Saturday, January 30, 2016

2531) PPIM - 30/1/16 - AKADEMI MUTAWWIF ANJURAN PPIM DENGAN KERJA SAMA TRULY HOLIDAY (M) SDN BHD



"KEMBARA UMRAH & ZIARAH 2016"


Dato' Jalaluddin Hassan turut menghadiri bagi menjayakan program ini







Ustaz Abdul Halim memerhati peserta-peserta yang hadir







Friday, January 29, 2016

2530) UTUSAN MALAYSIA - 29/1/16 - KSU TURUT SERTAI OPS BAH



2529) UTUSAN MALAYSIA - BENTUK JAWATANKUASA KHAS PEMANTAUAN RANCANGAN KHAS


"LANGKAH PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016"




2528) HARIAN METRO - 29/1/16 - AADK ZIARAH TENGAH MALAM


LAWATAN "AADK" TENGAH MALAM

44 penagih terperangkap dalam operasi bersepadu di Flat Desa Rejang



2527) HARIAN MERTO - 29/1/16 - KES DENGGI MENCANAK


KADAR KEMATIAN DENGGI

Jumlah kematian wabak denggi meningkat sehingga 23 kes sepanjang bulan pertama tahun ini

2526) HARIAN METRO - 29/1/16 - HANYA MITOS !



Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu.

Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan

Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.

“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.

“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada individu yang mengamalkan pemakanan daun itu.

Dr Krishnan mendakwa, daun betik tidak mempunyai khasiat selain berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

Selain itu, Dr Krishnan juga mendakwa, sistem imunisasi individu boleh terganggu sekiranya ia diamalkan.

Dr Hafizah berkata, bagi memastikan penyakit dapat diubati dengan cepat dan berkesan, pesakit sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.

Menurutnya, kebiasaannya pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah sekali gus menyebabkan badan kekurangan air.

“Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.

“Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Hafizah berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daun betik bukan penawar atau boleh mengubati denggi.
“Kajian yang dijalankan hanya menunjukkan ia (daun betik) membantu meningkatkan sel platelet,” katanya.

Thursday, January 28, 2016

2525) HARIAN METRO - 28/1/16 - DAUN BETIK LEBIH BAWA MUDARAT



Daun betik bukan penawar demam denggi, malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada yang mengamalkan pemakanan daun itu.

Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, kebanyakan pesakit demam denggi di negara ini diberikan daun betik kononnya boleh mengubati penyakit terbabit dengan lebih cepat dan berkesan.

Hakikatnya, mereka tidak mengetahui bahawa daun betik tiada khasiat, malah boleh menyebabkan pesakit menghidap pelbagai penyakit lain seterusnya berisiko maut.

“Saya sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

“Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu,” katanya ketika ditemui dalam sidang media, di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai perlu menitik berat mengenai pengambilan makanan yang berkhasiat dan memenuhi nutrisi badan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun ia adalah daripada turun temurun kerana kesannya boleh dilihat dalam jangka panjang apabila seseorang sentiasa sakit dan menghidap penyakit kronik,” katanya.


2524) BERITA HARIAN - 28/1/16 - PAKAR FARMASI DAKWA DAUN BETIK BERACUN


"KANDUNGAN DALAM DAUN BETIK SANGAT BAHAYA, TIDAK SESUAI JADI PENAWAR DENGGI"




2523) TV PPIM - 27/1/16 - "DENGGI" PPIM MINTA KERAJAAN IKTIRAF UBAT ALTERNATIF





2522) PPIM - 27/1/16 - OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM (OPS BAH) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SIRI 20


OPS BAH SIRI 20 (PPIM & DBKL)

Perbincangan diadakan di bilik mesyuarat sebelum memulakan operasi. Datuk Nadzim Johan, Datuk Seri Adnan, Tuan Haji Noor Azman dan badan kerajaan yang lain.






PPIM dapat menghidu kehadiran tonto sebelum memulakan operasi. Tonto-tonto ini berjaya ditangkap dengan bantuan pihak berkuasa.



"FLAT DESA REJANG, SRI RAMPAI"



Datuk Seri Adnan kiri memerhatikan beberapa penagih dadah yang berjaya ditangkap.



Sidang media diadakan di Flat Desa Rejang








"SERBUAN DI KELAB MALAM LIQIUD ROOM KL"












Tuesday, January 26, 2016

2519) PPIM - 26/1/16 - PROGRAM PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN TELAH DIADAKAN DI BALAI BOMBA JALAN HANG TUAH KUALA LUMPUR


PENGHARGAAN: DEMI KEBAIKKAN PENGGUNA DAN MASYARAKAT


Tetamu Kehormat YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye telah diberi penghormatan untuk menyampaikan sijil-sijil kepada penerima yang selama ini banyak memberi kerjasama erat bersama dengan Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat KL. 

YS Pengarah JBPM KL PKPjB Tuan Khirudin Bin Drahman @Hussaini mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada PPIM dan YPNM atas usaha dan kerjasama yang diberikan selama ini. 







Pihak PPIM dan YPNM adalah diantara penerima sijil penghargaan. Datuk Nadzim Johan (PPIM) dan Brig. Gen. Dato' Husainay Hashim (YPNM) telah sudi hadir dan menerima Sijil Penghargaan di upacara yang meriah ini. 


 









YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye dan Datuk Nadzim Johan


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...