Thursday, September 25, 2014

2105) Operasi : Serbuan Ke Pusat Judi Di Sekitar Kuala Lumpur

25/9/2014-Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyertai Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur siri 4 bermula jam 8.00 pagi yang telah dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan

Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM telah diketuai oleh Y Bhg Dato' Nadzim Johan. Agensi lain yang terlibat selain PPIM adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan beberapa agensi lain.

Antara kawasan yang terlibat adalah Pekan Sungai Besi, Bandar Tun Razak dan Cheras.
































Saturday, September 20, 2014

2104) AKTIVITI PPIM: Perjumpaan bersama Pengurusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD)

19 September, Kuala Lumpur- PPIM menerima kunjungan daripada  pengurusan SPAD yang diketuai oleh Encik Zamri B Mahmud, Ketua, Bahagian Pengangkutan  Awam Jalan Raya,SPAD untuk berbincang mengenai permasalahan melibatkan teksi seperti kadar tambang, TEKS1M, dan sebagainya. Turut hadir mewakili SPAD adalah Encik Zachary  Ismail B Zee Ismail, Ketua Khidmat Pelanggan SPAD dan Encik Nicholas Lee Khuen Fah,Pengurus Kanan Bahagian Projek Khas (Operasi).

Selain wakil PPIM, beberapa wakil Persatuan teksi juga turut bersama dalam perbincangan ini bagi mencari penyelesaian  bersama.

Diharapkan, kerjasama ini akan membawa manfaat kepada semua pihak terutamanya pengguna.

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...