Saturday, February 25, 2012

BERITA PPIM : Kejutan Bankrap Bagi Pembeli Rumah Terbengkalai

Kejutan Bankrap Bagi Pembeli Rumah Terbengkalai

Oleh Hazlinda Hamzah

PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) -- Lebih 50 pembeli rumah bersama anggota keluarga dan rakan-rakan berkumpul di luar pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Parcel D, Putrajaya baru-baru ini.

Mereka adalah antara ramai pembeli pangsapuri projek Yamin Estate yang terbengkalai di Pulau Indah, Klang, yang pada Januari menerima notis mengisytiharkan mereka muflis bagi pinjaman yang diambil untuk membeli pangsapuri berkenaan.

Masalah mereka tidak banyak berbeza daripada masalah pembeli rumah terbengkalai lain di negara ini di mana pemaju menghilangkan diri meninggalkan pembeli sehelai sepinggang.
Tetapi kali ini kebanyakan pembeli dibebani hutang besar yang mereka dakwa berpunca kerana kecuaian pihak pembiaya.

Pembeli menganggap mereka teraniaya dan berkata bank-bank yang harus dipersalahkan kerana mengeluarkan bayaran berperingkat tanpa mengesahkan kemajuan pembinaan.
Mereka juga mendakwa terdapat pakatan tidak rasmi antara bank dan pemaju yang menyebabkan pembeli teraniaya dan mahu SPRM menyiasat elemen komplot dan salahguna kuasa.

DILEMA

"Saya baru-baru ini menerima notis mengisytiharkan saya muflis. Saya tidak mahu meneruskan dengan bayaran bulanan kepada bank. Mengapa saya perlu bayar? Rumah belum siap, dan nampaknya tidak akan siap," kata seorang pembeli kurang bernasib baik, Mohd Zulfatah Omar, 44 tahun.
Walaupun hanya RM41,000 dikeluarkan kepada pemaju berdasarkan kepada tuntutan bayaran berperingkat tetapi selepas 11 tahun hutang beliau tidak berkurang malah meningkat kepada RM47,000!
"Rumah belum nampak sehingga hari ini, yang tinggal hanya cerucuk dan strukur bangunan. Macam mana saya mahu bayar bagi sesuatu yang tidak wujud? Bank tidak boleh keluarkan bayaran tanpa memeriksa tapak untuk mengesahkan kemajuan binaan?" sambung pekerja kilang yang jelas kecewa ini.
Mohd Zulfatah adalah antara lebih 2,000 pembeli pangsapuri kos sederhana di projek pembangunan Yamin Estate di Pulau Indah di Klang yang menandatangani perjanjian jual beli (S&P) pada awal 2000 bersama pemaju yang kini telah gulung tikar dan dijanji akan menerima kunci berperingkat-peringkat antara 2002 dan 2004.

Projek pembangunan lima fasa ini terdiri daripada pangsapuri - Bahtera Apartments, Yamin Heights, Yamin Towers, Indah Heights dan Mutiara Heights.
Zulfatah bukan sahaja berputih mata dengan rumah impaiannya yang tidak siap tetapi kini berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu kerana diisytharkan bankrap pada bulan lepas.

ADA UDANG DI SEBALIK BATU

Zulfatah adalah antara lebih 2,000 pembeli yang percaya telah diperdayakan oleh pemaju dan institusi kewangan.
Sebelum ke SPRM, mereka mengadu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menasihatkan mereka supaya mengajukan masalah itu kepada pihak berkuasa.
"Berapa lama saya dapat tahan dengan masalah ini? Terus bayar untuk rumah yang saya dan keluarga tidak akan pindah masuk? Saya memeterai S&P pada April 2002. Di bawah perjanjian itu pangsapuri itu sepatutnya siap dalam tempoh 24 bulan. Ansuran bulanan saya bagi dua tahun pertama adalah RM270," kata Mohd Nizam berusia 43 tahun kepada Bernama.

Pinjaman yang diambil oleh Nizam berjumlah RM92,000 termasuk insurans dan jumlah itu telah diserahkan sepenuhnya kepada pemaju oleh bank, walaupun tiada kemajuan dalam binaan. Bank itu kemudian menuntut Nizam membayar ansuran penuh sebanyak RM649 setiap bulan.
"Saya berunding dengan bank. Bayaran ansuran dikurangkan kepada RM200 sebulan bagi dua tahun lagi dan kemudian kami berunding lagi. Saya kemudian tidak mahu membayar RM50 pun sebulan. Buat apa bayar untuk rumah yang nampaknya tidak akan siap sampai bila-bila," jelas Nizam sambil diperhatikan oleh isteri Nuzatulshimah Masikan, 40, dan dua anak mereka.

Nizam yang juga menerima notis bankrap menunjukkan bahawa baki hutang pinjaman meningkat kepada RM191,000.
Nuzatulshimah mengeluh; "Saya hanya suri rumah dan kami mempunyai dua anak yang masing-masing berusia 13 dan 17 tahun. Anak kami perlu melanjutkan pengajian dan kami kemungkinan perlu mendapatkan pinjaman pengajian bagi mereka."
Beliau kini bimbang akan masa depan kewangan keluarga memandangkan suaminya disenarai hitam oleh institusi-institusi kewangan kerana status bankrapnya.
Nizam, bagaimanapun, berjaya membeli sebuah lagi kediaman tiga tahun yang lepas dan beliau sekeluarga kini mendiaminya.

NORAZAH TIDAK DAPAT TIDUR

Seorang kakitangan sektor swasta, Norazah Sajidin, 48, turut berada di pejabat SPRM untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya.
Beliau sehinggakan tidak dapat tidur lena sejak menandatangani S&P bersama pemaju.

"Saya mengeluaran RM15,000 daripada simpanan KWSP. Bank pula keluarkan RM65,000 daripada jumlah pinjaman kepada pemaju tidak bertanggungjawab itu. Saya masih meneruskan dengan ansuran bulanan. Sebelum ini saya membayar RM300 setiap bulan, tetapi sekarang mereka membenarkan saya membayar RM50 sebulan. Ini membolehkan saya mengelak daripada disenarai hitam oleh institusi kewangan," jelas Norazah.
Oleh kerana pengalaman pahit itu, Norazah tidak pernah memikirkan semula untuk membeli sebuah lagi rumah. Beliau kini mendiami rumah yang dibina di atas tapak tanah bapanya.
"Saya tidak lagi akan membeli rumah. Pengalaman ini menyebabkan saya berasa was-was dengan pemaju. Saya mahu melepaskan diri daripada hutang ini dan mahu dapatkan balik kesemua wang saya," katanya dan menambah kata yang beliau juga tidak mahu meneruskan dengan bayaran bagi rumah yang tidak akan siap sampai bila-bila pun.

ANGKARA PEMAJU PERUMAHAN

Pengerusi Jawatankuasa Pembeli Bahtera Apartmen Anuar Ibrahim menunjukkan dokumen yang diperoleh daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mengesahkan bahawa pemaju di Pulau Indah tidak pernah mengemukakan pelan binaan untuk mendapatkan kelulusan.

"Sebenarnya, tiada pelan yang dikemukakan oleh pemaju kepada MPK. Lagipun , status tanah masih belum ditukar daripada status asalnya sebagai tanah pertanian kepada tanah kediaman.
"Arkitek bagi projek ini juga berundur pada 2001, iaitu semasa permulaan projek perumahan ini. Selain daripada itu tiada permohonan kemudahan bagi projek itu pernah didaftar atau dikemukakan," jelas Anuar dalam nada kecewa.

Sementara pembeli rumah harus sedar akan tanggungjawab mereka untuk membayar balik pinjaman, bank-bank pula perlu bertanggungjawab bagi semua pinjaman yang dikeluarkannya.
Adalah tidak wajar bank-bank mengeluarkan bayaran kepada pemaju yang membuat tuntutan palsu berkaitan kemajuan binaan projek masing-masing.

Pihak pembeli kini mahu SPRM menyiasat pihak-pihak terbabit dan menamatkan masalah pembeli yang telah lama berlarutan ini dan bebaskan mereka daripada hutang pinjaman.

-- BERNAMA

Saturday, February 18, 2012

BERITA PILIHAN DARI MYNEWSHUB: PPIM Bidas Bank Jual Nama ‘ Perbankan Islam’ Untuk Kaut Untung!




KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membidas bank-bank yang menggunakan nama ‘Islam’ dalam usaha untuk mempromosi dan menjual produk kewangan masing-masing sedangkan hakikatnya mereka masih menindas serta menggunakan kaedah yang bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, PPIM mendesak agar panel pelaburan syariah bank-bank dirombak dan digantikan dengan panel yang lebih bebas bagi mengelakkan berlakunya konflik berkepentingan atau ‘conflict of interest’.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abd Razak berkata, penggunaan nama ‘Perbankan Islam’ selama ini telah disalah guna, diperguna dan disalah tafsir oleh bank-bank untuk mengaut keuntungan melampau.

Ini, katanya, menghakis kepercayaan pengguna sekaligus memberi gambaran negatif terhadap agama suci itu sendiri.

” Masa nak beri pinjaman bukan main lagi guna cara Islam seperti akad dan sebagainya tetapi bila nak kutip hutang, tiba-tiba mereka guna cara konvensional, tekan pengguna, kenakan caj yang melampau-lampau hingga tak masuk dek akal.

” Lebih malang lagi kerana mereka yang duduk dalam panel pelaburan syariah bank-bank itu seolah-olah berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa mengenainya, justeru ia mesti dirombak.

” Kesimpulannya, kami istilahkan bank-bank ini cuba mendapatkan untung melalui ‘backdoor’ riba,  kami dah dapat banyak aduan mengenainya, sehubungan itu Bank Negara diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan mengenai perkara yang cukup menyedihkan ini,” kata Tunku Azwil dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk rekod, Perbankan Islam adalah satu sistem perbankan berlandaskan lunas dan prinsip Syariah dan didukung oleh sistem ekonomi Islam.

Ia mengharamkan pengambilan riba’ (mengumpul dan memberi faedah), pengenaaan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman dan perniagaan yang tidak halal di sisi Islam.

Mynewshub.my difahamkan, kaedah perbankan Islam kini semakin berkembang sebagai tren terkini senario perbankan global.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil meminta bank-bank yang melaksanakan kaedah Perbankan Islam ini agar menekankan prinsip utama agama suci itu dalam semua urusan muamalatnya.

” Mereka (bank) tidak boleh terlalu menekan pelanggan masing-masing, tidak mengambil keuntungan melampau, tidak mengambil keuntungan melalui manipulasi dan mengamalkan kezaliman,” katanya.
Yang lebih penting, tegas Tunku Azwil, bank hendaklah membantu mereka yang sudah, tertindas atau berhutang kerana sudah menjadi prinsip Islam membantu orang yang menanggung hutang. – Oleh SYAHRIL A. KADIR/ Foto MOHD. YUMNI HARUN (Mynewshub.my)

Sumber:
http://mynewshub.my/2012/02/17/ppim-bidas-bank-jual-nama-perbankan-islam-untuk-kaut-untung/


Lain-lain rujukan:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive


http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=646338

BERITA PPIM : UNIVERSITI MAKAN RIBA?

Saturday, February 11, 2012

Thursday, February 9, 2012

BERITA:PENYERAHAN PENCALONAN ANUGERAH KAMBING KEPADA HONG LEONG CREDIT CARD CENTER


pencalonan
ANUGERAH KAMBING
( Pertama kali di dunia )

1.
Sebagai manusia, sebagai pengguna, sebagai pembayar cukai, sebagai rakyat Malaysia, kita berusaha dan mengharapkan agar memperolehi barangan atau perkhidmatan yang terbaik.
2.
Namun demikian, sering kali perkhidmatan dan barangan yang diterima amatlah mengecewakan, di bawah piawaian yang boleh diterima disebabkan kecuaian, tiada dedikasi,tiada kesungguhan, tiada fokus.
Arkitek tidak merekabentuk bangunan dengan baik, kontraktor menyiapkan kerja sambil lewa, pemandu tidak berhati-hati, pemeriksa tidak memeriksa dengan tekun, pengurus tidak mengurus dengan baik sehinggakan kualiti perkhidmatan yang diberikan terpaksa diberikan berkali-kali, terpaksa diperbetul, diperbaiki…
Pegawai bank tidak menyelia pembiayaan dengan baik, tiada memberi perkhidmatan setanding dengan nama dan imej bank.
3.
Perkara yang dapat dilakukan dalam masa satu jam mengambil masa sehingga 10 hari. Perkara asas diambil mudah dan terpaksa diulang berkali-kali. Perkhidmatan dan barangan yang diberikan tidak cukup mutunya menyebabkan kerugian, kematian, kecacatan, kebakaran, kerosakan, kesusahan, kesukaran, ketidakselesaan dan kesengsaraan..
4.
Maka dengan ini mereka yang terlibat perlu diberi anugerah atas pencapaian rendah mereka sebagai peringatan dan sebagai petanda bahawa pengguna mahukan perkhidmatan terbaik, setimpal dan standing dengan nilai yang dibelanjakan.
Mulai hari ini satu pasukan pemantau pengguna telah dibentuk bagi memantau perkhidmatan atau produk dan akan mula menerima pencalonan dari para pengguna yang jelak dengan kualiti jelik yang diterima masyarakat. Mereka akan mencalonki memantau mana-mana organisasi yang gagal menepati mutu perkhidmatan aan anugerah kambing kepada Sekretariat Anugerah Kambing di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Walau bagaimanapun, pencalonan ini boleh dibantah.
5.
Pada hari ini Anugerah Kambing telah dicalonkan oleh para pelanggan kad kredit Hong Leong Bank yang didakwa cuai dalam meluluskan transaksi melibatkan jumlah puluhan juta ringgit melibatkan sindiket “Mat Kiosk” dan “Water Drops” dan lain-lain. Atas “kecuaian” itu mereka kini menghadapi  pelbagai masalah kewangan dan tindakan mahkamah.
6.
Mereka mahukan masalah ini disiasat segera oleh pihak atasan Hong Leong Bank dan Bank Negara Malaysia bagi mendapat keadilan.
7.
Walau bagaimanapun, pencalonan ini boleh dibantah. Sekian [END]


Wednesday, February 8, 2012

BERITA: HARIAN METRO 080212 - PROFESOR AUTA




KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan temberang dan dakwaan konon dirinya saintis dalam bidang perubatan menggunakan teknologi nuklear, seorang lelaki licik memperdaya beberapa pengusaha produk kosmetik untuk mendapatkan keuntungan.

Selain mendakwa dia saintis berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lelaki itu juga memberitahu di dalam tubuhnya tertanam cip khas menyebabkan dia sentiasa menjadi buruan banyak pihak yang ingin menggunakan kepakarannya.


Berbekalkan semua dakwaan palsu itu, lelaki terbabit yang berusia 60 tahun meyakinkan mangsa untuk membeli secara pukal produk kosmetik yang kononnya dihasilkan daripada formula istimewa ciptaannya.


Akibatnya, seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia kerugian RM300,000 selepas bersetuju membeli produk daripada lelaki terbabit yang mereka gelar Profesor B.


ULASAN LANJUT


SUMBER: http://www.hmetro.com.my/articles/2012020801571920120208015719/Article

BERITA : MUKA HADAPAN UTUSAN MALAYSIA 080212 : WUJUD AKTA KHAS IKLAN







Wujud akta khas iklan


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kerajaan digesa mewujudkan akta yang mewajibkan setiap iklan terutama berkaitan produk makanan dan minuman supaya mempamerkan logo halal.

Desakan itu dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berikutan lambakan produk yang diiklankan terutama menerusi kaca televisyen ketika ini tidak diketahui statusnya.

Apa yang membimbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit adalah sikap pengguna di negara ini yang disifatkan sebagai belum cukup 'bijak' untuk menilai sesuatu produk itu sendiri.

Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, hanya tindakan penguatkuasaan mampu memastikan semua pihak terbabit dalam menerbit atau menyiarkan iklan lebih peka terhadap sensitiviti pengguna Islam.

"Industri halal yang mendapat pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), perlulah mempamerkan logo halal pada setiap iklan yang disiarkan di media massa.

"Bagi produk makanan yang tidak mempunyai logo halal pula, kenyataan seperti 'produk ini tidak mempunyai pengesahan halal daripada Jakim' perlu dinyatakan dengan jelas," katanya berhubung aspek utama yang perlu dimasukkan di dalam akta khas tersebut.

Mustaffa yang ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini berkata, adalah penting untuk kerajaan menggubal akta khas itu bagi memastikan pemain industri yang memandang ringan perkara tersebut dikenakan hukuman setimpal.

"Mengambil contoh satu produk minyak sapi QBB Pure Ghee yang ditarik balik pensijilan halal pada 2010, namun ia terus diiklankan di kaca televisyen tanpa disedari pengguna tentang status produk tersebut pada masa itu.

"Hal sebegini terjadi kerana tiada pemantauan pihak kerajaan serta tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap syarikat mengiklankan produk itu," katanya.

Memandang serius perkara tersebut, PPIM kata Mustaffa, telah menghantar cadangan kepada Jawatankuasa Pemantau Iklan yang terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memastikan gesaan tersebut diketahui di peringkat akar umbi.

Pada masa sama, katanya, PPIM berharap Kementerian Dalam Negeri dapat melibatkan persatuan pengguna sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Penapisan Filem bagi melakukan pemantauan dengan lebih tegas untuk memastikan tiada lagi iklan mengelirukan terutamanya berkaitan dengan produk makanan.

Sementara itu, menurut Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman, penggubalan akta khas penting berikutan pada masa ini, syarikat pengiklan hanya terikat dengan Kod Amalan Periklanan Malaysia sahaja.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada syarikat melanggar kod tersebut kerana ia hanyalah garis panduan untuk pengiklan, agensi pengiklanan dan media semata-mata.

Kata Mohd. Yusof, pengiklan yang tidak bertanggungjawab dengan mudah akan memperdayakan pengguna.

"Sekiranya terdapat iklan menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini contohnya, hanya agensi media menyiarkan iklan tersebut dikenakan tindakan.

"Sebaliknya, pengiklan dan agensi pengiklanan terbabit terlepas begitu sahaja. Sehubungan itu, FOMCA berharap hukuman lebih menyeluruh dan tidak berat sebelah adalah perlu," katanya.

Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2012&dt=0208&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

Monday, February 6, 2012

BERITA : Penarik kenderaan lagak ‘samseng’



SINAR HARIAN 5 FEBRUARI 2012

LAGAKNYA seperti ‘samseng’, terus menerjah ke arah kenderaan dan menggertak pemilik kereta di khalayak ramai, gara-gara gagal melangsaikan ansuran bulanan.

Kegiatan ejen penarik kenderaan terutamanya kereta yang sering berlagak seperti ‘samseng’ ini, kadang kala menjadi igauan setiap pemilik kenderaan.

Dalam kejadian pada dua tahun lalu yang pernah dipaparkan dalam sebuah akhbar, seorang pemilik restoran di Puchong, mendakwa menjadi mangsa sekumpulan empat penarik kereta yang berlagak samseng.

Mangsa, N Jiwanathan, 43, berkata, tanpa sebarang surat arahan tarik kereta dari bank, empat individu itu menceroboh ke dalam rumah abang iparnya di Hulu Langat untuk menarik kereta Mercedes Benz miliknya.

Insiden berlaku ketika mangsa berada di Puchong dan kejadian itu hanya diketahui apabila dimaklumkan abang iparnya. Dia berkata, kereta itu ditarik kerana dia tidak dapat membuat bayaran ansuran selama lapan bulan.

“Penarik kereta datang seperti samseng, menarik kereta tanpa mahu berbincang atau menunjukkan dokumen bagi tujuan itu. Selepas ditarik, saya percaya barulah mereka meminta surat bank. Saya syak kejadian itu mendapat kerjasama bank,” dakwanya.

Menurutnya, lebih mengecewakan, kereta itu ditunda dari hadapan mengakibatkan kotak gear kenderaan tersebut menga­lami kerosakan.

Katanya, dia kemudian membuat bayaran tunggakan RM20,000 di bank, sebelum diminta mengambil keretanya di sebuah stor, lima hari kemudian.

“Ketika ingin mengambil kereta tersebut, saya dapati pemain cakera dan skrin LCD dipasang berharga RM2,900 hilang. Enjin kereta juga gagal dihidupkan kerana kotak gearnya rosak. Saya terpaksa menanggung kerugian RM20,000 akibat kejadian itu,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak kerana kehilangan barangan tersebut. Dia meminta pihak berkuasa memandang serius perkara berkenaan kerana insiden itu bukan sahaja menimpanya, malah turut terjadi kepada banyak pihak sebelum ini.

Pihak berkuasa perlu buka mata

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihak berkuasa harus memandang serius sikap penarik kenderaan yang diupah oleh syarikat kewangan kerana terdapat beberapa kes yang berlaku turut mengancam keselamatan orang ramai.

“PPIM menerima banyak laporan tentang perbuatan penarik kenderaan yang menggunakan kekerasan dan mengancam nyawa pengguna,” katanya.

Beliau berkata, difahamkan ejen penarik kenderaan turut menggunakan khidmat samseng semasa melakukan operasi mereka terhadap pengguna yang lewat membayar ansuran, terdapat juga sebilangan daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis.

“PPIM berharap kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan terhadap penarik kenderaan yang berlagak samseng dengan membuat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak mereka bagi memberi keadilan kepada pemilik,” katanya.

Ejen Pemilikan Semula perlu ada permit

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan, Abu Samah Shabudin berkata, setiap individu atau ejen penarik kenderaan atau dikenali Ejen Pemilikan Semula (EPS) perlu mempunyai permit.

“Permit ini bertujuan memastikan proses penarikan balik atau perolehan semula dilaksanakan mengikut peraturan. Sebelum ini terdapat kes melibatkan ejen menggunakan kekerasan semasa menarik semula kenderaan, termasuk menceroboh premis persendirian,” katanya.

Beliau berkata, KPDNKK turut bekerjasama dengan polis, sebelum seseorang itu diberikan permit, ejen berkenaan perlu menjalani tapisan oleh pihak berkuasa.

“Difahamkan seramai 133 individu atau ejen mempunyai permit di Kuala Lumpur, notis 21 hari sebelum tarikh akhir proses penarikan kenderaan mesti disampaikan kepada pemilik terbabit,” katanya.

Menurut, Abu Samah, proses pengambilan semula perlu dilakukan dengan kehadiran penyewa atau sesiapa berkenaan terhadap kenderaan atau barangan tersebut. Pencerobohan ke atas premis persendirian tidak dibenarkan kecuali dengan perintah mahkamah.

“Pemegang permit perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam, selepas proses pengambilan semula selesai dijalankan. Pengecualian hanya diberi bagi situasi tertentu, di mana tempoh masa pelanjutan tidak melebihi 48 jam,” katanya.

Beliau berkata, pemegang permit terikat dengan segala undang-undang, peraturan, terma dan syarat, kod etika dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPDNKK bagi menjalankan aktiviti pengambilan semula.

“Pemegang permit harus peka dan mematuhi sebarang Kod Etika dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KPDNKK dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, individu yang melakukan kesalahan berhubung perkara ini boleh disiasat di bawah Seksyen 17 A (2) atau 17 B (2) Pindaan Akta Sewa Beli 2010 dan Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 Beliau berkata, pemilik kereta seharusnya membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian sewa beli.

“Bagi pengguna yang menghadapi masalah atau aduan berhubung perkara ini, mereka boleh menghubungi pejabat KPDNKK KL menerusi talian 03-40454555 atau bilik gerakan Seksyen Penguat Kuasa 03-40454471 untuk mendapat bantuan dan nasihat,” katanya.

Wednesday, February 1, 2012

EMEL PILIHAN : Mee segera penyumbang kepada penyakit:



ASSalam tuan

Semoga pihak tuan sentiasa sihat dan dapat menyumbang kepada masyarakat islam sehingga ke akhirnya.
Mungkin pandangan saya di bawah tidak berapa tepat namun selagi tiada kajian maka tiada kepastian.
Mohon pihak tuan buat kajian tentang pemakanan mee segera (maggie mee khususnya) menyumbang kepada penyakit2 kritikal khususnya penyakit buah pinggang. Kajian tidak semestinya memerlukan kos yg besar, kajian melalui internet/website/blog tuan sudah memadai. Mengikut andaian saya yg mungkin tidak betul:

1. Adanya konspirasi halus yahudi via mee segera bagi menjahanamkan umat islam melalui makanan – umat berpenyakit bgmana nak berjihat hatta berfikir dengan tenang. Tambahan orang barat tidak akan mengambil makanan seumpamam kerana pemahaman jelas mereka mengenai makanan berkhasiat. Manakala orang asia mengambilnya kerana factor sedap dan segera.
Berdasarkan pemerhatian saya yg mungkin juga tidak betul, di dalam keluarga saya sahaja sudah beberapa orang mengalami penyakit berkait buah pinggang (yg SEDANG menghadapi masalah tidak diketahui). Mee segera penyumbang kepada penyakit:

2. Bapa saya – pesakit buah pinggang berusia 75 yo (mula menhidap sebab hidup bersendirian – makanan mudah dan digemari – mee segera)

3. Adik perempuan bongsu berusia 31 yo (penggemar mee segera- kena darah tinggi masa mengandung)

4. Adik saudara perempuan juga berusia 31 yo – kesian, hanya ALLAH mengetahui dia dah buta dan mendapatkan rawatan macam bapa saya

5. Anak saudara lelaki saya berusia 27 yo – pasangan sibuk bekerja TIADA anak selepas tahun berkahwin sedangkan kami semua adalah spesis keluarga besar dan insyaallah mudah membiak – mungkin boleh dikatakan rezeki hanya dari ALLAH tetapi apa yg dimakan juga adalah penyumbang kearah kesihatan yang baik.

6. Abang saya – penghidap jantung kembang, paru2 berair dan mungkin tak lama lagi pesakit buah pinggang

7. Adik lelaki berusia 33 yo (penggemar mee segera- kena darah tinggi dan mild stroke)

NOTA ; saya sentiasa berdoa supaya mereka semua sembuh dari penyakit masing2 wallahualam

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...