Thursday, September 27, 2012

626) BERITA PPIM : Sidang Media Halfest 2012

                                                                                                                   




                                                   







Wednesday, September 19, 2012

624) RENUNGAN DI SYRIA



Dugaan yang sangat besar dan berat yang ALLAH lemparkan kepada seorang suami dari Syria .. ALLAH begitu sayang pada mereka.. 

Tuesday, September 18, 2012

623) BERITA PPIM : Setia Brothers keluar pil susu kuda liar


Headline: Setia Brothers keluar pil susu kuda liar
Publication: BH
Date of publication: Sep 10, 2012
Section heading: Bisnes
Page number: 006
Byline / Author: Oleh Anwar Hussin

Kota Bharu: Keajaiban susu kuda liar yang menyelamatkan nyawa saudaranya daripada penyakit kanser, membuatkan seorang bekas pegawai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, tidak menoleh ke belakang lagi untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan produk itu.

Bekas Asisten Superintendan, Nek Abd Rahman Salleh, 56, yang juga dikenali sebagai `Lelaki Koboi' kerana imejnya yang sentiasa bertopi koboi dan berseluar jeans berkata, ketaksubannya terhadap kuda juga menyebabkan menternak sejumlah kuda liar di sebuah pulau di luar negara.

"Apabila saudara saya sembuh daripada penyakit kanser selepas minum susu kuda liar, minat saya terhadap kuda semakin bertambah.

Perniagaan berasas susu

"Saya dan isteri, Norhayati A Rahim, menceburi bidang perniagaan berasaskan susu kuda liar pada 1996. Kami menternak sejumlah kuda liar di sebuah pulau di luar negara bagi tujuan mendapatkan susunya sebelum dijadikan makanan tambahan dalam bentuk kapsul yang dinamakan sebagai Niemans Feramilch Capsule," katanya ketika ditemui BH di Kota Bharu, barubaru ini.

Produk berkenaan yang disifatkan alternatif kepada perubatan moden selepas diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.

Terima Pengiktirafan

Menceritakan mengenai kejayaannya mengorak langkah dalam bidang bioteknologi sejak 16 tahun lalu itu, Nek Abd Rahman yang juga Pengasas dan Penasihat Setia Brothers Sdn Bhd manakala isterinya, Norhayati, sebagai Pengarah Urusan, menegaskan individu yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburinya perlu berfikir 'di luar kotak' dan mempunyai pengurusan masa yang strategik.

Beliau yang juga penerima Anugerah Inovasi Pusat Kecemerlangan Oxford (OXCELL), United Kingdom, pada tahun lalu, berkata, Niemans Feramilch sudah mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nek Man juga minat mendalam terhadap aktiviti sukan berkuda, juga menjalankan aktiviti berkaitan ekuin di Taman Pameran Pertanian Serdang (MAEPS) dengan mengadakan modul ekuin kepada mereka yang minat.

Sementara itu, Ketua Laboratori Penyelidikan Kanser UPMMAKNA, Institut Biosains, UPM, Prof Dr Rozita Rosli mengesahkan UPM menjalankan kajian saintifik terhadap susu kuda liar pada 1997.

"Ketika itu, tiada kajian saintifik lain dilakukan terhadap kesan susu kuda kepada pesakit kanser dan UPM adalah perintisnya.

"Hasil kajian UPM mendapati perbandingan membabitkan empat jenis susu iaitu susu kuda liar, susu lembu, susu kambing dan susu manusia, membuktikan susu kuda liar adalah susu paling menyamai susu manusia dan mempunyai ciri penyembuhan terhadap penyakit tertentu.

"Fokus utama kajian adalah terhadap mekanisme tindak balas susu kuda baka Niemans bagi sel kanser iaitu dua jenis penyakit leukemia dan seterusnya terhadap empat jenis sel kanser iaitu kanser serviks, kanser ovari, kanser payu dara dan kanser usus.

"Dalam kajian in-vitro yang dilakukan di makmal terhadap sel leukemia dari manusia, antara 50 hingga 60 peratus pengurangan dapat dilihat dari segi jumlah kematian sel kanser," katanya.


Thursday, September 13, 2012

622) EMEL PILIHAN : ISU METER HARAM : 30 TAHUN TIDAK DISEMAK KETEPATAN METER ELEKTRIK, AIR DAN TELEFON DI BAWAH AKTA 71 UNDANG-UNDANG MALAYSIA









ISU METER HARAM : 30 TAHUN TIDAK DISEMAK KETEPATAN METER ELEKTRIK, AIR DAN TELEFON DI BAWAH AKTA 71 UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Assalamualaikum,

Rakyat telah bangkit menyuarakan isu Meter Haram kerana meter air, elektrik dan telefon yang diguna untuk mentarif bil bulanan sebenarnya tidak disemak ketepatannya selama 30 tahun !

 ISMAIL SABRI KESAL ?

Desas-desus kata DS Ismail Sabri berasa kesal kerana cadangan KPDNKK mahu melaksanakannya dibangkang oleh Peguam Negara, KPKK dan KeTTHA.

Rakyat telah bangkit menentang kekangan yang dirancang oleh AG, KPKK dan KeTTHA kerana ada kemungkinan wujudnya unsur-unsur mempertahankan hak syarikat-syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan air, elektrik dan telefon.

Mereka merasakan ramai pegawai telah dibeli 'murah' oleh syarikat-syarikat swasta sehingga memperlekehkan hak pengguna serta Rakyat Malaysia.

Ini ternyata bercanggah dengan amanat YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib dalam perhimpunan bulanan lalu di mana beliau merayu agar kerajaan memahami tidak ada gunanya kerajaan berjaya dalam sesuatu perkara tanpa memberi keutamaan kepada rakyat. Rakyat perlu benar-benar berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.


INI BERBEZA DENGAN GST !

Berbeza dengan GST, Akta 71 Timbang Sukat (Weights & Measure) adalah akta lama dan telah diluluskan oleh Parliament lebih 40 tahun. Tambahan pula, kos untuk menyemak ketepatan meter adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat-syarikat prasarana air, elektrik dan telefon. Mereka telah sedia maklum mengenai perkara ini kerana Malaysia antara satu-satunya negara bersama negara Asia Tenggara yang lain belum melaksanakannya. Ini adalah masa bagi kita benar-benar melaugkan keseriusan kita untuk menjadi negara bertamadun.


PDRM PUN KALAH DI MAHKAMAH ?

Yang memaksa kita untuk mempercepatkan proses pelaksaannya ialah kerana dalam beberapa kes terkini, PDRM juga telah dikalahkan apabila rakyat yang disaman kerana memandu laju dan memandu mabuk membawa kes ke mahkamah. Alasannya ialah, mesin untuk menyukat kelajuan dan menyemak nafas yang berbau arak itu tidak disemak ketepatannya.  Harapnya, tidak ada mogok rakyat besar-besaran untuk tidak membayar bil air, elektrik dan air dan mencabar syarikat-syarikat prasarana di mahkamah.


NGO-MEDIA PATUT BERGABUNG !

Saya memohon agar media bergabung tenaga memastikan isu Meter Haram yang dibawa oleh beberapa NGO berpengaruh mendapat perhatian kerajaan sebelum ianya dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

Niat beberapa NGO seperti Persatuan Penggunan Islam (PPIM), Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin (PERKOM), Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Kuala Lumpur & Selangor dan puluhan lagi NGO lain jelas menuntut agar kuasa untuk menyemak ketepatan meter dikembalikan kepada Menteri KPDNKK bagi mempertahankan hak PENGGUNA bukan OPERATOR.

Yang paling dirisaukan ialah, ada beberapa pihak yang ingin menabur api dalam bara dengan menuntut RM100 bagi tahun-tahun di mana meter air, elektrik dan telefon tidak disemak ketepatannya. Jika ini berlaku, maka ada kemungkinan bangkruplah TNB, Telekom, CELCOM, MAXIS, DIGI, SYBAS, SAJ dan sebagainya sekali gus ramai anak-anak Melayu yang terheret di'penganggur'kan !

Wassalam.

Rujukan dari Malay Mail: 

Wednesday, September 12, 2012

621) BERITA PILIHAN :BAYI BERUSIA 6 BULAN KE BAWAH AKAN OBES SEKIRANYA DI BERIKAN ANTIBIOTIK




CHICAGO: Bayi yang diberi antibiotik sebelum mereka berusia enam bulan dilaporkan boleh membawa kepada kegemukan apabila mereka menjadi kanak-kanak, menurut satu kajian yang disiarkan semalam.

Kita biasanya menyifatkan obesiti satu permasalahan serius disebabkan diet yang tidak menentu dan kurang senaman, tetapi kajian menunjukkan faktor penyumbang lebih daripada perkara itu saja, kata penulis bersama kajian itu dari Sekolah Perubatan Universiti New York, Leonardo Trasande.

Mikrob dalam usus kita memainkan peranan dalam bagaimana kita menyerap kalori dan pendedahan kepada antibiotik terutama ketika awal kehidupan boleh membunuh bakteria sihat yang mempengaruhi bagaimana kita menyerap khasiat dalam tubuh, katanya.

Kajian berkenaan memberi amaran terhadap bahaya antibiotik terutama kepada kanak-kanak.

Kajian awal itu mengaitkan perubahan berjuta-juta mikrob dalam tubuh hingga mencapai trilion sel disebabkan obesiti, penyakit usus, asma dan keadaan lain. Bagaimanapun bukti kukuh belum ditemui.

Ini adalah kajian pertama menganalisis hubungan antara penggunaan antibiotik dan jisim tubuh bermula daripada peringkat selepas kelahiran bayi.
Penyelidikan menilai penggunaan antibiotik di kalangan 11,532 kanak-kanak dilahirkan di wilayah Avon, Britain pada 1991 dan 1992 terbabit dalam kajian jangka panjang membabitkan kesihatan dan pembesaran mereka. AFP

620) EMEL PILIHAN-Tahajjud Pengubat Kanser


Tahajjud Pengubat Kanser

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil peneliian Dr. Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? "Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser", ucap soleh. Ayah dua anak itu bukan "tukang obat" jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam desertasinya yang bejudul "Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi". Dengan desertasi itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi posetif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.

Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai miseri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, bisa di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya". Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.

Soleh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya . Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondsi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. "Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees," Nah, menurut Soleh, orang yang strees(tekanan) itu biasanya retan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik
"Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah": (Al-Kautsar: 2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?"

Anda ingin beramal soleh....? Kirimkan teks ini kepada rakan-rakan atau saudara muslim yang lainnya yang anda kenali"   Wasalam.....

Lagi rujukan dan bahan bacaan/ilmu tentang solat tahajud


Tuesday, September 4, 2012

619) EMEL PILIHAN-The Cobbler's Hajj



It is related that a noted Muslim scholar Abdullah bin Mubarak, had a dream while he was sleeping near the Kaaba.

Abdullah bin Mubarak saw two angels' descend from the sky, and start talking to each other.

One of the angels asked the other: "Do you know how many people have come for Hajj this year?"

The other angel replied: "Six hundred thousand have come for Hajj."

Abdullah bin Mubarak had also gone for Hajj that year.

The first angel asked: "How many people's Hajj has been accepted?"

The second replied: "I wonder if anyone's Hajj has been accepted at all."

Abdullah bin Mubarak was grieved to hear that. He thought, "So many people have come from all over the world, crossing so many obstacles like rivers, jungles, mountains, suffered so many hardships, and meeting so many expenses. Would their effort be wasted? Allah does not let anyone's effort go to waste".

He had thought only so far when he heard the other angel speak: "There is a cobbler in Damascus. His name is Ali bin al-Mufiq. He could not come for Hajj, but Allah  has accepted his intention of Hajj. Not only will he get the reward for Hajj, but because of him, all the Hajjis will be rewarded.

When Abdullah bin Mubarak woke up, he decided he would go to Damascus and meet that cobbler whose Hajj intentions carried such a lot of weight.

On reaching Damascus, Abdullah bin Mubarak inquired if anyone knew a cobbler named Ali bin al-Mufiq. The town people directed him to a house. When a man appeared from the house Abdullah bin Mubarak greeted him and asked his name. The man replied "Ali bin al-Mufiq".

Abdullah bin Mubarak asked: "What do you do for a living?"

Ali replied: "I am a cobbler". Then Ali asked the stranger's name that had come looking for him.

Abdullah bin Mubarak was a very well-known scholar of Islam, when Abdullah bin Mubarak introduced himself, the cobbler was anxious to find out why such a well known scholar was seeking him out.

When Abdullah bin Mubarak asked Ali to tell him if he had made any plans to go for Hajj. Ali replied "For thirty years I have lived in the hope of performing the Hajj. This year I had saved enough to go for Hajj, but Allah  did not will it, so I couldn't make my intention translate into action.

Abdullah bin Mubarak was eager to find out how could this man's Hajj be accepted and blessed for all the people who went for Hajj that year when he didn't go for Hajj in the first place. While talking to the cobbler he could feel a certain purity in his heart. Islam regards greatness not in wealth or in power, but in civility, in good manners and the goodness of heart.

Abdullah bin Mubarak further asked: "why could you not go on Hajj?". In order not to disclose the reason, Ali again replied "it was Allah's will".

When Abdullah bin Mubarak persisted, Ali revealed: "Once I went to see my neighbor's house. His family was just sitting down for dinner. Although I was not hungry I thought my neighbor would invite me to sit down for dinner out of courtesy but I could see that my neighbor was grieved about something and wanted to avoid inviting me for dinner.

After some hesitation the neighbor told me: "I am sorry I cannot invite you for food. We were without food for three days and I could not bear to see the pain of hunger of my children. I went out looking for food today and found a dead donkey. In my desperation I cut out some meat from the dead animal, and brought it home so that my wife could cook this meat. It is halal (lawful or permitted) for us because of our extreme condition of hunger, but I cannot offer it to you."

Ali continued: "On hearing this, my heart bled with tears. I got up and went home, collected the three thousand dinars I had saved for Hajj, and gave my neighbor the money. I too had to go hungry but that was to save money for Hajj, but I thought helping my neighbor during his difficult times was more important. Although I still desire to go for Hajj if Allah wills."

Abdullah bin Mubarak was greatly inspired by the cobbler's story and told the cobbler of his dream.

God is merciful and shows mercy to those who do likewise to his creatures. This act of compassion on the part of the cobbler was so pleasing to God that it not only earned him the reward of Hajj but was extended to all the people who came for Hajj.

Hajj is a journey that can ignite the soul to be reminded of the time it was created and takes it beyond the dimensions of this life to the time it will meet the creator.

The sincere performance of Hajj can transcend a person's day to day life into a spiritual awakening of the highest magnitude. A successful Hajj experience connects us to our creator and the greater compassion of humanity.

618) THE EVIL SIDE OF INSTANT NOODLES - WATCH OUT


GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...