pinjaman wang yang ditawarkan nyata bukan biasa-biasa sebaliknya ada modus operandi yang bakal memerangkap si peminjam.

Sumber memberitahu, walaupun kononnya beroperasi secara sah dan perlu melalui beberapa prosedur pinjaman seperti yang dilakukan pihak bank, ia hanya sekadar ‘wayang’ kerana khidmat peminjam wang berlesen ini tidak ubah seperti ah long.

Konsep ‘makan bunga’ menyebabkan ramai terkena dan tidak dapat lari daripada menanggung hutang yang banyak.

‘Tidak akan lepaskan peminjam’ menjadi prinsip syarikat pinjaman wang ini dengan pelbagai helah memastikan setiap peminjam terus terikat dengan hutang yang dipinjam.

“Mereka akan ‘mengikat’ si peminjam tanpa sedar termasuk sengaja melewat-lewatkan tempoh bayaran balik antaranya dengan helah tukar ejen baru, memanjangkan tempoh bayaran balik dengan kadar bunga yang melampau dan tawarkan pinjaman bagi akaun kedua dan seterusnya menyebabkan hutang bertambah,” katanya.

Tidak cukup dengan helah memerangkap peminjam, dakwa sumber itu, hampir 80 peratus individu terlibat dengan perniagaan berkenaan terdiri daripada kumpulan gengster dan kongsi gelap menyebabkan mereka dapat beroperasi dengan selesa.

Ujarnya, tanpa kawalan daripada pihak berkuasa, syarikat-berkenaan akan terus memanipulasi khidmat dengan berselindung di sebalik premis.

“Terlalu banyak kes peminjam yang tak dapat lari daripada menanggung hutang yang menimbun disebabkan modus operandi mereka ini. Ada pengguna yang kononnya mahu lari dari pinjam ah long, dan pinjam melalui proses yang teratur, akhirnya memakan diri.

“Status operasi syarikat peminjam yang didakwa berlesen inilah yang menjadi perangkap besar pengguna terdesak,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/janji-manis-ah-long-berlesen-1.556537#.V7-un4YLf9o



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Thursday, August 25, 2016

3023) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM ACP SHAFIEN BIN MAMAT DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH SHAH ALAM - 24/8/16


 Dato' Nadzim Johan, Afif Johor dan Imran Yusof mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama dengan pengadu iaitu En Arman Putera dan En Sahid telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Bin Mamat di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kes yang melibatkan kes syarikat Ahlong yang  berjaya melelong bangunan di seksyen 15 Shah Alam. Hasil pertemuan tersebut mengesahkan bahawa lelongan tersebut tidak shah kerana masih dalam siasatan polis dan pihak polis telah membuka fail kes Ahlong untuk syarikat Contrarian ini.





3022) KES SATU JUTA YANG BERJAYA DISELESAIKAN OLEH UNIT BANTERAS CETI HARAM PPIM - 24/8/16

dari kiri mangsa Ahlong bersama boss besar Ahlong sambil diperhatikan oleh pegawai Unit Banteras Ceti Haram. Ahlong tersebut telah memulangkan semula wang pengadu sebanyak RM30,000









3021) PERBANKAN ISLAM MUDAH BANKRAPKAN PEMINJAM? – UTUSAN MALAYSIA – 25/8/16


utusan malaysia (25.8.16)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Wednesday, August 24, 2016

3020) SALAH KITA SENDIRI : PPIM – SINAR HARIAN – 23/8/16


sinar (salah kita sendiri)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3019) PPW BERTINDAK TAK UBAH SEPERTI AHLONG – HARIAN METRO – 24/8/16


metro (PPW bertindak tak ubah mcm ahlong)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3018) PEMAJU, PBT PERLU DENGAR PANDANGAN PENDUDUK – BERITA HARIAN – 24/8/16


BH (PBT)
“Semua ini patut ada kira-kira (kajian), barulah PBT boleh beri kelulusan membangunkan apa juga projek. Cadangan tempat letak kereta bertingkat bukan penyelesaian terbaik,” kata Datuk Nadzim Johan.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3017) RELEVAN SITUASI SEMASA : FOMCA – BERITA HARIAN – 24/8/16


BH (FOMCA)



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3016) MESYUARAT UMMAT, RU AKTA 355 BERSAMA MENTERI, DATO’ SERI JAMIL KHIR – 23/8/16

bf4f9c6e-b27f-4e0b-8729-76120d348bc6

557e26ff-e871-4044-b8bc-bd16c8d5e1d9
Membincangkan berkenaan langkah dan kaedah untuk memberi penerangan kepada rakyat berkenaan kebaikkan dan keadaan sebenar Undang-Undang Syariah

5b5b571c-ce8d-4174-8f30-9a5c909d63c6

31e345da-ea13-462f-8222-08c29e13cd7f

2455d2d0-f1e1-4902-b90f-d86d538444b2

dc8fe0d8-cd88-4810-b347-4174a80eace6



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3015) MESYUARAT PELAN PERLAKSANAAN PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA MELALUI PERNIAGAAN TRAK MAKANAN WILAYAH (WILAYAH FOOD TRUCK) – 24/8/16

23ecb657-1790-4268-b773-b832c2b291ea
Mesyuarat Pelan Perlaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera melalui Perniagaan Trak Makanan Wilayah (Wilayah Food Truck) bersama Datuk Seri Adnan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KSU) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya. Turut Hadir Pengerusi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia Saudara Yusuf Azmi.

2275fc0a-d5ff-4f99-af69-3df43859e721

4720b21d-2260-4ff4-9f45-3754cd420c9b



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Tuesday, August 23, 2016

3014) LOCAL EMERGENCY RESPONSE TEAMS A MUST AT WATERFALLS – FREE MALAYSIA TODAY – 23/8/16



PETALING JAYA: On Sunday, what was supposed to be a fun outing at a waterfall for two friends turned tragic when they slipped and fell 10 metres in Kuala Kubu Baru, 70km from here.

In the incident, Dayana Shafiqah Zainudin, 24, lost her life after she hit her head on a rock, while her friend, Aisyah Farina Zaidi, 24, landed in the water and broke her shoulder bone.

In Selangor alone, state Fire and Rescue Department Assistant Director (operations) Mohd Sani Harul told FMT the department sees at least one such incident every two months, with emergency services being summoned when people fall or drown.

Safety Activist Captain K Balasupramaniam believes that more can and should be done to address safety risks at waterfalls.

He said local councils and the Federal Village Security and Development Committees (JKKP) could form volunteer emergency response teams based at popular waterfalls, especially during peak periods, in case of emergencies.

Balasupramaniam, who is chairman of the Malaysian Volunteer Fire and Rescue Association (MVFRA), said that aside from emergencies, these volunteer teams could also focus on safety, health and environmental issues.

“They could look out for safety red flags, including slippery or dangerous parts of a trail or look out for trees which may be rotting and about to fall,” he said, adding they could also guide visitors along the more tricky parts of a trail.

He added that the teams could also look out for areas where safety improvements could be made, such as putting up warning signs and even carrying out minor enforcement work.

“There are many people who go to the waterfalls for a picnic and leave leftovers instead of disposing of them properly. This attracts pests, such as rats, and they bring about other health issues and diseases.”

Balasupramaniam said having such teams would also benefit the local communities.
“When people know that a popular waterfall has better safety and security, they will flock there as it helps provide some peace of mind. This brings economic benefits for the surrounding community.”

Consumer rights activist Nadzim Johan echoed similar sentiments, urging the authorities to develop guidelines for waterfalls and to equip popular waterfalls with facilities such as toilets and medical kits.

Nadzim, who is the lead activist of Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), said the authorities could also have some form of registry at all the popular waterfalls to keep track of who goes in and out so that everyone is accounted for at all times.

“Perhaps at popular waterfalls, where many people visit, the authorities can station one or two trained rangers to patrol and help in emergency situations.”

He said a shorter response time could be the difference between life and death in many cases.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/08/23/local-emergency-response-teams-a-must-at-waterfalls/


Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Monday, August 22, 2016

3013) CETI PERAS PEMINJAM GUNA SIJIL KELAHIRAN – HARIAN METRO – 21/8/16

Yana dan Linda membuat aduan kepada Yusuf di PPIM semala
Yana dan Linda membuat aduan kepada Yusuf di PPIM semalam

Kuala Lumpur: Ugut bunuh sudah, bermalam di rumah peminjam pun sudah, namun siapa sangka ceti haram boleh bertindak memaksa peminjam mencagarkan anak sendiri untuk mendapatkan wang mereka.

Dalam dua kes terbaru minggu ini, ceti berkenaan memaksa dua mangsa berasingan menyerahkan sijil kelahiran anak mereka sebagai cagaran sebelum meluluskan pinjaman tidak sampai RM3,000.

Mangsa pertama yang mahu dikenali sebagai Yana, 26, berkata, dia meminjam RM1,500 daripada ceti haram awal bulan lalu selepas menghadapi masalah dalam perniagaan.

Katanya, dia ditawarkan bayaran harian RM90 selama 20 hari dan bersetuju dengan terma berkenaan kerana begitu terdesak untuk mendapatkan duit.

“Selang enam hari, datang dua lelaki meminta bayaran berserta sijil kelahiran dua anak saya berusia tujuh dan sepuluh tahun sebagai cagaran.

“Bukan itu saja, yang paling menakutkan ialah mereka juga mengugut untuk mengambil anak saya sekiranya bayaran tidak dibuat dalam masa ditetapkan menyebabkan saya dan suami melaporkan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Ampang.

Seorang lagi mangsa, Linda, 28, berkata, dia juga berdepan situasi cemas apabila dipaksa seorang along untuk menyerahkan sijil kelahiran anaknya berusia dua tahun kerana gagal melunaskan pinjaman juga berjumlah RM1,500.

Katanya, dia bimbang kerana along berkenaan menggunakan dokumen terbabit sebagai cagaran dan meletakkan nyawa anaknya dalam bahaya.

Mereka berdua tampil meminta bantuan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi semalam kerana bimbangkan keselamatan keluarga khususnya anak-anak kerana sijil kelahiran berada di tangan pihak ketiga.

“Kami rasa tidak selamat, apatah lagi beberapa kes culik berlaku kebelakangan ini membabitkan kehilangan nyawa. Harap sangat PPIM dapat membantu.
“Sekarang nak duduk di rumah pun rasa tidak selamat, apatah lagi jika keluar bekerja. Rasa seperti sentiasa diekori,” kata Linda.

Sementara itu Yusuf berkata, tindakan syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang melampaui batas dengan melakukan beberapa tindakan ugutan dan mengenakan syarat kepada peminjam untuk menyerahkan sijil kelahiran anak kepada pihak mereka amat dikesali.

Katanya, syarikat PPW ini berdaftar serta mendapat lesen daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT) untuk beroperasi namun menjalankan operasi mereka secara tidak sah dan tidak mengikut garis panduan disediakan.

“PPIM menerima beberapa aduan yang sama daripada mangsa dan siasatan awal mendapati, ia adalah daripada along yang sama.

“Senarionya mudah, pinjam, gagal bayar kemudian terpaksa menanggung hutang kerana kadar faedah tinggi menyebabkan mangsa terus menanggung hutang yang semakin bertambah.

“Apabila gagal melunaskan kadar faedah yang tinggi, mangsa diugut bunuh serta diancam keselamatan keluarganya dengan ugutan bahawa anaknya akan diambil oleh along,” katanya.

Justeru katanya, PPIM dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan di dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) akan membawa isu berkenaan kepada menteri bertanggungjawab Tan Sri Noh Omar bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa ceti haram.

Orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan along boleh menghubungi hotline PPIM di 019-9130000 (24 jam).

http://ift.tt/2bb1FwS



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Friday, August 19, 2016

3012) MINUM PETANG DENGAN CEO KARANGKRAF, DATO’ HUSSAMUDDIN YAACUB BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM, DATUK NADZIM JOHAN – KARANGKRAF – 19/8/16

0e8d794c-64e8-4401-a0a8-576d2b20ac12

61ad41bc-9a82-4bff-b663-5f5d141b2210

b826aad9-f0e1-4850-a347-113bb3fe074e

c9a84a2f-4b5d-46ea-8012-83b18f27ec04

ccca68ab-f63d-42d8-a929-4e97d5392ce2

d472e1c3-24b0-4fab-bec9-6700ffba37e8



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3011) MESYUARAT GERAKKAN BANTERAS AKTIVITI HARAM (GBAH) BIL 2/2016

02e2db18-999f-4032-b451-102b2d82e79a
Mesyuarat Gerakkan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) Bil 2/2016 di sembang-sembang cafe tingkat 3 Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur.Mesyuarat membincangkan berkenaan perancangan dan strategi GBAH dalam menangani pelbagai aktiviti haram di Negara ini.

6e6ea356-7289-49f2-acd5-75203d6808c7

a7efafbd-8b3c-4f44-b3e8-d2ea4226152f

eca8615f-9d37-4c46-98ea-cd51874313fa



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...